Tarekat Syeikh/Tuan Guru Mahmud

panduan dan pedoman untuk semua

Tarekat Syeikh/Tuan Guru Mahmud

Postby abdussalam » Sat Aug 29, 2009 7:11 pm

Bismillahhirrahmanirrahim

Siapa sebenarnya Syeikh Mahmud atau Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Mahmud al-Kedahi?

1)Tarekat di madrasah nurul iman pimpinan "Syeikh Muhyiddin" Abdul Qadir Mahmud Al-Kedahi/Mahmud "al-Majzub" ini telahpun difatwakan menyeleweng oleh bekas mufti selangor, Dato' Haji Ishak Bin Haji Baharom (semoga Allah mengampuninya dan merahmatinya) pada tahun 1995. Ia difatwakan dibawah nama ajaran Aurad Ismailiah.
Rujukan:
http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/ ... 1-1997.htm
Fatwa Kerajaan Selangor diwartakan pada 25 Oktober 1995

2)Fatwa ini boleh juga didapati di dalam website rujukan rasmi fatwa di Malaysia :
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_w ... ?keyID=445

3)Tarekat ini juga telah disenaraikan dalam "AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN" (nombor 45: Tarikat Aurad Ismailiah) yang boleh didapati pada website JAKIM berikut:
http://www.islam.gov.my/ppi/profil.html

4)Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Kedah pada 25.4.1979 memutuskan mengharamkan ajaran yang dibawa oleh En. Mahmud bin Abd. Rahman dan para pengikutnya kerana membawa, mengajar dan menyebarkan ajaran salah disisi syariat Islam kepada masyarakat Islam.
Ini disalin dari booklet bertajuk:
Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor oleh JAIS


5)Berikut saya pastekan dari booklet JAIS penerangan mengenai fatwa berkaitan.
(Dengan kerjasama Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) Negeri Selangor)

Booklet berkenaan bertajuk:
Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor
(Diterbitkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor)
Cetakan Pertama - 2000
Cetakan Ketujuh - 2006

Aurad Ismailiah
(Ajaran Mahmud bin Hj Abd. Rahman)

Latar belakang
1. Beliau berasal dari Bt. 5, Sik, Kedah.
2. Selepas ajarannya difatwakan haram di Kedah beliau telah berpindah ke Selangor.
3.Ajaran beliau berkembang di Surau Nurul Iman Bt. 12 3/4, Jalan Sg. Long, Hulu Langat..
5. Semasa di Kedah, ajaran ini berkembang di Kg. Hangus, Kupang dan Kg. Kijang Baling.
6. Beliau selalu bertapa di Gua Bukit Enggang Kedah yang dianggap Gua Hira dan batu besar di dalamnya dianggap Hajarul Aswad.

Ciri- Ciri Kesalahan
1. Pengikut dikehendaki membayangkan wajah guru ketika berzikir dan bersuluk.
2. Semasa berpuasa dan bersuluk, pengikut tidak dibenarkan memakan yang berdarah dan minum seteguk air sahaja bila dahaga.
3. Semasa upacara berzikir, guru akan memukul lantai menggunakan rotan menyempurnakan rentak ratib.
4. Kemuncak ratib ialah apabila pengikut-pengikut melompat tidak sedarkan diri.
5. Mendakwa menerima wahyu dari langit.
7. Menganggap diri dan amalan mereka lebih suci dan tinggi martabatnya dari orang-orang lain yang tidak mengikut ajaran itu.
8. Membuat pengakuan dan dakwaan yang aneh seperti dia tidak siuman semasa hendak menerima ajaran itu ketika bertapa di Gua Bukit Enggang, beribadat dalam gua yang digali, dianugerahkan oleh Allah kepadanya mengenal yang hak dan yang batil tanpa belajar serta Allah memperlihatkan kepada dunia ini yang penuh dengan dosa.
10. Lafaz zikir yang asalnya "Lailahaillallah" telah diubah di dalam masa berzikir kepada lafaz yang lain daripada yang asal.
11. Di dalam berzikir (beratib) diangkat suara dan diselangselikan dengan pukulan rotan untuk menyamakan rentak irama ratib itu dan berlaku kelakuan-kelakuan yang melanggar adab zikir, ada yang menari, ada yang menyulu, ada yang tonggeng buyung, ada yang terselak kain, ada yang menangis. Kejadian-kejadian ini mengikut dakwaan En. Mahmud menunjukkan pengikut-pengikutnya banyak dosa. Tetapi mengikut dakwaan pengikut-pengikut mereka ketika itu telah sampai puncak kelazatan.
12. Zikir (ratib) yang tiada ketahuan itu dikatakan zikir isi, manakala zikir orang kebanyakan yang terang lafaznya dikatakan zikir kulit.

Aku berlindung dengan Allah dari kesesatan dan kejahilan dan aku berlindung dengan Allah dari tipudaya syaitan
Wallahualam

"Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan. Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya. " [Asy-Syu'araa':210-211]

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. " [Al-Baqarah:208]
abdussalam
Ahli Baru
 
Posts: 1
Joined: Sat Aug 29, 2009 6:47 pm

Re: Tarekat Syeikh/Tuan Guru Mahmud

Postby NAR » Tue Sep 01, 2009 2:40 am

apa motif nak buat topik ni?

nak kata Tarekat Syeikh tu salah sebab dia ajaran sesat ker? kan ker banyak lagi ajaran sesat yg lain-lain.. kenapa tak nyatakan tarekat / aurad yang salah yang lain-lain tu...
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10224
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Re: Tarekat Syeikh/Tuan Guru Mahmud

Postby dragon_putra » Wed Sep 02, 2009 8:27 am

bagitaulah lagi....banyak lagi kot ajaran ajaran ke, tarikat ke, aurad ke....
:D
dragon_putra
Ahli Junior
 
Posts: 1271
Joined: Fri Apr 28, 2006 2:53 pm
Location: Putrajaya,Paka,Besut

Re: Tarekat Syeikh/Tuan Guru Mahmud

Postby debym » Thu Sep 10, 2009 2:18 pm

abdussalam wrote:1. Pengikut dikehendaki membayangkan wajah guru ketika berzikir dan bersuluk.
2. Semasa berpuasa dan bersuluk, pengikut tidak dibenarkan memakan yang berdarah dan minum seteguk air sahaja bila dahaga.


Assalamualaikum, :) :) :)

hmm, rasanya saya teringin hendak meng"hangat"kan lagi tajuk ini.
Dua perkara diatas yg diquote rasanya tidak bersalahan sepenuhnya. Memang sesetengah tarekat mengamalkan amalan seperti itu, kerana ada hujah2 disebaliknya. Terpulanglah samada hendak menerima atau tidak.

Membayangkan Wajah Guru Ketika Berzikir, adalah salah satu kaedah untuk org salik yg baru berkecimpung arena tarekat dan kekadang ia juga merupakan "jalan pintas". Lama-kelamaan, kaedah ini tidak lagi diamalkan kerana si salik itu boleh berdikari. Tujuan utama ialah hendak membantu si salik menumpukan perhatian kpd zikirnya. Selain mulut berzikir, disusuli makna pada hati, fikiran juga perlu beri tumpuan, takder la fikiran tu melayang-layang. hmm kaedah itu hanya bersikap sementara sahaja. Hmm, tahukah sebab apa perlu bayangan Guru tetapi bukan org lain? :lol:

Mnegenai bab tidak boleh memakan benda berdarah atau dengan ringkasnya kita sebut daging. Untuk pengetahuan semua, daging memang boleh memberi kesan kpd psikologi manusia, iaitu membuatkan kita lebih bernafsu. Dalam displin tarekat, tidak boleh membiarkan diri dikawal nafsu, tetapi kita yg mengawal nafsu. Kalau org masuk tarekat, tetapi tidak dapat kawal nafsu, itu bukan tarekat namanya, tapi ajaran sesat. Dalam Tarekat, tok guru akan berusaha sedaya mungkin untuk menundukkan nafsu buruk anak muridnya.

p/s masuklah dahulu ke tarekat2 yg dibenarkan oleh Jabatan Islam, sebelum menilai. Sebelum tahu yg salah, kenallah dahulu yg benar. Wallahualam.
debym
Ahli Junior
 
Posts: 737
Joined: Tue Apr 01, 2008 9:19 am
Location: taiping

Re: Tarekat Syeikh/Tuan Guru Mahmud

Postby moshi » Sat Sep 12, 2009 2:34 am

Adakah topik ini mmpunyai pertlian atau secara kebetulan ?
dengan berita 'dari blog awal tahun' dibawah ini :


***
Terlalu banyak andaian dan tafsiran mengenai kehadhiran saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi di Hulu Langat tengah hari tadi.

Saya dijadual ke Madrasah Nurul Iman untuk sambutan Maulidur Rasul dan meraikan Tuan Guru Sheikh Mahmud. Di antara tetamu adalah ulama’ dari Indonesia, Gambia, India, Patani dan lain-lain. Turut sama adalah ketua sami Buddha dari Bangkok serta bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Thailand Profesor Dr. Bhokin.

Saya dan Azizah terlambat tiba kerana terpaksa melayani karenah dan drama di Mahkamah Tinggi termasuk urusan ikat jamin!

Sebaik menghampiri kawasan madrasah, saya diberitahu Datuk Seri Abdullah telah pun tiba. Saya disambut Sheikh Mahmud dan menjamah hidangan bersama Datuk Seri Abdullah, Profesor Bhokin dan para ulama’ yang hadhir.

Kami dapat ngobrol biasa untuk seketika. Selesai bersama berjemaah Zuhur, kami berlepas ka Parlimen.


http://anwaribrahimblog.com/2009/03/10/ ... n-pak-lah/

:)
moshi
Ahli Junior
 
Posts: 1567
Joined: Mon Feb 13, 2006 4:10 pm
Location: Malaysia

Re: Tarekat Syeikh/Tuan Guru Mahmud

Postby debym » Thu Oct 01, 2009 10:20 am

Assalamualaikum, :) :) :)

hmm, setelah membaca buku tentang Sheikh tersebut, membuat saya tertanya adakah para Wali memerlukan 'keramat' atau 'kebolehan ajaib'. Adakah para wali sentiasa berbangga dengan 'keramat' yg diperolehinya? Adakah 'keramat' itu tanda kewalian? Dan dari manakah asalnya datang konsep 'keramat' dalam daerah kewalian? Maka tidak hairanlah ramai yg memfatwakannya sesat.

Hmm, jgn keliru dengan 'kewalian' dan 'keramat' atau 'kebolehan ajaib' yg dimiliki mereka, kerana para ulama tassawuf bersepakat org yg mempunyai keramat tidak semestinya wali :? , dan berkemungkinan juga ia wali setan :twisted: . Kerana anugerah ALLAH yg paling hebat pada para Sufi atau para wali ialah naluri yg menghalangnya dari membuat dosa dan naluri yg menggalakkannya meneruskan ketaatannya (istiqamah) hanya kpd ALLAH. Bahkan naluri itu dapat menghalangnya atau menghindarkan dari dosa2 tersembunyi. Anugerah 'keramat' atau 'kasyaf' jika benar diperolehi sekalipun, sedarlah itu adalah tanda2 yg dia masih di bawah atau berada ditingkatan yg rendah.

Ramai para Sufi, berdoa kpd ALLAH untuk menyerahkan semula 'anugerah' tersebut, kerana 'anugerah' itu berpotensi besar untuk menyesatkan dirinya dan org awam agar jauh dari ALLAH. dan jauh sekali :oops: untuk menghebah2kan 'anugerah' tersebut kepada org awam :lol: . Wallahualam.

p/s hmm tidak hairanlah difatwakan sesat, dan saya tertanya2..wali ALLAH atau wali Setan? Wallahualam.
debym
Ahli Junior
 
Posts: 737
Joined: Tue Apr 01, 2008 9:19 am
Location: taiping

Re: Tarekat Syeikh/Tuan Guru Mahmud

Postby dragon_putra » Mon Oct 12, 2009 10:04 am

tidak ada ajaran lain yang sempurna melainkan ajaran dari junjungan Muhammad S.A.W

kenapa masih mancari ajaran lain atau mencipta ajaran sendiri.....
dragon_putra
Ahli Junior
 
Posts: 1271
Joined: Fri Apr 28, 2006 2:53 pm
Location: Putrajaya,Paka,Besut

Re: Tarekat Syeikh/Tuan Guru Mahmud

Postby NAR » Tue Oct 13, 2009 7:41 am

maksud Tarekat adalah berasal dari Tareeq yg membawa maksud Jalan....

so depa wat Tarekat yg tertentu tu asalnya adalah untuk mengikuti jalan yg cepat untuk mendekati Allah dengan menamalkan beberapa zikir yg tertentu.... Hah pada masa tu, Setan mula laaa memainkan peranannya.. utk menyestkan anak Adam.... mula laa meniupkan ifat yg tak baik dalam diri beberapa manusia yg pada asalnya unak mencari jalan yg cepat utk mendekati Allah.. maka timbul pulak jalan jalan yg tak betul....

Tapi dalam pada masa kita dok bercerita yg salah dan tak betul tu... adakah kita terfikir setiap hari ramai org wat tak betul....

contohnya Iman tanpa Amal.... dok cakap beriman beriman.. tapi amal tak dak... pastu dok wat dosa lagi.... tidakkan itu juga pemikiran sesat? kenapa tak banteras perkara camtu? kononnya beriman, Allah tak tengok pada perbuatan, tak tengok pada fizikal, tak tengok pada pakaian, tapi Allah hanya memandang Iman seseorang. bagaimana depa boleh cakap Iman seseorang kuat walaupon tak beramal, dosa pahala tak kesah, yg dosa jugak depa buat dengan bangganya, pastu claim beriman... hah camna tu? bukankah akidah depa pon terpesong?
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10224
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Re: Tarekat Syeikh/Tuan Guru Mahmud

Postby debym » Thu Oct 15, 2009 11:43 am

Assalamualaikum, :) :) :)

Hmm, saya keliru, bukankah dosa dan akidah dua perkara yg berbeza, walaupun ada sedikit perkaitannya. Dosa boleh diampunkan jika bertaubat atau setelah menjalani hukuman di dunia atau di neraka. Setelah itu, mereka akan diampunkan dan ditempatkan di syurga. Sedangkan akidah, jika terpesong, bau syurga pun mungkin tak dapat, kerana dia kekal selama2nya di neraka.
Namun tidak dapat dinafikan dosa2 kecil atau besar boleh merosakkan akidah jika dibiarkan, tetapi ia adalah hanya kemungkinan, bukan sesuatu yg pasti. Walaupun begitu, jika ia murtad, atau mempersekutukan ALLAH secara sedar, maka terbatal akidahnya, kerana dosa mempersekutukan ALLAH atau menyamakanNya dengan sesuatu yg lain, adalah dosa yg tidak akan diampunkan oleh ALLAH, tetapi jika tanpa sedar, atau syirik tersembunyi, maka ia harus meninggalkannya, mengucap dan bertaubat.

p/s yg merisaukan sekarang, ramai umat islam sekarang, bersyirik dahulu, sebelum membuat dosa. ( org yg berdosa telah melakukan syirik dahulu) Astaghfirullahalazim.
debym
Ahli Junior
 
Posts: 737
Joined: Tue Apr 01, 2008 9:19 am
Location: taiping

Re: Tarekat Syeikh/Tuan Guru Mahmud

Postby NAR » Fri Oct 16, 2009 10:26 am

Org yg berbuat dosa, sedar akan dosa itu tapi dia buat jugak.. adakah itu masih betul akidahnya? hmmmm.....

Allah maha pengampun.... yg sedar akan kesalahan pada Allah, terpesong akidah pastu tersedar diri dah salah.. yg bua dosa pastu tersedar semua tu sia-sia, maka bertaubatlah... InsyaAllah Allah akan ampunkan...
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10224
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Re: Tarekat Syeikh/Tuan Guru Mahmud

Postby alitotle » Sun Oct 25, 2009 6:33 pm

bab2 aqidah ni perlu dijaga kerna ini bukan nya perkara remeh.......bnyk juga ajaran2 tarikat mengamalkan ajaran yg menyimpang dari ajaran RSAW al quran dan sunnah.........entah le bila manusia bertambah cerdik dan ramai ahli2 akedemik maka ramailah ahli2 pemikir dan ahli2 falsafah.......maka ugama pun diselesaikan menggunakan akal tampa merujuk pada al quran dan hadis.
alitotle
Ahli Baru
 
Posts: 6
Joined: Sun Oct 25, 2009 4:52 pm

Re: Tarekat Syeikh/Tuan Guru Mahmud

Postby usoPkuChai » Mon Oct 26, 2009 3:47 pm

dan kita sering melihat2 ke dalam diri org lain, sedang kita lupa merasai apa yg ada dalam hati kita..

maka dalam kefahaman bahawa kita tidak masuk syurga kerna pahala org lain..
namun mengapakah kita mengotori hati kita dengan dosa yg diperbuat oleh org lain..

walllahualam..
usoPkuChai
Ahli Junior
 
Posts: 1869
Joined: Tue Feb 07, 2006 12:55 pm
Location: Isketambola

Re: Tarekat Syeikh/Tuan Guru Mahmud

Postby debym » Mon Nov 02, 2009 11:59 am

NAR wrote:Org yg berbuat dosa, sedar akan dosa itu tapi dia buat jugak.. adakah itu masih betul akidahnya?


Assalamualaikum, :) :) :)

Dosa atau pahala dan bertaubat itu adalah berkait dgn "syariat" dan syirik atau murtad itu adalah berkait dgn"akidah". Tidak ada dosa dan pahala pada org syirik dan murtad, melainkan laknat ALLAH. Tetapi sebaliknya ada dosa dan pahala pada org yg Islam iaitu org yg mengaku adanya Allah dan mempercayai rukun iman yg lain. Wallahualam.

p/s Pendek kata, org yg syirik atau murtad tidak perlu susah hati atau pedulikan akan hal dosa pahala (tak yah risau) :mrgreen: , jika nak juga fikir pasal benda tu,pi mengucap lain, bertaubat dan jgn buat lagi :wink: . Lagipun pada yg murtad dan syirik watper nak risau bukan kena hukum berat pun kat Malaysia ni :mrgreen: . Kalau ada iman..lainlah :lol: Wallhualam.
debym
Ahli Junior
 
Posts: 737
Joined: Tue Apr 01, 2008 9:19 am
Location: taiping


Return to Sembang Agama & Cara Hidup

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 5 guests