Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Resepi , Hiasan & fesyen >> minta resepi : Pelbagai Puding
(Pengendali : LangBuana, Harsha )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : minta resepi : Pelbagai Puding
uyie

1 . Dihantar pada 31hb Dis 2002 2.56:01 ptg   [Edit]
assalamulaikum....

kawan ni ahli baru ...nak minta bantuan sikit.....kawan suka sangat makan puding..tapi tak pandai nak buat....

ada tak sapa-sapa yang ada resepi untuk buat puding yang sedap-sedap dan senang nak buat...terutama puding gula hangus...

terima kasih....

IP : 219.93.8.6

lini

2 . Dihantar pada 31hb Dis 2002 3.09:20 ptg   [Edit]
salam...

haaa....sbb tak pandai nak buat kan...
kita belajar dulu yg senang....so, apa kata try resepi mudah nih..

PUDING ROTI

bahan2 nya:
1/2 buku roti
santan dr 1 biji kelapa
gula dan garam secukup rasa

cara2nya:
1. susunkan roti lapis demi lapis dalam loyang. Selepas tuh curahkan santan kelapa yang dicampurkan dengan gula dan garam ke atas roti tersebut.

2. lepas tuh kukus/bakar lah sampai roti dan santan sampai masak.

OPTION :
1. kalau tak nak lapis-lapiskan pun boleh... kita ramas-ramas sampai sebati dengan gula dan santan tu, kalau nak bagi lagi sedap, untuk sebuku roti tu, bolehlah tambahkan 3-4 camca besar margerin.
2. then, kalau nak bagi menyelerakan dan berkhasiat untuk kanak-kanak (orang dewasa pun suka jugak), kurangkan gula tapi tambah kismis, sedap youuuuu... tapi nak membakar tu makan masa sikit....

Kalau nak hasilnya senang dipotong, (keras sikit), tambahkan roti tapi
kurangkan santan... tapi kalau suka yang lembik-lembik (kena makan dengan sudu), lebihkan santan....

IP : 202.47.165.131

maizana

3 . Dihantar pada 03hb Jan 2003 2.43:28 ptg   [Edit]
Uyie..

cubalah resepi ringkas ni..

Puding Karamel

Bahan-Bahan:
120 gm gula (masak dengan setengah cawan air)
2 cawan susu cair
cawan susu cair dipanaskan dengan 1/2 cawan air
6 biji telur
90 gm gula
1 sudu teh esen vanila

Cara:
Masak gula sehingga kekuningan dan masukkan setengah cawan air. Jangan biarkan gula terlalu hangus kerana rasanya akan menjadi pahit.

Panaskan susu cair dengan setengah cawan air. Ketepikan dahulu.

Putar gula 90 gm dengan telur sehingga putih. Masukkan susu suam dan esen vanila.

Tuangkan gula hangus ke dalam tin pembakar. Tuang pula adunan kedua tadi di atasnya. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar sehingga ia masak. Selain dibakar, karamel kastard ini juga boleh dikukus.

IP : 161.142.100.86

PiNaTs

4 . Dihantar pada 03hb Jan 2003 3.05:00 ptg   [Edit]
Trifle

Trifle ini merupakan campuran kek, agar-agar dan buah-buahan campuran. Ianya senang untuk dibuat. Selalu dihidangkan sebagai pencuci mulut di majlis makan-makan.

Bahan-bahan
1 kotak susu segar 1 litre
1 kotak whipping cream
1 kotak jelly perisa strawberi
1 tin mix fruit cocktail
1 biji kek butter
1/2 peket agar-agar

Cara membuatnya
1. Kek dipotong dan disusun dlm bekas.
2. Taburkan mix fruit atasnya.
3. Masakkan jus mix fruit bersama jeli dan agar-agar.
4. Siramkan ia ke atas lapisan kek dan mix fruit. Pastikan lapisan kek ditenggelami dengan jeli. Biar jeli beku.
5. Masak whipping cream dengan susu segar dan 2 sudu besar tepung jagung sampai pekat.
6. Tuang atas lapisan jeli dan sejukkan.

IP : 192.228.220.10

arisha73

5 . Dihantar pada 03hb Jan 2003 3.22:10 ptg   [Edit]
pinat...boleh jelas kan tak jelly tu....aper..(serbuk jelly kristal ladys choice ke..atau sumi jelly)....lagi satu..... whipping krim tu setahu saya dalam tin kan....(brand aper yg dalam kotak tu)....lagi satu....trifle ini boleh di potong ke...atau makan masuk bekas kecil dan makan ngan sudu...
tq....

IP : 161.142.100.81

PiNaTs

6 . Dihantar pada 03hb Jan 2003 3.56:21 ptg   [Edit]
arisha

Ha serbuk jelly ladys choice tu la bukan sumi jelly. Yang whipping cream tu pulak ada yang dalam kotak. Dia dalam bentuk cecair macam susu jugak. Yang dalam tin tu dalam bentuk cream kan.

Trifle ni memang lembik. Tak boleh potong. So sebaik-baiknya letak dalam bekas kaca yang kecik-kecik la. Kalau boleh jenis yang lutsinar so nampak cantik nanti trifle tu.

* Mesej ini telah diedit oleh PiNaTs pada 03hb Jan 2003 4.05:07 ptg

IP : 192.228.220.10

maizana

7 . Dihantar pada 03hb Jan 2003 3.59:34 ptg   [Edit]
pinat,

i pernah buat triffle ni..tapi untuk senangkan lagi whipping cream tu I gantikan dengan nestle yougart as a topping....

IP : 161.142.100.81

lynnda

8 . Dihantar pada 03hb Jan 2003 4.05:26 ptg   [Edit]
emmm... sedapnyer....

baru je makan trifle... tapi tak penah try buat sendiri...

Pinats: kalau kek butter tu ganti dgn pisang embun/emas masak/bersira boleh jugak kan? takpun ganti dgn peach dalam tin? ok tak?

IP : 161.142.78.84

PiNaTs

9 . Dihantar pada 03hb Jan 2003 4.05:45 ptg   [Edit]
maizana

yogurt saya tak pandai makan

IP : 192.228.220.10

PiNaTs

10 . Dihantar pada 03hb Jan 2003 4.07:20 ptg   [Edit]
lynnda

hantam saja . Tapi nanti jadi puding buah-buah campuran dah tu.

IP : 192.228.220.10

lynnda

11 . Dihantar pada 03hb Jan 2003 5.11:50 ptg   [Edit]
Pinats

Ada petua tak nak buat agar2 tu tak keras.... lembut macam agar2 siapsedia spt Lady's Choice tu.. bila kita letak atas pinggan dia bergetar.... dan berkilat....

buat masa ni, lynn kalau buat puding ke agar2 ke mesti jadi keras... tak tau ler samada terlebih air ke terkurang susu ker apa ker....

IP : 161.142.78.84

ashra

12 . Dihantar pada 06hb Jan 2003 09.28:33 pagi   [Edit]
lyn
nak buat agar2 tu ala2 tofufa kan..lyn kena kurangkan agar2 tu
katakan guna satu peket..lyn guna setengah peket je

IP : 203.115.201.66

maizana

13 . Dihantar pada 06hb Jan 2003 11.52:05 pagi   [Edit]
atau pun lebihkan air..sama jugak kan?

IP : 161.142.100.81

ReNo

14 . Dihantar pada 06hb Jan 2003 5.32:26 ptg   [Edit]
Hello Everybody!!!

Bleh kita join sama buat trifle? Tapi kita punya resepi ada sikit additionallah.

Bahan2 nye:
-kek swiss roll
-freshmilk
-tepung castard
-agar2 segera
-buah tin
-whipping cream-kotak/tin

cara2nye:
Mula2, potong kek & susun dalam bekas kaca(cam Pinat ajo). Pas tu tapis buah dalam tin, amek air dia je, curah kat atas kek supaya kek menjadi lembab & bersari. Cay, dah dapat 1st layer.

Pas tu pulak, boleyle masak custard dgn susu & gula secukup rasa. Jgn bubuh custard byk2 sbb nanti keras sgt tak sodap plak!
Dah likat & berkilat kaler kuning, bolehlah dituang ke atas kek tadi-2nd layer lah plak!

Orait, pas tu, bolehlah dituangkan buah campuran tadi atas custard, susun cantik2 bagi rata sama dia.

Pas tu, boleh le masak agar2- ni korang ikut je directions kat peket tu. Gerenti jadi punya. Dah masak, boleh lah dituang kat atas buah2 tadi dan korang semua akan dapati buah2 tu terendam dengan ayunya dalam agar2 korang semua!

Sila sejukkan sebentar supaya agar2 mengeras dan bolehlah dituangkan whipping cream tadi keatasnya dgn gaya bebas. Nak tambah cerry ke..coklat rice ke..terpulanglah.

Kita befday hubby musti tak miss punya buat bendalah ni..Emmm yummi...

* Mesej ini telah diedit oleh ReNo pada 06hb Jan 2003 5.35:32 ptg

IP : 202.151.212.76

PuteraAdat

15 . Dihantar pada 06hb Jan 2003 10.22:34 mlm   [Edit]
best! best! yum! yum!

IP : 202.94.160.103

arisha73

16 . Dihantar pada 07hb Jan 2003 09.13:25 pagi   [Edit]
pinats
whiping cream tu jenama aper...kat supermarket ..selalu nyer letak kat bahagian mana....dah gi cari tak jumpa yang dalam kotak........tolong ler..tq

IP : 161.142.100.81

PiNaTs

17 . Dihantar pada 07hb Jan 2003 09.53:32 pagi   [Edit]
arisha

whipping cream tu saya tak ingat jenama dia. Tapi kotak dia kaler biru tua. Dia macam kotak susu tu. Selalunya kat belah keju-keju tu.

IP : 192.228.220.10

uyie

18 . Dihantar pada 09hb Jan 2003 2.25:45 ptg   [Edit]
terima kasih kat lini, maizana, PiNaTs dan ReNo sebab bagi resepi....semuanya sedap2...nanti saya cuba...lain-lain resepi lagi tak de ke...

IP : 219.93.8.6

lini

19 . Dihantar pada 09hb Jan 2003 5.04:29 ptg   [Edit]
salam...

hehe....sbb dah ucap mekasih kan...
nie lini bagi satu lagi resepi puding simple.....senang nak buat
khas buat uyie...

PUDING COCKTAIL BERKUAH

Bahan untuk puding:

1 liter sus segar
100 gm tpg kastard
5 camca makan gula pasir
1 camca makan serbuk agar-agar
secubit garam

Cara:

1. Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati.
2. Masak di atas api (sederhana panas) hingga pekat.
3. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan.
Potong mengikut saiz yang dikehendaki.

Bahan-bahan lain:

1 tin buah-buahan cocktail
1 tin nata de cocoa
1 tin kiub nenas

Bahan untuk kuah:

1 tin susu cair
400 ml air
2 camca makan tpg kastard
6 camca makan gula pasir
secubit garam
beberapa helai daun pandan - disiat-siat

Cara:

1. Satukan semua bahan. Gaul hingga sebati.
2. Jerang di atas apai (sederhana panas) hingga
mendidih sampil dikacau supaya tidak berketul.
3. Sejukkan sebentar dan buang bahagian kepala/atas
yang beku.
4. Apabila sudah siap semua dicampurkan semuanya
sebelum dihidangkan.

IP : 202.47.165.131

asn

20 . Dihantar pada 10hb Jan 2003 11.32:26 pagi   [Edit]
terima kacih semua,,,,,kerana bagi resipi puding.....
saya mmg suka makan puding ni.....tapi nak buat tak pandai......selalunya org teristimewa saya yang buat untuk saya ,itu hari dia buat puding cocktail berkuah tu.sedap la.dulu dia buat puding roti.saya makan sampai habis............ ,tak tau la bila lagi nak dapat makan ni........nak buat sendiri nanti jadi apa2 pulak....

kalau ada lagi resipi puding yang lain boleh kasi kat saya tak......saya ni suka sangat puding...
tq n
tq semua....
asn...............................

IP : 210.186.103.17

ikan_kembung

21 . Dihantar pada 10hb Jan 2003 9.17:12 mlm   [Edit]
esok bgi resepi puding jagung kat ko ekkk..
dulu ku pernah buka topik pasal puding jagung...
mlm ni aku terbz sket...esok ekk..kalu tak pun lusa ekk...

IP : 210.186.103.115

chin_chin

22 . Dihantar pada 11hb Jan 2003 3.19:52 ptg   [Edit]
asn....

cian awak ye...
org tersayang tu jauh ke ?
Awak cuba2lah rtesepi kat sini, mesti jadi...

IP : 210.187.216.152

Nilamsina

23 . Dihantar pada 14hb Jan 2003 08.48:00 pagi   [Edit]
Assalamualaikum..

uyie dan asn.......

Apa khabar?...puding memang sedap...Nilam pun suka makan puding, oleh kerana suka jadi sukalah juga membuat dan mencuba pelbagai resepi...

kat sini Nilam nak syorkan pada kengkawan yang suka mencuba resepi...cuba buka laman : www.mesra.net
clik pada bhg. resepi dan akan tersenarai pelbagai jenis resepi masakan

ok...selamat mencuba....

IP : 161.139.72.75

uyie

24 . Dihantar pada 14hb Jan 2003 1.43:34 tghari   [Edit]
Nilamsina .....saya kabar nya baik je & terima kasih bagitau....

ikan_kembung...
bila nak bagi resepi puding jagung tu...

kat kawan2 semua...
saya dah cuba dua tiga resepi kat atas.....ok la walaupon tak berapa elok lagi...nanti saya cuba lagi...

IP : 219.93.8.6

lini

25 . Dihantar pada 14hb Jan 2003 4.55:49 ptg   [Edit]
salam...

ok, sementara tunggu resepi ikan kembung tu...
try dulu laa yg lini punye nie dulu....
cam biasa....simple, tapi sedappp...hehe..

PUDING JAGUNG
Bahan-bahan:
1 tin jagung krim
1 tin tepung kastard }
5 tin santan (2 biji kelapa) } boleh ikut sukatan tin jagung @ kastard
1 tin gula }

Cara menyediakannya:
Campur semua bahan dan kacau diatas api sederhana hingga berkilat. Kemudian bolehlah diletakkan kedalam bekas.

lini: ....memang hantu puding...hehe...

IP : 202.47.165.131

ikan_kembung

26 . Dihantar pada 14hb Jan 2003 6.13:11 ptg   [Edit]
As'kum kengkawan...
sorry aaaaa kembung ni bz ngan keje
sampai terlupa nak masukkan resipi
jangan marah ekkk...nanti cepat tue..kalau tue nanti hati susah....

resipi kembung lain sikit dari resipi yang lini masukkan
tak pe lahh...kita pelbagaikan resipi....

PUDING JAGUNG

Bahan-bahan:
1 paket agar-agar (+- 20 gram)
1 tin susu cair (kalau nak best guna F&N khas untuk manisan--kaler biru)
1 tin jagung
1 cawan gula
4 cawan air
1 cawan air + 3 sudu tepung castard
daun pandan
sedikit garam (untuk menaikkan rasa lemak)

Cara nak masak puding :

Memula tu masak air dan agar2 sampai agar2 cair. Jgn lupa masukkan daun pandan sekali.

Lepas tu masukkan sedikit garam, jagung, gula dan susu. Masak sampai panas. Jangan sampai mendidih.

Akhir sekali masukkan campuran air dan tepung castard (air castard). Masak sampai panas dan agak2 likat.

Last sekali...tuang dalam bekas dan sejukkan....



PUDING KOKTAIL

Bahan-bahan:
1 paket agar-agar (+- 20 gram)
1 tin susu cair (kalau nak best guna F&N khas untuk manisan--kaler biru)
1 tin buah campuran koktail (blen tapi jgn sampai hancur..bagi crunchie)
gula sekucup rasa
4 cawan air
1 cawan air + 3 sudu tepung castard
daun pandan
sedikit garam (untuk menaikkan rasa lemak)

Cara nak masak puding :

Memula tu masak air dan agar2 sampai agar2 cair. Jgn lupa masukkan daun pandan sekali.

Lepas tu masukkan sedikit garam, buah koktail, gula dan susu. Masak sampai panas. Jangan sampai mendidih.

Akhir sekali masukkan campuran air dan tepung castard (air castard). Masak sampai panas dan agak2 likat.

Last sekali...tuang dalam bekas dan sejukkan....


Try leee....sure best!!! Kalau tak jadi hantar email kat kembung...

IP : 219.93.79.150

plasma_man

27 . Dihantar pada 23hb Jan 2003 11.34:21 pagi   [Edit]
hati-hati skit OK..!!

* Mesej ini telah diedit oleh lini pada 23hb Jan 2003 2.10:54 ptg

IP : 203.106.94.2

KakT

28 . Dihantar pada 23hb Jan 2003 2.09:57 ptg   [Edit]
ape ni plasma, tak ada tajuk lain ke.. tak baik tau..itu kita orang tak heran la. kalau ye pun nak cerita, ceritala kat bab lain.. bawaklah mengucap..

IP : 219.93.8.6

Nilamsina

29 . Dihantar pada 29hb Jan 2003 08.58:37 pagi   [Edit]
Assalamualaikum........

reno....

..Nilam nak ucap terima kasih kerana bagi resepi trifle......hmmmmmmsedap tul... Nilam buat minggu lepas...pastu bawa gi ofis... org kat ofis kata sedap... pastu suruh buat lagi...

Minggu ni nak buat lagi..utk hantaran member bertunang...hahahaha....
sekali lagi....thank you very much......
ni utkmu my friend

IP : 161.139.72.75

ikan_kembung

30 . Dihantar pada 29hb Jan 2003 5.22:38 ptg   [Edit]
reno and nilamsina

kembung pun teringin jugak nak try buat trifle...
tapi kan bahan2 tu tak der sukatan ukuran..
boleh tak bagi ukuran..tak pun sukat agak2 ke..
contoh nyer secawan tepung kastard keee....
tolong ekkk...nak try jugak resipi ni....

lini....
kembung nak tanya ni....resepi puding koktail berkuah tu kann...
ada satu part untuk bahan2 lain...

Bahan-bahan lain:

1 tin buah-buahan cocktail
1 tin nata de cocoa
1 tin kiub nenas

Bahan2 ni nak letak kat mana...kat dalam adunan kuah ke kat dalam adunan puding....hmmmm bahan2 ni campur sekali ngan puding keee....
teringin nak mencuba resipi ni tapi tu lahhh tak paham sikit...
tolong ekkk...

thanks korang!!!!

IP : 219.93.79.150

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "