Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Resepi , Hiasan & fesyen >> MASAKAN: : BERAS pilihan anda semua
(Pengendali : LangBuana, Harsha )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : MASAKAN: : BERAS pilihan anda semua
vina75

1 . Dihantar pada 24hb Jan 2004 09.40:41 pagi   [Edit]


Vina nak tanya forumer semua, apa beras pilihan yg you all guna sekarang ni. Vina guna beras siam yang packet hijau tu. Agak wangi tapi tak terlalu wangi (nanti cepat muak).

Tapi problemnya beras tu cepat habis kat stok kedai berhampiran rumah vina, so kalau nak ganti beras lain, mulalah pening sbb dah byk kali try jenama lain tapi tak sedap la.

Beras Taj Mahal tak suka sbb peroi sgt dan semaacam keras la.

Kalau ada beras g okay tolong bgtau ek..

IP : 202.75.160.228

Qyrana_Biru

2 . Dihantar pada 24hb Jan 2004 11.57:50 pagi   [Edit]
Beras JAti Cap Kapal LAyar
Beras Pilihan Anda

IP : 219.95.22.111

vina75

3 . Dihantar pada 24hb Jan 2004 1.05:50 tghari   [Edit]
sedih sgt ke makan beras tu?

IP : 202.75.160.165

umi_mina

4 . Dihantar pada 24hb Jan 2004 2.37:40 ptg   [Edit]
saya guna beras yang memang pure dari thailand coz memang beli kat rantau panjang, sebelum ada sekatan sekitar kelantan tu memang senang nak cari, tapi sekarang susah skit,sesekali balik kampung beli paket 10kg, cap arnab emas, banyak lagi jenama lain,diaorg jual dalam guni warna putih(cam guni gula tapi kecik skit) beras ni org kelantan panggil beras usang coz kena guna air banyak, ulas nasinya panjang, tak lembut cam beras siam yg jual kat m'sia, kalau nak buat nasi impit lagi banyak guna air, kira menguntungkan ler...

IP : 210.19.115.5

harsha

5 . Dihantar pada 25hb Jan 2004 2.14:54 ptg   [Edit]
aku guna beras 'Harmuni', sama brand ngan santan yg dalam kotak tuh. tapi, setakat ni, lum nampak lagi beras ni kat Malaysia, takde kot?

tapi, kami tak cerewet, beras 'naga mutiara' pun ok jugak..

IP : 202.156.2.203

CloNe

6 . Dihantar pada 25hb Jan 2004 6.00:07 ptg   [Edit]
Saya tak kira beras apa pun..janji bila masak jadi nasi..
bole masuk perut..ahaks...tapi beras jati sedap gak...

IP : 199.40.206.3

rusila69

7 . Dihantar pada 26hb Jan 2004 10.45:34 pagi   [Edit]
Akak makan beras jati.

Umi,
kalau gi rantau panjang lagi...kirim beras usang 10 kg.

IP : 219.93.48.77

Suria_Shafie

8 . Dihantar pada 26hb Jan 2004 11.26:56 pagi   [Edit]
aku tak kisah beras jenis apa pon..
asal bleh dimasak dan dimakan..

IP : 202.184.17.249

vina75

9 . Dihantar pada 26hb Jan 2004 11.35:24 pagi   [Edit]
mmg betul tapi ada setengah beras cepat basi. Walaupun dah hangat kan dia.

IP : 202.75.160.178

darren_adzim

10 . Dihantar pada 27hb Jan 2004 12.25:29 tghari   [Edit]
birds of paradise.....diiktiraf oleh kementerian pertanian kemboja...

IP : 202.184.17.249

Syiran

11 . Dihantar pada 31hb Jan 2004 04.13:50 pagi   [Edit]
Mmm, at sini banyak import dari Siam dan banyak beras basmathi jek. Since taksuka sangat makan beras baaasmathi so kami makan beras Siam brand Thai Royal Umbrella. Beras siam wangi. Okla makan tak muak dan tak cepat basi. Kakak saya kata dia pernah makan beras keluaran Bernas dah lupa lak jenama apa ntah, masak pagi petang dah basi. Rugi jek ye la sebab kekadang kita masak lebih supaya tak perlu masak sekali lagik kan...

HACKS Hanya Aku Cinta Ko Sorang

IP : 194.165.157.101

ucuu

12 . Dihantar pada 31hb Jan 2004 10.08:18 pagi   [Edit]
smlm ucuu dok tengok2 harga beras taj mahal basmathi.ingat balik kampong ptg ni nak beli satu kampit untuk emak. sebab katanya beras tu sesuai untuk orang tencing manis. ada sape2 dah makan beras ni? kita jrg kisah jenama beras ni, asalkan leh makan, kita beli jek. tp nak beli hadiah raya aji untuk emak beras taj mahai ni.

IP : 219.94.88.49

Presint9

13 . Dihantar pada 07hb Feb 2004 11.33:11 pagi   [Edit]
vina.. hubby mmg cerewet gila pasal beras.. pi.nine tak kisah sgt.. dulu dia suka sgt ngan beras cap naga panjang berekor (iras2 cam kuda laut lak gambar tu), kemudian beras tu mula melambong harga dan pindah rumah nie susah pulak nak cari beras tu, dia tukar pulak beras JATI GOLD.. dan sampai sekarang dia kekal dengan JATI GOLD.. beras nye cantik dan nasi pun lembut dan sedap.. air pun tak banyak guna.. trylah sekali JATI GOLD tu.. banyak brand jati nie kan.. jgn tersilap lak..

IP : 219.93.8.5


UGLY


14 . Dihantar pada 07hb Feb 2004 11.33:45 pagi   [Edit]
err hehehhe

IP : 61.6.67.22

Presint9

15 . Dihantar pada 07hb Feb 2004 12.12:00 tghari   [Edit]
ugly.. nape gelak2.. org bujang mana tau... tau makan jek kan...kann

IP : 219.93.8.5

whitecabai

16 . Dihantar pada 09hb Feb 2004 10.01:10 pagi   [Edit]
Beras jenama ape yek yg cepat basi? teng kiew..
tatau sangat pasal beras2 nih... masih baru dalam dunia beras... hehehhehe ....Masa bujang beli beras timbang kilo jek... sekali beli sekilo.. tahan 6 bulan...

IP : 202.184.114.253

cha

17 . Dihantar pada 09hb Feb 2004 10.41:16 pagi   [Edit]
dulu cha pernah guna beras perang... setahun lamanya coz bpren yg decide, utk kesihatan katanya... tapi la ni dah tak lalu nak makan beras perang coz tak sedapppp

la ni dah guna beras bird of paradise...

IP : 161.142.141.122

sufiku

18 . Dihantar pada 09hb Feb 2004 11.54:10 pagi   [Edit]
whitecabai

... aku tak arif beras brand apa yg cepat basi ... tapi sepengalaman aku, nasi lebihan dlm periuk tu jgn sesekali dibiarkan sampai basi. Kalau dah terrrbasi gak, sblm masak nasi baru, panaskan dulu periuk yg tlh dicuci tu sampai air mendidih. Then buang air tu dan blhlah masak nasi spt biasa.

so far nasi yg aku masak lambat basi ... tak kira brand apa sekalipun. Dan satu lagi, aku mmg tak amalkan makan nasi sejuk. Kalau nak buat nasi goreng pun aku akan masak nasi baru.

IP : 219.95.167.38

whitecabai

19 . Dihantar pada 09hb Feb 2004 12.25:48 tghari   [Edit]
Terima kasih banyak2 Sufiku... Tak pernah dengar petua nih.. teng kiew sekalik lagik.

errmmmm.. selalunya buat nasik goreng bila nasik tuh tak abis... rezeki, nak buang sayang. Tapi ada juga dengar petua tak elok pakai nasik semalaman untuk dibuat nasik goreng. Kurang elok untuk kecerdasan minda sekeluarga.

IP : 202.184.114.253


UGLY


20 . Dihantar pada 09hb Feb 2004 3.15:04 ptg   [Edit]
i suka beras yang sedap di makan begitu saja..eheheh

IP : 61.6.67.22

tempoyak

21 . Dihantar pada 09hb Feb 2004 3.18:41 ptg   [Edit]
eleh, guly letak ape pun die makan...

IP : 203.106.245.6

cha

22 . Dihantar pada 09hb Feb 2004 4.52:36 ptg   [Edit]
korang pernah tanak nasi guna air kelapa muda???? tak kira beras apa pun... tanak ngan air kelapa muda... sedap woooo...

IP : 161.142.141.122

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "