Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Resepi , Hiasan & fesyen >> sembang resipi : bubur asyura
(Pengendali : LangBuana, Harsha )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : sembang resipi : bubur asyura
amor

1 . Dihantar pada 08hb Mac 2004 1.31:13 tghari   [Edit]
ni kan musim orang buat bubur asyura.lain negeri lain plak cara orang buat bubur asyura ni.boleh kongsi tak cara2 nak buat bubur asyura kat negeri korang.kalau kat trg diorang letak daging,rempah,jagung,kacang dan macam2 lagi lah.negeri korang plak camne?

IP : 202.161.129.58

azna

2 . Dihantar pada 08hb Mac 2004 2.26:47 ptg   [Edit]


Saya pun dah lama tak makan bubur asyura,
tapi yang pernah saya makan tu macam bubur kacang
cuma dicampur jagung, kacang merah dll.
Kalau sapa2 ada resepinya bolehlah kongsi bersama.

IP : 219.95.31.144

syazwa

3 . Dihantar pada 08hb Mac 2004 3.54:32 ptg   [Edit]
kalau kat johor lak...dia warna kelabu2 sikit...
ade daging,ayam,kekacang,ubi kentang....mcm2la....
sedapnye...
rugila hari tu xdpt nak makan sbb sy xde kat johor skrg ni...

IP : 202.161.129.58

sufiku

4 . Dihantar pada 08hb Mac 2004 4.56:00 ptg   [Edit]
Sepengalaman aku la, kan ...

Bubur asyura belah pantai timur + utara semenanjung Malaysia dibuat cam "kuih" ... pas masak bubur bebetul pekat dan kental, dimasukkan pula ke dlm dulang, then ratakan dan tunggu sampai sejuk. Pas tu bleh la dipotong2. Rasanya agak manis.

Belah S`ngor (ngr aku), Johor dan belah selatan yg seangkatan dgnnya adalah dlm bentuk "bubur" ... maksud aku walaupun pekat, tapi still nampak berkuah. +- cam bubur lambuk la. Kalau ikut selera aku bubur asyura belah sini la yg bebetul aku suka. Hmm, terasa aromanya hasil adunan rempah ratus, daging, kekacang, ubi kayu, etc ...

IP : 219.95.31.73

hanieliza

5 . Dihantar pada 08hb Mac 2004 7.58:02 ptg   [Edit]
Ni kak liza copy & paste dari s/khabar jer{bukan surat khabar lamaaaa tau]

Bubur Asyura

Bahan:

1/2 kilo gm beras, direndam semalaman sebelum dikisar halus
1 kg gula pasir, dicairkan dan ditapis
1 kg gula merah, dicairkan dan ditapis
2 kg pati santan
600 gm sagu halus, direndam
10 biji pisang emas atau pisang raja, dipotong kecil
1 kg kacang hijau, direbus empuk
1 mangkuk hirisan jagung
1 kg ubi keledek, dipotong dadu
600 gm kacang tanah, digoreng dan dibuang kulitnya
10 ulas nangka masak, dipotong dadu

Cara membuatnya:

1. Masukkan santan ke dalam periuk. Kemudian campurkan tepung beras sedikit demi sedikit dan kacau biar sebati.

2. Campurkan air gula yang siap ditapis.

3. Kemudian masukkan bahan seperti hirisan jagung, ubi keledek terlebih dulu kerana bahan ter*sensored*t lambat empuk.

4. Akhir sekali baru masukkan pisang, kacang hijau, kacang tanah dan nangka. Bahan ini akan lembek kalau dicampur terlalu awal.

5. Kacau adunan bubur sehingga pekat. Kalau adunan mula ‘lekang’ dari periuk bermakna bubur itu sudah masak.

Bubur ni untuk jumlah yang banyak...kalau nak buat untuk keluarga kecil...just buatlah anggaran kita sendiri...SELAMAT MENCUBA...

IP : 219.93.198.245

zacks

6 . Dihantar pada 08hb Mac 2004 8.16:02 mlm   [Edit]
..

minggu lepas mkn bubur asyura kat masjid..8 Muharram....tp memang nampak lain lah drpd yg biasa makan...

IP : 202.58.80.12

sitislam

7 . Dihantar pada 09hb Mac 2004 1.58:56 tghari   [Edit]



sitislam kalau bubur asyura ,kalau rupa bubur suka makan yang taruh jintan atau daging tapi kalau berbentuk kuih sitislam suka yang manis yang tak campur rempah..minggu lepas hubby bawa ler balik kuih asyura..pakat berebut anak-anak..alih-alih bila diorang gigit,diaorang luahkan balik..pedas la ibu, tak sedap.sehingga hari ini kuih asyura tu masih ada dalam petiais.wassalam

IP : 202.188.115.100

NoorMasri

8 . Dihantar pada 09hb Sep 2004 04.48:03 pagi   [Edit]
quote:
kalau kat johor lak...dia warna kelabu2 sikit...
ade daging,ayam,kekacang,ubi kentang....mcm2la....
sedapnye...


Kat Trg pun bubuh daging, ayam, kekacng, kentang dsb tapi bubuh rempah kot tak pun kerisik sbb warnanya agak gelap skit. Sedapnya dah bertahun lamanya tak makan bubur asyura

IP : 195.92.67.78

NoorMasri

9 . Dihantar pada 09hb Sep 2004 04.48:27 pagi   [Edit]
quote:
kalau kat johor lak...dia warna kelabu2 sikit...
ade daging,ayam,kekacang,ubi kentang....mcm2la....
sedapnye...


Kat Trg pun bubuh daging, ayam, kekacng, kentang dsb tapi bubuh rempah kot tak pun kerisik sbb warnanya agak gelap skit. Sedapnya dah bertahun lamanya tak makan bubur asyura

IP : 195.92.67.78

shaleo758

10 . Dihantar pada 09hb Sep 2004 09.48:52 pagi   [Edit]
Bubur asyura dan lambok apa beza dia ? Saya ingat sama jek. Yang saya dok makan tu apa gaknya lambok ke asyura

IP : 203.223.133.67

NoorMasri

11 . Dihantar pada 12hb Sep 2004 00.16:57   [Edit]

shaleo758

Bubur lambuk yg banyak daun tu, pelbagai daun ada manakala bubur asyura lak tak bubuh daun hanya kekacang dan ubi

IP : 195.92.67.71

asmaan

12 . Dihantar pada 12hb Sep 2004 9.00:51 mlm   [Edit]
tiap˛ negeri berbeza˛ bubur asyuranye ... mcm kat kedah nie pun lain gak... tp ape pun as tak suka makan bubur syura sebab banyak sampah (kazanah alam di gaul˛) ... tp tlg kacau bubur best gak ..

IP : 219.95.0.76

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "