Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> Tips : Cam ner nak elakkan pragnent
(Pengendali : lini, piqah )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Tips : Cam ner nak elakkan pragnent
siman

31 . Dihantar pada 25hb Jan 2003 4.58:20 ptg   [Edit]
pn locengpuasa...

sesuai ngan nickname tu nampaknya kene posa la..tahan2 sket nafsu tu..hehehe..gurau jek..

pn loceng kene jumpa dr. buat medical chekup..tanya doktor dgn terang!!!..

suami pon jgn jongos sgt nak taruk dlm jek..taruk luar atau pakai stoking getah..hehehe...kalu suami paham dan dia buat itulah pengorbanan namanya..

selamat merancang!!!!!

IP : 161.142.100.81

giGi

32 . Dihantar pada 25hb Jan 2003 5.16:58 ptg   [Edit]
siman:
ko buat camtuh ker..?
bila nak banje aku makan nih..
umah dah dekat....

aku lum kawen.. tp, aku rasa cara yg paling berkesan ialah..
pakai sarung atau pun 'air' buang keluar...

IP : 199.40.206.3

tarantula

33 . Dihantar pada 27hb Jan 2003 10.08:06 pagi   [Edit]
Cara yang 99% selamat ialah memakai helmet @condom. Sebagai seorang lelaki memanglah tak best bila pakai sarung plastik tu tapi bagi Tarantula itulah yang paling selamat. Kalau nak 'tembak' kat dalam boleh tapi make sure waktu sebaik sahaja lepas kering period dan ketika period hampir tiba.

Tarantula dah praktis cara ni selama lebih 2 tahun dan alhamdulillah... semuanya selamat. Start next month boleh buang 'plastik' tu coz we all plan for no 2.... Issshh tak sabar niiii....

IP : 210.187.129.184

iedz

34 . Dihantar pada 30hb Jan 2003 7.19:00 ptg   [Edit]
LOCENGPUASA,
EMMM... KALAU NAK TUNGGU PERIOD TAK TAHU BILAKAN?. SO KALAU IKUT PENGALAMAN SAYA, LEPAS 60HARI (BELUM PERIOD)SAYA AMBIK PIL SELAMA SEMINGGU PAS TU SAYA BERHENTI SELANG 3 HARI SAYA TERUS PERIOD!.
BILA DAH HABIS PERIOD SUKAHATILAH NAK AMBIK "PERLINDUNGAN" YANG
MACAMANA PUN.TERPAKSA BUAT MACAM NIE, HABIS NAK TUNGGU PERIOD LAMA TUUUU.SETAKAT NIE ALHAMDULILAH TAK ADA APA-APA EFFECT.

IP : 210.186.229.26

yazreina

35 . Dihantar pada 31hb Jan 2003 2.52:34 ptg   [Edit]
iedz

pil ape??

IP : 161.139.100.2

Es00

36 . Dihantar pada 31hb Jan 2003 3.51:13 ptg   [Edit]
ermmm... macamana ek, anak sulung ceaser, umo baru 6 bulan,
nak ambik pil hubby larang nanti side effect lagipun anak menyusu badan..
so dia rela pakai "con.." so gitule, so far ok. biasanya memang dah ready je menda tu bebila dia nak mesra dgn kite. but one day tu hmmm.. mesra terlebih skit and lum sempat pakai C lagi dia dah "ter..." sikit...terburu2 dia gi bilik air.. alahaii.. Es suspen bebeno skrg nih.. tgh suspen dok tunggu next period nih.. sehari dua ni baby pulak mula meragam sikit mcm menolak susu badan, member kata nak dapat adik kut.. perrghh.. dah le dia asik dok hisap ibu jari kaki je tu... org tetua kata baby nak adik ..ye ke.. isk isk isk..

IP : 161.142.100.81

adhadi

37 . Dihantar pada 01hb Feb 2003 09.48:21 pagi   [Edit]

IP : 210.187.13.190

ziecayang

38 . Dihantar pada 01hb Feb 2003 12.41:13 tghari   [Edit]
tak payah lah nak ambil pil tu bergantung pada awak ngan suami awak tu ....... pandailah merancang ...kalau makan pil dibuat nyer ada kesan sampingan kan susah dari pada Tuhan nak bagi anak ...... Dah Tuhan tarik baru tau engkau nanti ........

IP : 210.187.89.7

ziecayang

39 . Dihantar pada 01hb Feb 2003 12.42:00 tghari   [Edit]
tak payah lah nak ambil pil tu bergantung pada awak ngan suami awak tu ....... pandailah merancang ...kalau makan pil dibuat nyer ada kesan sampingan kan susah dari pada Tuhan nak bagi anak ...... Dah Tuhan tarik baru tau engkau nanti ........

IP : 210.187.89.7

CikLaLa

40 . Dihantar pada 01hb Feb 2003 11.26:03 mlm   [Edit]
alahai orang zaman sekarang macam-macam punya lah perangai nak makan ubat lah.Kalau dah nak jadi nak buat macam maner kan.Tapi bagi pendapat saya lah.Tak elok makan ubat yang diambil kat klinik tuh,ubat perancang kan,nama dia.Mak saudara saya makan ubat perancang tuh dari muda sampai tua.Kawan-kawan nak tahu tak apa yang jadi sekarang,nak kata sekarang tak juga benda nih dah lamer dah jadi.Tembuni dia jadi buruk setiap kali dia beranak.Juruwat kat dalam bilik bersalin pun tak nak uruskan dia punya tembunin tuh.
Akak guna petua nih jer,tapi kena pandai buat lah.Lepas suami akak lepas kan mani kat dalam tuh,akak kena lah dengan segera pergi ke bilik air akan kena kemut kan akak punya tuh sampai semua isi kat dalam tuh keluar..Ok paham tak...Harap menjadi ler.Saya buat menjadi tau...Dari dulu sampai sekarang..

IP : 219.94.88.10

siman

41 . Dihantar pada 04hb Feb 2003 12.34:14 tghari   [Edit]
gigi

tau ko yek..ko tu blom kawin lagi dahtau sume yek..biasak la tu..informasi kene ada dlm kepala..kalau ko tanya aku camtu susah la nak jawab,,hehehe....

ko la blanja aku plak..lepak kat kedai mamak kat corner puchong perdana tu..selalu lepak sana kan?

IP : 161.142.100.81

yattcute

42 . Dihantar pada 05hb Feb 2003 10.48:57 pagi   [Edit]
aku memang tak tahan bila baca balik topik kat sdc yang dilink oleh akimahen..


IP : 202.75.165.82

PocketY

43 . Dihantar pada 09hb Feb 2003 05.44:54 pagi   [Edit]
menarik jugak topik ni, bagi loceng, saya rasa yang terbaik minta nasihat doktor kat UK, kat sini melalui Women's Clinic kita boleh dapat nasihat dan peralatan perancang keluarg secara percuma (NHS). pengalaman kawan2 saya yang ada mengambil pil walaupun belum ada anak, kebanyakannya cepat mengandung selepas berhenti makan pil perancang. semasa berjumpa doktor, kalau berminat dengan pil, tanya tentang pil yang paling kurang kesan sampingan dan dos hormonnya paling kurang. pasal naik berat badan tu, saya ni makin kurus adalah!!! wAllahu'alam.

IP : 62.255.64.5

pharmacist

44 . Dihantar pada 10hb Feb 2003 01.10:41 pagi   [Edit]
Kaedah nak jarakkan kehamilan ni banyak.

1. Pemakanan ubat perancang seperti Marvelon, Nordet, Microgynon ect.

2.Pengunaan kondom bagi lelaki.

3. Guna alat IUD..Inter Uterine Device.

4. Kaedah mengikat Saluran Peranakan-yang ni kena buat dihospital.Kalau nak anak balik, kena buka la ikatan tu.

5. Kaedah mengira masa subur.Jadi kalau tak nak anak, elakkan hubungan kelamin masa tu.

6.Guna spermacid - iaitu sejenis cecair pembunuh sperma sebelum & selepas hubungan.


Yang paling berkesan sekali ialah..ikat salur peranakan.

IP : 210.187.129.184

iedz

45 . Dihantar pada 14hb Feb 2003 4.25:00 ptg   [Edit]
yazreina, untuk pengetahuan awak kita ambik pil "nordette".

tapi tulah lepas baca topik nie takut pulak nak ambik pil.so lepas period hari tu kita stop pil, rancang sendiri!. bimbang jugak takut ter...sebab twin baby pun baru 5 bln tapi oleh kerana hubby tak kisah so oklah.

tapi ada jugak yang beritahu kalau ambik perlu "cuci" maksudnya selepas period iaitu sebelum ambik pil kita perlu makan/minum benda-benda tajam macam pepsi ke nenas ke

IP : 210.186.229.145

nurin78

46 . Dihantar pada 17hb Feb 2003 12.36:00 tghari   [Edit]
emmm....apa susah...asingkan ajer tmpat tido...ok?

IP : 210.187.17.226

Insandaif

47 . Dihantar pada 24hb Feb 2003 11.57:46 pagi   [Edit]
Assalaimualaikum,

Banyak cara di gunakan utk menjarak anak..tahap keberkesanan tidak lah seratus peratus...
1. Guna pil perangcang...nak tiap malam makan...macam mana kalau lupa..kesan samping banyak...
2. Guna condom...kesan pada suami..sperma tidak disedut oleh kemutan otot di dalam Vagina..di sebabkan kepala penis ditutup oleh condom...biasa terjadi mendapan sperma di saluran sperma...boleh melemahkan penis!!!
3. IUD...agak berkesan sikit...tapi perlu checking sekurang2 nya 2 tahun sekali..bimbang berlaku mendapan di dalam rahim...dan daya sedupan pada sperma kurang sikit ...sebab ada hadangan pada mulut rahim...( dalam rahim ada rungan yg boleh menyedup kepala penis....
4. Anzal...kurang elok kalau di amalkan selalu....berlaku mendapan pada saluran sperma...sebab pancutan berlaku tanpa bantuan daya kemutan Vagina...sperma tak keluar habis...
5. Ikut pusingan haid...kalau pusingan haid betul o.k lah....biasa pusingan haid kurang tepat jugak..sebab biasa pusingan haid mengikut keadaan peredaran bulan...kalau nak jugak perlu ada extra, tambahn hari...


Tepuk dada tanya selera....

IP : 161.142.100.81

samyui

48 . Dihantar pada 24hb Feb 2003 1.02:56 tghari   [Edit]
Kesuburan berlaku dalam badan wanita cuma satu hari sahaja,justru itu
elakkan persetubuhan dalam waktu subur.Waktu lain bila bila pun boleh.Untuk mengetahui waktu kesuburan ,belilah jangka suhu kesuburan di farmasi dan di dalam nya ada tip cara guna.

IP : 219.92.176.173

safi

49 . Dihantar pada 26hb Feb 2003 2.13:15 ptg   [Edit]
assalamualaikum
taip ringkas2 shj, harap kengkawan faham
dulu dah ada topik ni pnann dan kawan2 lain dah terangkan..
safi taip yg penting2 je dulu
1. kitaran haid wanita = 28 hari, dari 1st day period hingga ke next period plak, bukan dikira dari last day period
2. pelepasan ovum wanita sehari sahaja tp waktu subur dikira 2-3 hari sblm dan selepas waktu subur
kalo nak tahu lebih lanjut sila ke sini http://www.webmd.com..siap ada kalendar waktu subur lagikk

IP : 210.187.89.7

asdyza

50 . Dihantar pada 27hb Feb 2003 3.02:02 ptg   [Edit]
as'kum..

nasihat dari saya.. tak yah la makan pil ... tak ngandung.. carik cara lain.. tak yah makan menda2....bahaya.. awak.. anak belum ada... kang nanti allah tak bagi langsung..lagu mana citer.. macam member saya.... yang sorang lagi pancut luar dah nak 7 thn tak de ... tapi berbalik pada rezki allah nak bagi...


lagipun relex la.. kalau kita dah ngandung.. kita lebih berdikari...tak pun makan je salindah untuk hilangkan alahan ngandung...

saya nih baru je kawin sebulan... hubby kat penang.. saya lak kat kl study lagi...hmm ikut rindu...mahu terbalik dunia...3 week not see hi.... tapi tak takut pun nak ngandung.. hehehe ..jgn marah noo..puji diri sikit.... acct..
best kalau dapat anak cepat.....

IP : 202.188.87.66

Galadriel

51 . Dihantar pada 02hb Mac 2003 3.28:15 ptg   [Edit]
Assalamualaikum....

Well, salah satu cara terbaru nak jarakkan anak atau halang daripada pregnant ialah dengan menggunakan sejenis contraception wanita bernama implanon.

Ia boleh didapati di mana-mana registered klinik di sekitar kuala lumpur dan negeri selangor. Negeri lain... tak surelah.

Harga: between RM300 - RM550 (bergantung kpd doctor yang menjualnya).
Tapi pelajar/staff UM can get it for RM150 sahaja di UH.

Apa dia Implanon?

Implanon® ialah satu rod implant(alat kecil serupa bentuk mancis) yang diletak 3mm dibawah kulit pada lengan atas.
Selalunya di-insert pada lengan passive (tangan yg tidak digunakan untuk menulis)... so kalau right-handed (menulis tangan kanan), diinsert pada lengan atas kiri.

Ia memberi protection daripada pregnancy selama 3 tahun. Tapi boleh dikeluarkan pada bila2 masa (contoh... setahun kemudian ke...)

Cara pembedahan untuk meletakkan implanon hanya mengambil masa 2-3 minutes. Sakit hanya masa bius lengan dgn injection je.
Cuma lengan akan lebam sikit lepas tu untuk 2-3 weeks, tapi akan hilang.

Peringatan!
Hanya doctor yang daftar dan sudah mengikuti kursus on how to insert implanon sahaja patut dikunjungi untuk insertion.
Jika implanon disalah masuk (wrongfully inserted), ia tidak akan berkesan dan puan can still get pregnant.

Benda ni hanya untuk mereka yang dah kahwin je, ye!!!

Untuk maklumat lanjut, sila ke halaman:
http://www.organon.com/products/contraception/implanon.asp

* Mesej ini telah diedit oleh Galadriel pada 02hb Mac 2003 4.47:19 ptg

IP : 161.142.100.81

Tg_Dara

52 . Dihantar pada 05hb Mac 2003 4.58:10 ptg   [Edit]
Bagi yang dah beranak, untuk jarakkan anak lebih baik cari nenas batu. Rupanya cam nenas tapi kayu berkilat. Biasanya orang buat perhiasan.

Caranya, bersihkan elok-elok, rendamkan ke dalam air suam-panas selama sejam atau lebih. Minum ajer airnya selepas suci haid selama seminggu.

Bagi yang dah berumur, air ini memang bagus untuk mengembalikan keremajaan kita, terutama otot dalaman. Nak tau benda dah boleh buang ke tidak, perhatikan bila rendam, ia dah tak menguncup bila direndam.

petikan dari
CikSiti.com

http://www.ciksiti.com

* Mesej ini telah diedit oleh Tg_Dara pada 05hb Mac 2003 5.05:33 ptg

IP : 210.187.31.70

ayamoo

53 . Dihantar pada 08hb Mac 2003 10.23:05 pagi   [Edit]
a'kum... lini / kengkawan semua...

saya nie ahli baru...seronok jugak baca kengkawan punyer pendapat.. saya pon teringin nak join masalah kengkawan semua. Memang betul aper yang diperkatakan dalam topik nie.. macam saya nie ader dah 2 org anak.. yang sulong baru 4 thn dan yang kecik nie 28hb nie genapler setahun..

mengikut pengalaman sayalah sepanjang tempoh nie... mula2 yang sulung tu habis jer pantang terus ambik ubat noriday sebab masih menyusukan baby lepas tu baby kurang menyusu walaupon susu masih banyak ..DR pon syorkan ambik mavelon genap 6 bln anak tak nyusu lagi dah.... masa ambik ubat perancang tu biasaler berat badan tak naik gak masih 48kg masa tu lah..... ok jer ... sebab kata org kalau ambik ubat mesti gemuk. Tapi makan ubat nie payah gak sebab kalau terlupa period datang balik kadang-kadang tu dalam 2 minggu 2 kali datang tu yang malas nak makan tu ... kalau tak makan lak kang "ter"pregnant pulak...

lama gak ler saya ambik ubat tu lebih kurang setahun.. lepas tu tengok adik ipar bersalin teringin plak nak anak ... hehehhehehehe... saya pon stop dulu makan ubat... elok jer stop makan ubat dalam sebulan tu berat badan naik 2kg..terkejut betul... tapi time period tu sakit yang amat bulan berikutnyer pon samer naik 2kg gak ..bayangkanlah dari berat badan 49kg terus ker 52kg..kawan2 kat opis kata saya dah gemuk ... memang asalnyer teringin nak gemuk sebab sebelum nie saya kurus sesangat..itu yang peliknyer stop makan ubat time tu lak gemuknyer.. lepas 2 bulan tak makan ubat terus lekat yang no 2 nie...

Yang anak no 2 nie kuat menyusu sampai sekarang masih menyusu lagi... lepas pantang period saya tak datang lebih kurang 7bln ..punyer lah susah hati takut ter pregnant time tu sebab ader kawan kena cam tu ... dia ingat tak pregnant sebab belum period alih2 keguguran.... saya tak nak jadi camtu.... check kat DR... "-ve"...okler tu..

ader member kata macam kengkawan kata gak pancut luar....saya guna istilah "output" ler... sedap sikit nak menyebutnyer.... mana maunyer asyik "output" jer.... kekadang tu terlajak gak ...heheheheh...

last penyudahnyer saya ambik suntikan utk 3 bulannyer .... sekarng nie dah dekat 3 bulan dah.. bulan depan start inject lagi sekali... tapi period saya datang 2 kali....

IP : 203.163.103.5

ayamoo

54 . Dihantar pada 08hb Mac 2003 10.37:58 pagi   [Edit]
a'kum... lini / kengkawan semua...

saya nie ahli baru...seronok jugak baca kengkawan punyer pendapat.. saya pon teringin nak join masalah kengkawan semua. Memang betul aper yang diperkatakan dalam topik nie.. macam saya nie ader dah 2 org anak.. yang sulong baru 4 thn dan yang kecik nie 28hb nie genapler setahun..

mengikut pengalaman sayalah sepanjang tempoh nie... mula2 yang sulung tu habis jer pantang terus ambik ubat noriday sebab masih menyusukan baby lepas tu baby kurang menyusu walaupon susu masih banyak ..DR pon syorkan ambik mavelon genap 6 bln anak tak nyusu lagi dah.... masa ambik ubat perancang tu biasaler berat badan tak naik gak masih 48kg masa tu lah..... ok jer ... sebab kata org kalau ambik ubat mesti gemuk. Tapi makan ubat nie payah gak sebab kalau terlupa period datang balik kadang-kadang tu dalam 2 minggu 2 kali datang tu yang malas nak makan tu ... kalau tak makan lak kang "ter"pregnant pulak...

lama gak ler saya ambik ubat tu lebih kurang setahun.. lepas tu tengok adik ipar bersalin teringin plak nak anak ... hehehhehehehe... saya pon stop dulu makan ubat... elok jer stop makan ubat dalam sebulan tu berat badan naik 2kg..terkejut betul... tapi time period tu sakit yang amat bulan berikutnyer pon samer naik 2kg gak ..bayangkanlah dari berat badan 49kg terus ker 52kg..kawan2 kat opis kata saya dah gemuk ... memang asalnyer teringin nak gemuk sebab sebelum nie saya kurus sesangat..itu yang peliknyer stop makan ubat time tu lak gemuknyer.. lepas 2 bulan tak makan ubat terus lekat yang no 2 nie...

Yang anak no 2 nie kuat menyusu sampai sekarang masih menyusu lagi... lepas pantang period saya tak datang lebih kurang 7bln ..punyer lah susah hati takut ter pregnant time tu sebab ader kawan kena cam tu ... dia ingat tak pregnant sebab belum period alih2 keguguran.... saya tak nak jadi camtu.... check kat DR... "-ve"...okler tu..

ader member kata macam kengkawan kata gak pancut luar....saya guna istilah "output" ler... sedap sikit nak menyebutnyer.... mana maunyer asyik "output" jer.... kekadang tu terlajak gak ...heheheheh...

last penyudahnyer saya ambik suntikan utk 3 bulannyer .... sekarng nie dah dekat 3 bulan dah.. bulan depan start inject lagi sekali... tapi period saya datang 2 kali....

IP : 203.163.103.5

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "