Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> Pantang Larang : Makan & Minum Ibu Mengandung
(Pengendali : lini, piqah )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Pantang Larang : Makan & Minum Ibu Mengandung
Suria02

1 . Dihantar pada 29hb Jan 2003 4.08:38 ptg   [Edit]
A'kum..

Disini Suria nak tanya la.. kalau kalau ada sesiapa yg tau mengenai apa yg BOLEH dan apa yg TAK BOLEH dimakan atau diminum semasa mengandung?

Apa yg Suria tahu, mengikut apa yg didengar dan yg dibaca di majalah, nenas memang tak boleh dimakan semasa kandungan di awal kehamilan, dikhuatiri nenas tersebut 'tajam'..dan keguguran mungkin boleh berlaku..begitu juga dengan tapai..sebab ianya panas!

Hanya itulah saja setakat yg Suria tahu mengenai makanan yg pantang dimakan oleh wanita hamil..

Bagaimana dgn kawan kawan yg lain? Kalau ada yg tahu lebih lagi, kongsikan bersama disini..bagus juga berkongsi pantang larang dari orang orang tua..

Tak kisahlah samada pantang larang dari segi makanan, minuman atau perbuatan..

Sekian, terima kasih.

IP : 203.106.224.196

lini

2 . Dihantar pada 29hb Jan 2003 4.37:01 ptg   [Edit]
salam...

err....air tebu pun tak bule rasanya....tajam!

dah tu ingat....jgn aniaya binatang dan berbuat baik laa selalu...
jgn emosional...jgn selalu mengumpat dan hina2 org nie...
yea laa...bimbang nanti terikut2 pulak baby yg kat dlm tu....

IP : 202.47.165.131

harsha

3 . Dihantar pada 29hb Jan 2003 4.46:26 ptg   [Edit]
jangan

- minum air kelapa di awal kehamilan, bila dah nak bersalin, baru boleh amalkan
- makan makanan yg ada byk bahan perasa : cth ajinomoto, garam.
- mkn mknan manis terlalu byk
- kalau boleh, kurangkan intake minuman berkafein, bergas, berais
- mkn makanan laut yg tak terjamin kebersihannnya, jika takde suntikan Hepatitis

amalkan

- minum air suam utk elakkan water retention, nanti kaki bengkak
- mkn byk buah buahan


setakat ni dulu, nanti bila teringat lagi, sha tambah ok?!!

IP : 202.156.2.202

Suria02

4 . Dihantar pada 29hb Jan 2003 4.51:25 ptg   [Edit]
Terimakasih la kat lini ngan sha..

Errrkkk...

Air tebu ngan kelapa tak boleh eiikk?? Loorrr..nasib baik tak minum 2 malam lepas..hampir terbeli kat pasar malam..nasib baik dlm kalut org ramai tu langsung terlupa..

Banyak pengawet ngan perasa? Maknanya maggi mee pun tak leh la nampaknya..

Hmm..memang betul..mulut ngan perbuatan kena jaga..hisshhh..kalo MM aku buat pe'el lagi..camnalah aku nak elakkan dari termengata dia ni? Dia ni manjang buat pe'el yg bisa menaikkan temp. darah gue!..

Chaishhh..ngutuk lagi!

* Mesej ini telah diedit oleh Suria02 pada 29hb Jan 2003 4.56:21 ptg

IP : 203.106.224.196

anishalini

5 . Dihantar pada 29hb Jan 2003 5.09:30 ptg   [Edit]
A'kum Suria...

Yelah macam yang lini dan harsha cakap tu memang betul.Anis dulu macam air kelapa too dah nak masuk 5 bulan dah minum dah...tebu lagilah...selepas jer kawin hubby dah tak bagi minum dah takut tak lekat dia cakap sebab tajamkan. Dan air gas too jaga-jaga sebab masa anis gi cek-up kat U.H ari too (dululah) ,malam too teringin nak makan pizza hut , pilah makan dan anis pun minum air gas coke tak silap dan besok pi cek-up test jer air kencing confirm doktor kata ada kencing manis. terkejut .Ialah sebab air kencing bawak dari umah...dan pagi tu bangun tidur terus ambil air kencing (sepatutnya tunggulah air kencing yang kedua atau ketigakan) .Ni terus jer Dr sahkan..dan nasib baik pi minggu depan dah tak ada (kesan air coke yg begitu kuat tu kan)
Dan tentang tutur kata memang kena berhati-hati dan contohnya cam anis lah adik ipar dok sekali dan adik ipar too selalu buat hal dan masa too tengah ngandung hati too berkata-katalah jugak, rupa-rupanya dengan kuasa allah taala melekat lah kulit anak anis jadi cam pakcik dia hitam manis(bukan nak puji yekk..anis dan suami memang orgnya putih) nak kata cam mana terima jerlah janji anak anis sihat.

IP : 202.185.87.22

anishalini

6 . Dihantar pada 29hb Jan 2003 5.10:12 ptg   [Edit]
A'kum Suria...

Yelah macam yang lini dan harsha cakap tu memang betul.Anis dulu macam air kelapa too dah nak masuk 5 bulan dah minum dah...tebu lagilah...selepas jer kawin hubby dah tak bagi minum dah takut tak lekat dia cakap sebab tajamkan. Dan air gas too jaga-jaga sebab masa anis gi cek-up kat U.H ari too (dululah) ,malam too teringin nak makan pizza hut , pilah makan dan anis pun minum air gas coke tak silap dan besok pi cek-up test jer air kencing confirm doktor kata ada kencing manis. terkejut .Ialah sebab air kencing bawak dari umah...dan pagi tu bangun tidur terus ambil air kencing (sepatutnya tunggulah air kencing yang kedua atau ketigakan) .Ni terus jer Dr sahkan..dan nasib baik pi minggu depan dah tak ada (kesan air coke yg begitu kuat tu kan)
Dan tentang tutur kata memang kena berhati-hati dan contohnya cam anis lah adik ipar dok sekali dan adik ipar too selalu buat hal dan masa too tengah ngandung hati too berkata-katalah jugak, rupa-rupanya dengan kuasa allah taala melekat lah kulit anak anis jadi cam pakcik dia hitam manis(bukan nak puji yekk..anis dan suami memang orgnya putih) nak kata cam mana terima jerlah janji anak anis sihat.

IP : 202.185.87.22

harsha

7 . Dihantar pada 29hb Jan 2003 8.32:53 mlm   [Edit]
suria

yes!! elakkan makan maggi. tak elok untuk kesihatan, terutamanya bagi ibu mengandung cam awak tu. and kalau boleh, elakkan makan makanan instant, bukan je maggi tu, pizza yg instant, karipap instant, burger dan sebagainya. makanlah makanan sesegar yang boleh. bukan apa, kandungan bahan pengawet dlm makanan tersebut pun tak elok untuk awak dan baby! nak lagi bagus, setiap hari, ambik 2 hidangan buah buahan dan 2 hidangan sayur sayuran.

cth : 2 hidangan buah buahan - sebiji epal, dan sepotong tembikai

IP : 202.156.2.202

Along69

8 . Dihantar pada 30hb Jan 2003 3.43:27 ptg   [Edit]
Satu lagi, kata mak mentua aku tu jangan makan janggut sotong. Kalo dlm pantang nanti, jangan makan terung. Kengkadang org mengandung ni sensitip tak menentu... kena la kawal diri walaupun kengkadang tu dah tak larat nak mengawalnya...

Mulut, kena la kang terbalik kat kita balik.

IP : 210.187.129.184

dinni

9 . Dihantar pada 30hb Jan 2003 4.30:02 ptg   [Edit]
suria:

mak dinni pesan kat dinni....masa mengandung tak payah nak pantang-pantang yg penting semasa dalam pantang dan selepas bersalin tu yg kena pantang banyak makanan.

tapi kalo cam suria yg baru 1st trimester tu kalo boleh elak makan benda yg tajam spt nenas, tapai or air tebu. Kalo terigin tu, makan sikit aje takut lak nanti kompunan kata orang.

lagi satu, mulut pun kena pantang gak....kalo kawan-kawan opis sembang or buat ketupat...kita diam aje....jangan menyampuk...kalo kita terlupa dan tersedar cepat-cepatlah usap perut tu sambil tu beristighafar.......

masa dinni mengandung dulu cukup geram kat kengkawan kita hantar email gambor yg bukan-bukan...so kalo tengok kat email tu tajuk yg bukan-bukan...jangan bukak email tu...kang terkejut lak...delete aje.....

all the best to you....

IP : 61.6.64.98

semutmerah

10 . Dihantar pada 05hb Feb 2003 08.55:15 pagi   [Edit]
suria,

tak tahu la yang mana betul... sebab masa semut pregnant dulu, doktor ada cakap "actually, nanas bukanlah penyebab pada keguguran... kalau janin & ibu sihat, makan la nanas selori pun, insya allah takkan gugur... yang menyebabkan keguguran ialah kerana rahim tak kuat dan janin tak sempurna (ia memang mudah gugur) dan kalau keadaan tu terjadi, makan nanas sepotong pun buleh menyebabkan keguguran.... tapi mandangkan kita biasanya tak tahu keadaan rahim dan janin yang kita bawa, maka hati-hati aje la... jangan amik risiko.... elakkan makan makanan yang 'tajam'..." hehehehehe... tu nasihat doktor untuk semut....

camni la sis, memang pun kalau buleh, elakkan makanan yang 'tajam'... nanas, air tebu, air kelapa muda (untuk kandungan awal), tapai, makanan bercuka, jeruk buah (kuat bahan pengawet)... dan banyakkan makan buah segar... kalau soka yang masam, cari la mangga masam, elakkan makan mangga jeruk...

satu lagi, mak semut pernah cakap, orang mengandung tak elok makan makanan yang dimasak 2 kali... contoh nasi goreng... bukan tak buleh langsung, buleh... tapi seeloknya nasi yang digoreng adalah nasi yang baru masak, bukan nasi semalam atau nasi baki makan malam tadi... apa sebabnya? alamak... semut dah lupa laaaa... heheheheeee... nanti semut tanya kat mak...

ingat sis, makan yang 'fresh' sahaja!

IP : 192.228.143.46

anisya

11 . Dihantar pada 05hb Feb 2003 10.27:07 pagi   [Edit]
A'kum Suria....

Orang tua kata:
(1) Kalau tak mau bagi kulit anak jadi hitam, jangan makan kicap & minum kopi.
(2) Kalau nak suruh kulit anak cantik, minum air kelapa.
(3) Jangan minum air bergas di awal kehamilan

Sebenarnya pasal makan ni takde pantang sangat. Yang banyaknyer pantang larang dari segi perlakuan dan tutur kata. Masa ngandung tu makanlah aper saje, tapi biarlah yang berkhasiat. Semoga anak yang lahir nanti sihat walafiat..

IP : 203.106.55.12

anisya

12 . Dihantar pada 05hb Feb 2003 11.17:45 pagi   [Edit]
Tambahan lagi....

Mabuk dan Mual terutama pada minggu kedua dan ke enam Tidak dapat dipastikan dengan jelas, ia dikaitkan dengan perubahan hormon di dalam badan, juga disebabkan oleh sistem penghadaman dan "stress"
Makan makanan dalam kuantiti yang sedikit bagi setiap 2-3 jam.
Makan makanan yang mengandungi kandungan lemak protien yang rendah seperti, ikan, ayam tanpa kulit, telur dan sebagainya.
Minum sup atau makanan yang sepertinya diantara makan utama (eat between meals)
Elakkan makanan berminyak atau yang digoreng kerana ianya susah dihadzam, dan boleh menyebabkan mabuk
Duduk tegak selepas makan agar makanan boleh di hadzamkan dengan baik
Makan makanan ringan seperti biskut di waktu pagi atau ketika merasa mabuk
Bangun dari tidur secara perlahan-lahan dan jangan bangun secara mengejut
Rehat secukupnya, dengan kaki ditinggikan dari kepala, dan adakalanya udara segar juga dapat membantu.
Mengidam
Tidak diketahui puncanya
Tiada rawatan khusus, cuma jaga permakanan agar ianya berkhasiat dan tidak memudaratkan

Senak atau kembong, dan diikuti dengan sendawa.
Kurang membuang air besar dan najis menjadi lebih keras Disebabkan oleh sistem penghadaman dan "peristalis" yang menjadi perlahan. Ia juga disebabkan oleh peningkatan tahap "Progesterone", yang menyebabkan kadar air di dalam "bowel" berkurangan.
Kurangkan makanan berminyak, dan makanan yang menghasilkan gas seperti, kobis dan "cauliflower".
Kurangkan membongkok kehadapan.
Elakkan makan bersulam dengan air, dan kunyah makanan sehingga hadam.
Susu dan ice-cream juga dapat membantu
Makan makanan yang mengandungi kadar fibre yg tinggi seperti oat, dan buah-buahan juga banyakkan minum air


IP : 203.106.55.12

mscomet

13 . Dihantar pada 05hb Feb 2003 3.57:47 ptg   [Edit]
sha:

betul ke air kelapa tak boleh minum? kalau minum apa kesannya? comet dari awal pregnant sampai sekarang (7 bulan) memang suka sangat ngan air kelapa..pantang jumpa mesti beli......nanti ada apa-apa kesanke??????

IP : 203.121.0.10

harsha

14 . Dihantar pada 05hb Feb 2003 4.20:04 ptg   [Edit]
mscomet

kata orang orang tua, jgn minum semasa awal kehamilan. dah last trimester barulah elok minum air kelapa ni. itu kata oranglah. tak tau terbukti secara saintifik atau tak. tapi ada jugak org yg kuat minum air kelapa tapi tak berlaku apa apa pada kandungan. semuanya bergantung pada kekuatan diri kita sendiri agaknya, dan kalau berlaku sesuatu pun, hanya suatu kebetulan. mcm jugak nenas, sha baca website www.babycenter.com katanya tak ada kesan apa pun jika wanita mengandung makan nenas. . . tapi, tok nenek kita pantang jika wanita mengandung mkn makanan tajam spt nenas dan tapai kan? ni semua ikut kepercayaan bangsa masing masing.

sha sendiri, kalau tekak dah terasa nak makan atau minum sesuatu, tak banyak, sikit mesti sha jamah. takut kempunan. . . termasuklah nenas, air kelapa dsb. tawakkal ajerlah! tapi jgn lah mkn dlm kuantiti yg byk.

IP : 202.156.2.202

arisha73

15 . Dihantar pada 11hb Feb 2003 11.56:09 pagi   [Edit]
sajer tanya kekawan tul ker kalau nak kulit anak putih amalkan minum ayer soya.....tul ker...ada sesiapa dah amalkan tak...sajer kongsi pengalaman..kay

IP : 161.142.100.81

Suria02

16 . Dihantar pada 11hb Feb 2003 1.56:48 tghari   [Edit]
Agaknya mungkin dugaan..masa ni semua benda yg masam tu lah yg aku teringin sangat..lelebih lagi nenas..tapi tak berani..

Lagi satu..mual & loya ni ada bebarap jenis aa? DUa anak aku dulu memang teruk gak aku mual & loya..tapi at least aku boleh vomit..bila dah keluar u lega la sikit kan..tapi yang ni aku rasa lagi teruk aa..sebab aku mual & loya lagi teruk..pastu tak vomit..tensen oo..segala bau tak boleh..bau makanan digoreng ke..bau nasi tgh masak ke..pastu kan..camna nak bagi selera makan ni datang ye..susah aa..sekarang semua mende aku nengok tak selera..nasi langsung aku tak leh jamah..loya..roti pun tak nak..segala mee pun tak selera..fast food lagi le..

Yg aku selera kalo makan buah..

Doktor advise minum susu utk kalsium..aku nengok susu pun rasa nak pitam,..abih camno?

Bila la rasa loya ni nak hilang..

IP : 210.187.129.184

Diana_ros

17 . Dihantar pada 11hb Feb 2003 2.42:53 ptg   [Edit]
org tua kata...........selepas bersalin jangan minum air banyak sangat.......kalau air akar kayu tak aper...........sebab nanti badan jadi kembang..............kekandang den confuss juga sebab ader yg kata kena minum air banyak............kalau boleh nak makan lauk berkuah pun diaorg tak bagi............mana satu yg betul ni?...........tapi den memang amalkan tak minum air banyak selepas bersalin sebab mak den marah..............tapi rasanya selasa juga badan tak le kembang sangat...........mantain je.

ader sesiapa boleh beri pandapat dalam hal ni?

IP : 210.187.129.184

Suria02

18 . Dihantar pada 11hb Feb 2003 3.20:10 ptg   [Edit]
DIana

Aku pun konpius gak..ada yg kata elok banyak minum air..supaya badan tak dehydrate..ada bidan kata jgn minum banyak lak..tu yg masa bersalin anak kedua ..aku kurang minum air sampai kedua dua tepi bibir aku luka & merekah..sakitnya Allah yg tahu..

Lepas tu terus aku minum air bebanyak..apa nak buat..kalo tak kering le badan ni..badan bila tak cukup air mula la..tumit jadi merekah, bibir kering lelama berdarah..

IP : 210.187.129.184

ijaupujangga

19 . Dihantar pada 14hb Feb 2003 11.27:29 pagi   [Edit]
adalah kawan mak aku tu....punyalah subur, kerap betul mengandung. last2 dia merancang makan pil...aik ajaib mengandung gak...punya lah taknak makan bermacam2 yang orang kata tajam, nenas tapai segala macam pil perancang pun dia tibai ari2 suh gugur....tapi dah Allah nak bagi lahir jugak budak tu tak dak kesan langsung. yang ada kesannya lahirnya budak tu kepala dia penuh ngan serpih2 putih.doktor kata pasal pil perancang. tapi korang nak tau budak tulah anak perempuan dia paling comel. cam orang putih...dah la badan cerah mata dia jernih tul(lupa lak kaler apa, tapi yang pasti bukan hitam) rambut perang lagi. ha... amacam mana leh lawan ngan takdir tuhan.

IP : 161.142.100.81

ReNo

20 . Dihantar pada 14hb Feb 2003 4.02:46 ptg   [Edit]
Assalamualaikum...

Hai Arisha,
Awak pun ngandung ker??? Ikut pengalaman kita, air soya memang baguih diamalkan semasa pregnant, esp. yang takleh minum air susu, boleh digantikan ngan susu soya. Tapi kita pulun dua2, siang minum soya bean & tiap2 malam hubby buat susu panas. Besh...

Lagi satu, makanlah buah epal tiap2 hari, jgn miss. Lagi satu, rajin2lah tengok gambar baby2 comel-try tgk website Anne Geddes(kalau tak silap spelling). Adalah sorang baby tu memang fav. kita, siap print & tampal kat bilik, off etc. Kirra menjadik gak, adalah gak iras2 dia...Hehehe...

Pregnancy is like an 'experiment' to both parents. Pandai2lah nak taruk kaler apa...kan?

IP : 202.151.216.46

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "