Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> Nak survey : Hospital bersalin mana yang bagus + jimat?
(Pengendali : lini, piqah )
 
Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Nak survey : Hospital bersalin mana yang bagus + jimat?
Nur_Putri

1 . Dihantar pada 18hb Jun 2003 3.42:10 ptg   [Edit]
NP sekarang dah 6month plus. So ingat nak survey jugaklar kan kat mana nak bersalin nanti. Masa first baby dulu, NP bersalin kat UH (universiti hospital kat PJ). Lagipun rumah kat ss2, so dekatlar kan. Dengan deposit RM500 lebih, NP pun pi lar sana. Bila tiba masa, NP ditolak ke bilik bersalin. Durang kasi injection utk tahan sakit (padahal sama jer rasa sakit tu), lepas tu durang kasi gas utk sedut. So NP rasa cam tertidor. Ntah nurse mana ntah, tolak peha NP gerakkan NP dari tido "ooi!! apa tido2 ni" NP masa tu antara sedar dengan tidak. Dah tu, masa tu, kita tengah sakit (hayal pulak tu), nurse tu marah2 kata "oii!! tak reti nak mengucapke?" NP rasa cam nak penampar aje, tapi masa tu tak ingat apa, hayal sangat! Bila dah push baby keluar pulak, NP turun darah. So durang pasangkan kipas menghala kearah "bawah" NP utk seketika. Baby keluar pukul 7:32pagi, durang mai jahit pukul 8:30. Bayangkan...sakit bersalin dah hilang, so terpaksa tanggung sakit jahit pulak. NP ingat lagi kengkawan kata rasa jahit cam semut jer, tapi kenapa NP rasa cam nak bersalin sekali lagi tahan sakit dia huh?! Layanan dia fuhhh!!! Tak boleh nak cakap!!! Malam tu pulak, baby berak, NP pasangkan lampu utk lap berak baby, ada nurse cina ni datang marah2 NP, dia kata orang lain nak tido. Terpaksalar NP cuci berak baby berlampukan lampu tengah (yang sememangnya dipasang). Menangis NP dok kat hospital. So kali ni, ingat nak bersalin kat GH (general hospital/hospital besar). Kawan baik NP ada cerita, lepas bersalin jer terus jahit, NP pelik jugak! Dah tueh bayar RM800 deposit, masa balik tu, durang kasi balik 700lebih balik. Bilik bersalin suami dia masuk pulak tu. Kat UH tak boleh! Siap kena tambah duit lagi aderlar.. so kengkawan... GH ok ker?

* Mesej ini telah diedit oleh Nur_Putri pada 19hb Jun 2003 11.48:40 pagi

IP : 219.93.184.86

mama_nukman

2 . Dihantar pada 19hb Jun 2003 3.33:19 ptg   [Edit]
salams nur_putri,

mama_nukman baru lps bersalin kat hospital putrajaya pada mac 2003
mmg mama_nukman puas hati lah kat sana & harganya pun berbaloi.
satu mlm admit , kena dlm $350++. Company cover $500, so tak payah bayar satu sesen pun.Dan takde deposit.Cuma kena bawa GL company ajelah.
masa masuk bilik bersalin, diberi pilihan nak menggunakan gas utk sedut atau nak injection. tapi mama_nukman tak ambil apa2x, alhamdulillah mama_nukman selamat bersalin normal.
cubalah call putrajaya hospital utk lebih lanjut.


mama's nukman

IP : 192.228.137.71

saujana

3 . Dihantar pada 19hb Jun 2003 3.49:38 ptg   [Edit]
Hai Nur_Putri,

Nie saujana nak cerita sikit, bersalin kat UH & GH ker sama aje. Tapi Hospital kat Putrajaya tu, saujana dengar memang bagus sebab hospital baru.

Cuba Nur_Putri reki-reki kat PJ tu ada tak Pusat Rawatan Islam, kalau ada saujana cadangkan kat situ, sebab saujana bersalin yang ke 4 kat Pusat Rawatan Islam, nurse2 diorang baik2 dan diorang jaga nak kita selepas kita bersalin, keesokan harinya baru diorang bagi baby kat kita untuk disusukan. Sebab diorang kata suruh kita cukup rest lepas bersalin sebab kat penat lepas bersalin, nie nak tukar lampin lagi, bagi susu lagi. Cuba2lah survey. Semoga selamat bersalin dan selamat semuanya.

IP : 210.186.220.73

Nur_Putri

4 . Dihantar pada 19hb Jun 2003 5.01:40 ptg   [Edit]
Tima kasih bebanyak. NP memang dok ingat nak pi Pusat Rawatan Islam. Tapi isk bayaran tu, agak fuhhhhh sikit! Rasanya nak ke hospital putrajaya ler pulak! hehehehe... bukan aper, kalo boleh kita nak lar selesa kan! Kawan baik NP ader citer, kat GH dah macam kat hospital swasta. Dia ajak suami teman sekali ler pulak! Dulu mak NP kata GH terok! Masa mak NP bersalinkan NP dulu, teran ramai2. Kalo angkat kepala skit, boleh nampak 'hat' owang lain punya. Tapi skang pulak, kengkawan NP + kakak ipar NP citer, ada bilik sendiri. Tu agak was2 skit tu.

IP : 219.93.184.86

Nur_Putri

5 . Dihantar pada 19hb Jun 2003 5.29:33 ptg   [Edit]
aiseh! baru call hospital putrajaya, harga ok, semalam, rm80 (sebilik sorang) tapi yang tak berkenan nak dengar ialah, durang tak terima kes dari PJ. Durang cuma nak amik kat putrajaya jer, camner huh?

IP : 219.93.184.86

saujana

6 . Dihantar pada 20hb Jun 2003 08.55:03 pagi   [Edit]
NP..

Kat Pusat Rawatan Islam, harganya dalam lebih kurang RM850 ke RM1,100.00 termasuk penjagaan baby, makan, minum dan bilik.



IP : 210.186.220.232

saujana

7 . Dihantar pada 20hb Jun 2003 08.56:00 pagi   [Edit]
NP..

Kat Pusat Rawatan Islam, harganya dalam lebih kurang RM850 ke RM1,100.00 termasuk penjagaan baby, makan, minum dan bilik.



IP : 210.186.220.232

nfadzillah

8 . Dihantar pada 20hb Jun 2003 09.02:15 pagi   [Edit]
NP.... kalau u nak bersalin kat Putrajaya... you kena pakai alamat kawan2 atau sedara yang dekat-dekat kat sana. sebab ada my friend tu tinggal kat kelang tapi dia nak bersalin kat Putrajaya.... so dia guna alamat adik dia kat Nilai. Memang kalau kat PJ or Klang diorang tak terima... anyway .... kalau tak dapat juga carilah mana2 private hospital yang terdekat ... bior mahal sikit asalkan selesa dan hati tak sakit!!!!!

IP : 202.188.0.12

nrrshahirah

9 . Dihantar pada 20hb Jun 2003 10.20:24 pagi   [Edit]
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
pada pendapat saya yang pernah bersalin di 3 jenis hospital, bersalin mana-2 pun sama je. So far dalam 10 orang saya tanya pasal UH, hanya 2 orang kata tak bagus. 8 orang lagik cakap, ok!.
semua hospital ada sejarah masing-2. Nak kata semua hospital private bagus tak jugak. Nak kata semua hospital gomen tak bagus pun tak jugak.
Bergantung kepada sikap nurse sebenarnya.

anak sulung saya bersalin di hospital kuala pilah. service + mulut nurse memang out!. anak ke2 di UH, ok je, saya suka sebab nurse baik-2. takde tengking marah-2. anak ke3 di UMSC(UM specialist center- UH) teramatlah ok nye. Boleh cuba di situ kalau mahu, cakap saya nak request Prof Dr Siti Zawiah. Kalau call UH tanya contact number untuk UMSC.

IP : 216.148.246.70

Nur_Putri

10 . Dihantar pada 20hb Jun 2003 10.56:51 pagi   [Edit]
Mungkin masa NP pergi tu time nurse2 tak best kot! Yelah, NP pun faham, durang preasure coz keje banyak, perangai pesakit pulak macam2. Tapi yelah, kita dah lar first baby, dah tu bila durang layan macam tu, kita jadi takut tau! NP pulak turun darah, durang tak mention pun kat NP. Luka lambat baik lak tu (mungkin darah banyak turun, so luka lambat kering). Dan luka NP berlubang pulak. Dengar memanglar macam tak caya, masa NP merungut sakit sangat kat husband, dia pelik jugak. Mak, mak mertua & kakak ipar heran apsal NP terok sangat. NP tak boleh nak berjalan dengan elok sampai hampir 3 bulan. Duduk pun tak leh sangat! Bila husband nak sangat tengok (mulanya memanglar tak kasi tengok, tapi yelah tak tahan sangat sebab sakit) rupanya 'mende' tu berlubang. Even until now, kalo NP cuci, rasa cam ngeri kat 'situ'. Ntahlar... NP sendiri, bukan nak suruh durang layan NP cam permaisuri. Tapi, kita ni kan manusia. Bukannya kita ni budak2 kecik yang boleh diherdik2. Kalo nrrshahirah dengaq sendiri pun masa tu, cam tak caya coz yang memarah tu bukan nurse muda, tapi dah sebaya mak NP. Mulut bukan main laser!

IP : 219.93.184.86

noghoy

11 . Dihantar pada 20hb Jun 2003 11.37:39 pagi   [Edit]
NP

Kesian bila baca pengalaman NP..Nu tumpang sedih sbb, boleh dikatakan majoriti nurse2 s'rang ni adalah org melayu...dan sanggup pulak mereka yg mmg ibu2 yg dah ada pengalaman bersalin tu sanggup berbuat demikian...
Mmg sedih sgt..ialah waktu kita sakit kan..layan lah baik..cakap tu biar berlapik dan lemah lembut..
Kenapa lah org perempuan ngan org perempuan pun nak berkasar..Nu mmg tak paham dan sedih dgn sikap nurse2 di M'sia.(bukan semua lah...ada yg baik hati)...

Buat NP...sedikit nasihat atau pandangan yg boleh Nu kongsikan....Mmg benarlah kata ramai org,Hospital swasta ni w/pun kosnya agak mahal tapi dr segi layanan yg mereka berikan amat berpuas hati....masing2 ada keburukan dan kebaikan nye tersndiri...s'rang ni terpulang pd NP utk memikirkan nya sendiri..

IP : 161.142.78.84

mscomet

12 . Dihantar pada 20hb Jun 2003 2.42:34 ptg   [Edit]
NP; Comet bersalin kat HUKM 1st April ari tu.......service dia ok gak...bayaranpun tak de tinggi sangat...ari tu comet bersalin biasa kena dalam RM500

IP : 203.121.0.13

vina75

13 . Dihantar pada 20hb Jun 2003 2.44:27 ptg   [Edit]
NP, kalau awak duduk area PJ takyah la susah payah pegi Putrajaya.
Mcm Hosp Selayang pun tak terima luat area punya kes (except emergency).
Tapi kalau nak gak Putrajaya, mcm org lain kata kena guna alamat sana.

Masalahnya bila dah sakit, takkan nak antar jauh2 kat sana. Kalau sempat takpe la. Kalau takde masalah kewangan. Bersalin kat private la. Layanan 1st class.
Tekan button diorang uruskan.

GH jgn pergi la.. ngeri dgr org cerita...

IP : 203.121.0.13

alina

14 . Dihantar pada 20hb Jun 2003 3.32:07 ptg   [Edit]
Salam semua......bila alina baca posting nih terasa seram sejuk gak..memang tak di nafikan ada segelintir nurse macamtuh..tapi nak buat camner..tapi nak ikutkan pengalaman alina, alina bersalin kat Hospital Selayang memang jauh..tapi apabila mendengar servive nyer ok..sebab tuh pergi..alina tinggal kat Subang tapi alina guna alamat mak mentua alina kat kepong...alina melahirkan baby sulung pada sept 02 yang lepas..sakitnyer hampir 12 jam..bayangkan! tetapi dengan sikap nurse kat situ yang prihatin dan selalu menjengah dan memeriksa, tuh yang terasa agak lega..dan masa bersalin suami di benarkan masuk, malah nurse kat situ sempat mengajarkan surah2 & ayat2 alquran supaya dapat mengurangkan kesakitan...dan bayarannyer pun murah hanya sekitar RM 100.00 sahaja termasuk ubat,makan dan minum...tima kasih Doktor & Nurse kat Hosp.Selayang.

IP : 219.94.104.101

langsuir80

15 . Dihantar pada 20hb Jun 2003 4.09:40 ptg   [Edit]
wow!ye ke perangai nurse UH camtu...wat da sucks!
tak patut la diorang buat camtu kat ibu bersalin...

nasib baik la Nur_Putri bukan akak aku...kalau tak dah lama kene penendang aku je nurseČ kat situ...

IP : 61.6.142.248

Nur_Putri

16 . Dihantar pada 20hb Jun 2003 4.26:12 ptg   [Edit]
Bukanlar nak memburukkan UH, tapi yang betul, buat apa NP nak tipu? Berdosa besar kan? NP siap nangis call husband suruh dia datang amik NP & baby jugak masa hari kelima tu, sebab dah tak tahan sangat. Masa tu, baby kena kuning, durang lekatkan penutup mata pakai cilotep (warna putih). Masa nak mandi, durang tertarik kuat sangat, kulit baby lak sensitif, terluka tepi mata baby. Sampai dah 13 bulan pun, ada tanda lagi. Kebetulan, ada rakan sebelah katil. Dia pulak dia nyer baby (anak luar nikah). Tapi yelah, kita sama2 pompuan, sama2 dah melahirkan, sama2 dah rasa sakit, so NP tak kisah sangat. Masa durang serahkan baby kat dia, nurse yang sebaya mak NP tu (pakai baju warna hijau) dia sound "huh! dah pandai buat, kenalah pandai jaga. Pompuan pulak tu (baby dia baby pompuan) kalo tak jaga nanti, jadi macam awak juga!" Terbeliak mata NP. Suami NP siap tipu nurse kata ada kematian kat kg. Masa suami NP gi settle bill, durang siap sound NP, "yang dah mati tu, biarlar mati, awak tu baru lagi, kang terbukak jahit kat bawah tu, baru tau" NP diam jer buat tak tau. Member depan katil NP, terlopong mulut. Dia pulak menangis. Masa husband dia datang, dia dok riau nak balik! Sedih tau pengalaman NP. Tu yang serik nak pi UH lagi tu. Bila NP mengadu, durang suruh buat surat, dan sertakan nama2 nurse (mana lar nak ingat, owang tengah sakit nak tengok nama ke?) Cuma NP boleh ingat yang NP tak kan sesekali pi sana lagi. Biarlar kat tempat yang kita tak pernah try, tak ler kita rasa ngeri!!!!!

IP : 219.93.184.86

vina75

17 . Dihantar pada 20hb Jun 2003 4.30:22 ptg   [Edit]
dan satu lagi vina pernah dgr kawan vina kat Klang - ampuan rahimah. ha situ un sama.. jgn la sesekali masuk.. garang giler. dan rekod pun teruk.

yg okay so far (based on experience sendiri dan kawan)
Ampang Puteri, HUKM, Selayang dan PUSRAWI.

IP : 210.19.76.36

b2002

18 . Dihantar pada 20hb Jun 2003 10.18:36 mlm   [Edit]
samalah kite akakpun pernah alami kisah yg. sama masa
kat UH dulu...yg. sakit masa jahit tu coz tukang jahit tu
baru belajar nak jahit tu yg. sakit coz tak pandai lagi...

IP : 61.6.117.127

shammy_96

19 . Dihantar pada 21hb Jun 2003 4.35:42 ptg   [Edit]
shammy nak mencelah skit..kekadang layanan hospital ni pun kira nasib jugak..ada org dapat layanan ok walaupun di spital gomen..macam UH..tapi banyak yg shammy dengar spital putrajaya mmg ok..cuma nak kena guna address puchong or area yg sewaktu dgnnya..
macam shammy dulu co. bayar full so apalagi shammy pilih le Gleneagles Intan Med Centre..mmg puas hati la layanan & service dia...tp bill dia dekat rm3000 gak utk normal delivery..apapun terpulang pd NP kalu nak confirm bersalin tip top service better go for private..tp ada gak spital gomen yg ok cam putrajaya...

IP : 161.142.78.84

rembak

20 . Dihantar pada 22hb Jun 2003 1.06:14 tghari   [Edit]
Akum
isteri rembak baru lepas pantang dan bersalin pada 14/4 kat hospital selayang. betul kata alina, rembak tengok layanan sungguh baik, nurse yg bertugas kat isteri sungguh baik.siap tolong nasihat dan tunjuk ajar bila sakit. rembak pulak dibenarkan masuk bila bersalin dan duduk tepi isteri.rembak puas hati betul dengan layanan nurse disana,byk kali ucap terima kasih kat nurse sana.
bayaran cuma RM15 ajee. kelas biasa tapi layanan mmg bagus..syabas nurse wad bersalin..nama tak ingat..
cubalah pergi kat hospital selayang..tapi kena alamat dan tinggal kat sana..

p/s kalau ada rezeki anak ke-3 akan kesana jugak

IP : 202.47.167.92

anishalini

21 . Dihantar pada 23hb Jun 2003 5.36:34 ptg   [Edit]
Assalamualaikum.......Nur_putri
nasib kita sama.Anis lahirkan baby kat Uh pada Julai 2002.Anis sakit dua hari.Depa tak datang.Cuma sekali datang sekali masuk ubat(bagi sakit) sampai air ketuban pecah dan baby dlm perut dah tersedut.Dan nasib baik ubat yg no 3 anis dah sakit itupun anis kena ambil ubat penahan sakit(epidural) baru lega.Lepas ambil ubat tu tepat pukul 3.00 anis tidur dan pukul 7.00 anis jaga dan dah terasa sakit yg 5 minit dan lepas tu 2 minit..tepat pukul 7.32 anis bersalin.Dan saat yg klimaks bermula bila doktor yg uruskan anis kuar gi minum.tak balik2 dan biarkan anis dlm bilik No 10 (ingat lagi)sorang2.{padahal bukan ramai sangat pun pesakitnya.Sempat tanya clener yg dok mop lantai dia kata tak de pun org sakit.Yg kita nie dah dok terkangkang.Dan menurut doktor anis turun darah.Yg heran tu dia jahit punyalah banyak.Cam Putri cakap..sebenarnya jahit tu memang tak sakit...tapi anis boleh nangis dan Dr India tu caakp kenapa nangis...tak tau sakit ke nak je jerit kat dia.dan nak dijadikan cerita baby anis dah terminum air ketuban bila ambil darah dr kata ada kuman. ya allah bala apa pulak nie..dan anis pun ada kuman dlm darah...padahal bila dah tiga hari dok cucuk ubat masuk antiboitik dr boleh kata tak da apa2.UH kan ramai Dr pelatih..siap kuman tu dah clear..dr pelatih tu yg cuai...dan kes anak anis terpaksa dipisahkan dgn anis..dia dok bawah sama2 dengan budak besar(dia yg paling kecil umur baru 3 hari) dok kat tepi pintu pulak tu..mak anis dan suami nak tunggu depa tak bagi..mlm tu menurut emak pesakit sebelah katil anak anis dia kata baby u menangiskesian nurse tak buat apa dia biarkan patitlah mlm tu anis tak tidur dok ingat dia jer.Rupanya dia nangis sampai bengkak2 mata dia.Dan lepas tu barulah anis boleh keluar dari wad dan dok sam dgn anak anis..tu pun tak da katil..terpaksalah dok kat tepi dia.Banayngkan lepas bersalin...tak rehat dan duduk tepi dia (sepatutnya kenalah sediakan bilik utk ibu yg baru lepas bersalin)dan anak anis kena kuning pulak..lagi tunggu....Ya allah rasaerik sangat.Pengalam yg cukup mengharukan.Sedih sangat...Sepatutnya bila dia tahu kita staff sana layanan mestilah memuaskan ini teruk sangat.

IP : 202.185.111.123

Nur_Putri

22 . Dihantar pada 24hb Jun 2003 09.13:37 pagi   [Edit]
kesian anishalini. NP rasa mungkin ikut nasib agaknya. Yelah, ada yang kata UH (HUKM) ok, ada yang kata terok. Tapi pelik, durang semua sebaya mak kita. Kenapa durang layan kita cam tu huh?! Durang nak tunjuk belang ke? NP memang kalo boleh tak mo beranak lagi, tapi, yelah, tengok jer kat 'bawah' hodoh sangat! Lagipun, suami NP dah nak masuk 30, so baik beranak cepat2. Kalo kali ni lelaki, cukuplar sepasang. Ingat nak stop dah! Bukan apa, rasa serik bersalin kat UH tu dah cukup memeritkan. Ada yang nurse baik, itu tidak dinafikan. Doktor (tak ingat nama dia, tapi dia berkulit hitam) baik sangat. Dia yang suggest injection + sedut gas (yang membuatkan NP tertidor satu malam). Tengok dia memanglar takut, tapi very soft spoken. NP tak merungut langsung kata NP sakit (padahal masa tu Tuhan saja yang tahu). Tapi, doktor tu suruh nurse inject jugak. Dia yang dok masukkan darah + air masa NP tengah sakit terok. Tapi, masa dah subuh, tak nampak dia dah. Yang dok ingat, ramai orang keliling. Yelah, cam anishalini kata siap cleaner mop lantai, kita dok mengangkang kat atas lagi. Masa tu, nak bukak mata pun tak boleh. Bau darah semerbak dalam bilik. Cleaner siap kata, banyak masuk, banyak jugak yang keluar (darah). Tapi rasa mamai masa tu. Isk! Ngeri bila ingat time tu!

IP : 219.93.184.86

PnAnn

23 . Dihantar pada 24hb Jun 2003 10.15:28 pagi   [Edit]

Topik ini sudah banyak kali dikemukakan dari Sembang Keluarga & Rumahtangga dan Sembang Kesihatan & Petua

Adalah molek sekiranya anda buat koreksi topik terdahulu sebelum kemukakan topik ini.

Jutaan Maaf - Topik Berulang - Di Kunci.

IP : 203.121.0.13

Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "