Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> angin : macam mana nak buang angin dalam badan
(Pengendali : lini, piqah )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : angin : macam mana nak buang angin dalam badan
prada

1 . Dihantar pada 15hb Apr 2004 11.36:57 mlm   [Edit]
masalah ni selalu membelenggu saya, selalu kena pantang makan, silap -silap angin dan pening pening....tension betul la kekadang tu berhari hari....rasa pening dan nak muntah je...dah la tu tak boleh nak makan....dah cuba macam macam tapi still macam tu jugak....

IP : 218.208.237.222

aneezs

2 . Dihantar pada 16hb Apr 2004 00.15:07   [Edit]

cuba ambil halia dlm 1 inci, ditumbuk dan rebus. kemudian minum air halia tu.
satu lagi cara mudah, beli je teh halia. sure meletup boom boom macam mamaboomboom tu.

petua kisah benar ni, bukan gurau ye.

jgn ambik hati ye mama. tgh2 mlm ni boring.

IP : 219.95.59.106

raisa

3 . Dihantar pada 16hb Apr 2004 00.43:48   [Edit]
Untuk buang angin dalam badan, seeloknya ambil Nutrilite Garlic&Licorice. Mmg antara fungsinya ialah untuk buang angin dalam badan. Sebotol yg mengandungi 150 biji reganya RM80.

IP : 219.95.160.229

gee67

4 . Dihantar pada 16hb Apr 2004 08.52:02 pagi   [Edit]


Prada, lagi satu nak senang buang angin pakai slimming suit Nano Elva. Insya-Allah, banyaklah keluar anginnya nanti.

IP : 219.95.203.196

mamaboomboom

5 . Dihantar pada 16hb Apr 2004 09.09:32 pagi   [Edit]


prada

Kalau malas nak ikut petua aneezs tu..
minum aje Ginger Drink with Honey..rasa nya pun sedap.
Lepas minum...boom ! boom! kontrol sikit.Berpeluh2 pulak tu.

Lagi satu,macam yg gee bagi petua tu..kos tinggi lah drp Ginger Drink with Honey

raisa rekemen pun elok tu..



IP : 210.187.125.251

nabilanajwa

6 . Dihantar pada 16hb Apr 2004 09.49:38 pagi   [Edit]
nabila pun ada masalah yang sama ngan prada...dari dulu sampai sekarang. Advise yang nabila dapat dari doktor adalah kurangkan makanan berangin spt jenis kekacang, nangka,kangkung dan yang sewaktu dgnnya. Gassy drink pun klu bleh jauhkan.....peh tu kalau masak lauk/sayur kurangkan bawang putih, tambahkan halia..

IP : 61.6.54.141

vivava

7 . Dihantar pada 16hb Apr 2004 4.46:31 ptg   [Edit]

Minum air rebusan halia, ataupun parut halia, perah ambil airnya dan minum. kalau tak boleh minum macam tu... boleh di campur dgn susu. kalau malas sgt nak buat, pergi kat kedai mamak minta "air halia susu satu gelas" suam punya.

IP : 61.6.38.132

BungaRindu

8 . Dihantar pada 16hb Apr 2004 4.52:36 ptg   [Edit]
pegi kedai mamak minta teh madras 1...sure pastu tekentut2..

IP : 219.95.12.95

Yus02

9 . Dihantar pada 17hb Apr 2004 11.31:01 pagi   [Edit]
Aku ada petua 2 dlm satu.
Bancuh Halia yg ditumbuk ngan air suam,then perah air asam jawa, campur sekali minum lepas tapis.
Kesannya: keluar angin & slim,badan rasa sihat dan ringan. tambahan pula kalau pakai Slimming suit Perfect Body.

Slimming Suit harga offer:Yusnaini1970@yahoo.com

IP : 219.95.157.49

cikni

10 . Dihantar pada 17hb Apr 2004 11.45:09 pagi   [Edit]
prada
dulu saya pon ada masalah begitu tapi ada orang rekomen ambil pil herba tuju angin hpa. Mula2 saya makan ikut peraturan, sekarang Alhamdulillah, makan sekali sekala aje bila rasa tak sedap badan. saya suggest u cuba sbb herba ni tak kuat sangat (tak le panas macam sesetengah produk traditional).

IP : 192.228.219.13

sujaz

11 . Dihantar pada 17hb Apr 2004 12.27:31 tghari   [Edit]
air halia memang kwaw kalau nak buang angin, sure kentot-kentot punye!!!

IP : 210.186.9.214

TypeR

12 . Dihantar pada 19hb Apr 2004 4.04:23 ptg   [Edit]
ni kes pre-gastrik....
cuba gi beli MMT (cecair putih) kat klinik atau pharmacy dan makannya selepas makan atau time rasa angin....MMT ni neutrilize balik perut U yg too much acidic.....hasilnya nanti ialah garam dan air....

once angin dah berkurang.....pening pun akan hilang dgn sendiri dan juga rasa nak muntah tu.....

cuba kurangkan stress anda.....ni punca jadinya angin selain makanan yg kita makan..

kalau tak ok juga then sila bagi tau....I can suggest other medicines....tapi biar start dengan yg medicine murah dan common dulu......

IP : 210.187.123.173

cha

13 . Dihantar pada 19hb Apr 2004 5.26:12 ptg   [Edit]
dulu pun cha ada masalah angin yg tak leh lepas nih + migrain... memang hari2 minum air halia hasil nukilan bpren..

tapi lama2 jemu lak minum air halia tuh.. dan bila makan pulut, lagi ler tak leh tahan... perut sebu... nak sedawa pun tak leh... mual dan rasa nak pitam...

tapi lepas pakai halle... alhamdulillah, masalah angin tak lepas, migrain, keputihan, sembelit dan penyakit lainnya telah dapat diatasi...

IP : 161.142.141.122

TypeR

14 . Dihantar pada 20hb Apr 2004 09.06:34 pagi   [Edit]
sebenornya bila perut angin dan sebu tu perut ada problem indigestion dan too much acidic.....

solution yg U all bagi tu ok jugak tapi mahal untuk sesetengah orang yang tak mampu.....maklum lah nak selesaikan masalah itu kena spend few ratus RM.....

Solution yg I bagi ni menjuruskan kepada ubatan moden yg harga ubat itu ialah dalam RM2 atau RM3 dan boleh dibeli kat mana mana klinik atau pharmacy.......

so kalau tak mampu Cik Prada just makan MMT....kalau mampu boleh beli pakaian dalam tu....maybe boleh solve few problem macam Cik Cha bagi tau.....

IP : 210.187.123.173

Insan13

15 . Dihantar pada 21hb Apr 2004 4.50:35 ptg   [Edit]
prada, maklumkan kepada doktor masalah anda dan terangkan makanan harian anda. Biasa doktor akan bagi ubat warna putih air atau pil hitam buang angin.
Cara kedua, amalkan minum teh halia (bukan jenis tepung yang ada gula) guna yang asli halia diblend dan masukkan dalam minuman teh secukup rasa.
Cara ketiga, pemakanan yang tidak seimbang antara protin, vitamin, karbohidrat dan fiber menjadi puncanya. Caranya banyak makan berfiber roti hijau gardenia, biskut, sayuran (selangselikan setiap hari)dan elakkan makan makanan berasid seperti minuman tin (bergas), limau manis, minuman berlimau spt. teh O ais limau, sambal belacan bercili hidup dan banyakkan minum air suam. Cubalah..
Wallahu'alam.

IP : 210.186.220.156

TypeR

16 . Dihantar pada 21hb Apr 2004 5.07:19 ptg   [Edit]
ubat warna putih air is MMT (mixture magnesium trisilate)...untuk neutrilize perut yg acidic.....

pil hitam buang angin tu biasanya doktor bagi time cirit birit.....tapi no harm kalau nak ambil juga......

satu lagi I think kalau you ada problem sembelit then this is another contributor toward perut banyak angin selain dari makanan yg Insan13 listed down.

IP : 210.187.123.173

ayu_akashah

17 . Dihantar pada 24hb Apr 2004 8.51:42 mlm   [Edit]


Cuba blend 1 inci halia + 5 biji buah kurma + 3/4 cawan air suam. Mesin hingga halus & sebati lepas tu minum, tak perlu tapis2. Sebelum minum tu baca ler selawat 3 x dan berdoa ler minta di jauhkan penyakit. Minum sebelum nak tidur sebelah malam.

Ayu pernah cuba petua nie & alhamdulilah berkurang sket angin kat badan sebab Ayu memang ada angin satu badan sejak dari zaman belajar lagi ... heh heh heh .

Petua ni sebenarnya ayu dapat untuk turunkan berat badan.. tapi berat belum turun lagi sebab Ayu baru cuba sekali cuma badan dah rasa ringan sket sebab asyik kentut2 serta sedawa aje ... he he he . Bangun pagi akan mudah buang air besar. Sakit kepala pun dah kurang. Sebelum nie masa awal bulan 4 hari tu bp ayu naik dan lepas tu perut Ayu rasa kembung, dah hampir 2 minggu lebih, semua petua Ayu dah cuba termasuk gi klinik, bukan makin kurang tapi makin kembung dan sakit kepala sebab ubat yang klinik bagi tu walau pun ada campuran halia ada gak bercampur ngan bahan bicarbonate, dan ayu tak tahan ngan benda2 yang ada campuran bicarbornate. Bp Ayu pun tak naik, mula2 tu risau gak takut bp naik melampau, nampak ok je.

so, sapa2 yang ada angin satu badan tu cuba2 ler mana tau berkesan lak...

IP : 202.185.68.239

tompok

18 . Dihantar pada 26hb Apr 2004 11.11:37 pagi   [Edit]
Pil hitam tu sebenarnya arang.. tompok pernah bawak kucing gi klinik psl cirit birit.. dia bg kucing tompok makan ubat pil hitam tu. Then dia kata klu u cirit birit makan aje arang nie. tp wat ler kecik sket agar boleh telan.. jgn ler setokol kayu tu telan.


MMT (mixture magnesium trisilate)- klu kat farmasi berapa anggaran harganya???

Apa yang menyebabkan perut menjadi terlebih acid

* Mesej ini telah diedit oleh tompok pada 26hb Apr 2004 11.15:40 pagi

IP : 61.6.64.66

roszy

19 . Dihantar pada 26hb Apr 2004 11.26:15 pagi   [Edit]


Petua ini memang berkesan .. madu lebah 2 sudu dan perahan air limau nipis..bancuh dgn air suam ...sure angin keluarnya..dan sangat baik bagi siapa nak kurus ..buat pagi sekali dan malam sekali . selawat nabi 3 X sebelum minum.
insyallah. selamat memcuba .



IP : 210.187.204.108

alitopan

20 . Dihantar pada 26hb Apr 2004 11.31:53 pagi   [Edit]
makan biji cempedak

IP : 219.95.39.129

TypeR

21 . Dihantar pada 27hb Apr 2004 10.46:24 pagi   [Edit]
ni answer untuk TOMPOK
MMT (mixture magnesium trisilate)- klu kat farmasi berapa anggaran harganya???
Answer: Ada kot dalam RM3~5 untuk satu botol kecik, saiz +- ubat batuk punya. Murah kan kan kan.....

Apa yang menyebabkan perut menjadi terlebih acid?
Answer:
1) Stress - orang utara kata ghablah....especially time nak exam atau dok kejan nak perabih kerja atau boss ikut buntut mana report? Badan kita dgn sendirinya pump acid keluar time kita stress....so try to relax, tarik nafas dalam dalam, istifar, etc....try to maintain exercise at least 3x/week at least 1/2 an hour....

2) Pemakanan berlemak, lebih protin.....nak hurai lemak, protein perut kena keluarkan acid....nanti susah perut nak digest pulak......

Sebab tu kita kena tahu apa yg kita makan.....

Ais juga kureng bagus kerna ianya sejuk.....so bila kita makan dgn lahapnya.....perut baru nak digest...kita gi minum air sejuk...maka sejuklah satu perut.....perut kena tunggu right temperature baru boleh start digest .....masa tu silap silap U boleh rasa kembong semacam......

IP : 210.187.123.173

roszy

22 . Dihantar pada 27hb Apr 2004 11.44:03 pagi   [Edit]


UNTUK BUANG ANGIN DALAM BADAN KENA LA BERPANTANG DARI SEGI MAKANAN DAN KENALAH SELALU BERURUT. DAN RAJIN LAH MAKAN MANJUN . ADA SATU MANJUN BAUNA SANGAT BAIK KELUARKAN ANGIN.
KAK ROSZY ADA DENGAR CITER DARI ORANG TUA . KATANYA KALAU KUAT MAKAN HALIA NANTI CEPAT PUTUS HAID.

MASIH TAK TERLAMBAT ..ANGIN DALAM BADAN NI BAHAYA..KALAU TAK DIATASI BOLEH MELUMPUHKAN BADAN.

OK TAKE CARE.

IP : 210.187.204.21

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "