Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> Segalanya di sini : vitamin, minuman, kosmetik, awet muda......
(Pengendali : lini, piqah )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Segalanya di sini : vitamin, minuman, kosmetik, awet muda......
rosee

1 . Dihantar pada 28hb Apr 2004 10.25:32 mlm   [Edit]


Pernah kah anda tahu tentang produk-produk CNI yang mana ia mengandungi banyak makanan-makanan kesihatan yang luar biasa hebatnya.

Mengapa Makanan Kesihatan Penting kepada kita:
Dalam kehidupan harian, kita akan dapati orang di sekeliling kita ada yang berwajah sihat, ada pula berwajah pucat, ada yang kelihatan muda, ada yang kelihatan tua, ada yang tubuhnya langsing dan ada pula bertubuh gemuk. Mengapa semua ini berlaku? Jawapannya ialah PEMAKANAN membahayakan kesihatan kita.

Menurut pakar-pakar pemakanan, prinsip-prinsip penjagaan kesihatan merangkumi:
1. Memperolehi pemakanan yang cukup dan seimbang
2. Mengadakan senaman dan berehat dengan secukupnya.
3. Berfikiran positif dan sentiasa riang gembira.
4. Mendiami di persekitaran yang nyaman dan selesa.

IP : 210.186.39.165

rosee

2 . Dihantar pada 28hb Apr 2004 10.29:07 mlm   [Edit]
Pemakanan ialah faktor utama untuk mengekalkan kesihatan tubuh manusia. Pengambilan pemakanan yang mencukupi dan seimbang membuat seseorang kelihatan sihat dan bertenaga. Sebaliknya kekurangannya akan menyebabkan badan berasa lemah dan tidak bermaya. akan tetapi, dari mana datangnya pemakanan? Jawapannya ialah makanan semulajadi. Pakar-pakar pemakanan berpendapat bahawa pemakanan yang seimbang boleh diperolehi daripada makanan harian yang seimbang. Masalahnya ialah semua pemakanan ini hanya dapat diperolehi daripada makanan semulajadi yang berlainan. Justeru itu manusia telah menghasilkan makanan yang berkhasiat kepada tubuh badan.

Kelebihan Makanan Kesihatan.
1. Murah
2. Mudah

IP : 210.186.39.165

rosee

3 . Dihantar pada 28hb Apr 2004 10.39:47 mlm   [Edit]
Sistem Kesihatan Keluarga CNI terdiri dari 3 produk iaitu Organik, Life enzyme dan Lyophilized Royal Jelly

Organik - Membersih
Organik Vegetable Powder adalah produk yang paling penting dan paling berkesan dalam "membersihkan" toksin-toksin yang telah lama terkumpul di dalam tubuh badan. Ianya membersihkan perut dan usus serta memelihara keseimbangan.

Life enzyme - Menyelaras
Life enzyme merupakan pemangkin yang mengaktifkan organ-organ dalaman. Ia merangsang metabolisme sel, meningkatkan tenaga, mendorong pertumbuhan semula sel-sel yang sudah rosak.

Lyophilized Royal Jelly - Membina
CNI Lyophilized royal Jelly membekalkan pelbagai nutrien, menyihatkan tubuh badan dan mengaktifkan fungsi tubuh badan secara menyeluruh.
Vitamin kumpulan B aktif yang terkandung di dalam Lyophilized Royal Jelly adalah 40 kali lebih banyak berbanding dalam madu lebah. Vitamin B ialah vitamin larut air. Ia dapat meningkatkan keupayaan tubuh badan menghadam dan menyerap protein, lemak dan karbohidrat.

* Mesej ini telah diedit oleh rosee pada 28hb Apr 2004 10.43:48 mlm

IP : 210.186.39.165

rosee

4 . Dihantar pada 28hb Apr 2004 10.57:29 mlm   [Edit]

Organik Vegetable Powder
Toksin adalah punca segala penyakit. Toksin yang terkumpul di dalam tubuh hasil dari rokok, ubatan moden, alkohol, pencemaran alam sekitar dan bahan makanan yang menggunakan baja kimia, racun serangga, bahan awet dan sebagainya menyebabkan kehadiran penyakit-penyakit kronik hari ini. Oleh demikian bagi merawat punca penyakit ialah penyingkiran toksin dari badan dan organik dapat membantu dengan berkesan dan secara semulajadi/tanpa ubat.

Organik juga membantu penyingkiran lemak berlebihan yang terdapat dalam tubuh, sekaligus memulihkan fungsi asal. Selain dari penurunan kandungan toksin dalam organ dan darah pada masa yang sama ia meningkatkan keupayaan penyerapan oksigen seterusnya menguatkan fungsi tubuh kembali normal.

Apa itu Organik Vegetable Powder - ia diperbuat daripada lebih 20 jenis tumbuhan dan 100% bahan-bahan semulajadi. Ia kemudiannya dinyahkuman, dikisar dan diadun dengan teliti. Produk ini dicipta oleh Pakar Dr. Henry Chang dari US. Ia bertindak menghapuskan bahan-bahan toksik dan lemak berlebihan dalam badan dan membersihkan sistem penghadaman untuk memulihkan fungsi asal.

Kebaikan:
1. Menyingkirkan toksin dari tubuh badan.
2. Mengaktifkan sel dan menggiatkan pertumbuhan semula sel-sel badan.
3. Membekalkan vitamin dan zat galian kepada tubuh.
4. Menguatkan daya ketahanan tubh badan.
5. Menguatkan fungsi fisiologi.
6. Menurunkan paras kolestrol dalam darah.
7. Mengurangkan penyerapan lemak ke dalam tubuh.
8. Lecitin membantu meningkatkan pembakaran lemak dlm tubuh.
9. Mencegah sembelit dan buasir.
10. Menurunkan tekanan darah.

Testimonial dari seorang rakan yang mengatakan sebelum ni kalau beliau ke tandas mengambil masa 45 minit jugak untuk melepaskan hajat. Setelah mengambil Organik, tak perlu tunggu lama. Dalam masa 10 - 15 minit, selesai...

Elok tu untuk orang buasir, tak perlu nak teran kuat-kuat...

IP : 210.186.39.165

maizana

5 . Dihantar pada 29hb Apr 2004 11.09:36 pagi   [Edit]
rosee

I pernah gunakan life enzyme, tapi half way...(dan packetnya - kalau tak silap warna hijau..masih ada dirumah I).. boleh tak u terangkan apa sebenarnya life enzyme..dan bagaimana i diperbuat, dari bahan apa? dan dihasilkan dimana? Just for info

IP : 202.190.80.250

rosee

6 . Dihantar pada 29hb Apr 2004 4.49:00 ptg   [Edit]
Kenapa u tak habiskan life enzyme tu? Anyway, saya nak cerita pulak pasal life enzyme.

Apa itu Enzim?
Enzim ialah sejenis protein kompleks yang unik dan merupakan pemangkin yang pentinguntuk metabolisme dan pelbagai perubahan kimia dalam tubuh manusia supaya seluruh sistem tubuh dapat berfungsi dengan sempurna. Kekurangan enzim akan membantutkan tumbesaran dan menghalang proses penghadaman, penghasilan tenaga, kadar tumbesaran dan lain-lain.

Kandungan Life Enzyme:
jagung, gandum, nenas, kacang putih, betik, pisang, rumpai laut, germa padi, tomato, labu, burdock, formosanus.

Keistimewaan Life Enzyme CNI dibanding dengan life enzim lain:
1. Keaktifan tinggi. Lumrahnya keaktifan enzim akan hilang pada suhu 50C ke atas tetapi CNI Life Enzyme bukan saja tidak hilang keaktifannya malah menjadi semakin aktif sehingga 3 kali lebih tinggi daripada suhu biasa.

2. Kemantapan. Keaktifan enzim mudah terpengaruh oleh kelembapan dan suhu panas. CNI Life Enzyme tidak memerlukan sebarang bahan penstabil untuk memantapkan keaktifannya. Ia tidak perlu disejukkan. Ianya kekal mantap selama 10 tahun.

3. Keselamatan pengambilan.
a. Bersumberkan bhn. semulajadi tanpa bahan pengawet, agen antioksidan, sakarin, pewarna, perisa dan tanpa enzim haiwan.
b. Tanpa logam berat, sisa-sisa racun rumpai, antibiotik, bakteria merbahaya dan tanpa sebarang ubat dan dadah.

FUNGSI UTAMA ENZIM
1. Menyelaraskan persekitaran dalaman tubuh badan.
Ia berfungsi menurunkan paras kealkalian darah, menghapuskan sisa-sisa di dalam badan, memelihara keseimbangan usus, menyihatkan sel-sel, mendorong penghadaman, meningkat daya tahan, mengekalkan keseimbangan tubuh badan secara menyeluruh.
2. Anti radang.
Radan berlaku apabila sel-sel yang cedera dijangkiti bakteria. Enzim bertindak merangsangkan dan meningkatkan fungsi sel-sel darah putih untuk menyembuhkan sel-sel yang tercedera.
3. anti bakteria.
Enxim secara sendirinya boleh membunuh bakteria dan menggalakkan penghasilan sel-sel baru untuk menyembuhkan penyakit dari peringkat akar umbi.
4. Penguraian.
Enzim dapat menguraikan sisa-sisa toksik dalam tubuh dan meningkatkan proses penghadaman dan penyerapan zat makanan dengan menguraikan makanan kompleks kepada bahan ringkas yang boleh diserap oleh badan.
5. Membersihkan darah.
Menyingkirkan sisa-sisa toksi di dalam darah, menguraikan kolestrol dalam darah, mengekalkan paras alkali yang rendah agar darah dapat mengalir dengan lancar. Juga berkesan untuk menyembuhkan kecederaan dalaman kerana terjatuh atau terhentak.
6. Membina sel-sel baru.
Life Enzyme menggalakkan pertumbuhan semula sel-sel yang telah rosak, merangsang metabolisme sel-sel tubuh badan dan meningkatkan stamina tubuh badan.

Stop kejap.....

IP : 219.92.36.103

maizana

7 . Dihantar pada 29hb Apr 2004 5.10:31 ptg   [Edit]
Ohhhh...Protein.



Ini NUTRILITE Protein


Bina Masa Depan Anda dengan Asas yang Kukuh Sekarang!
Protein memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan pengekalan kesihatan badan. Oleh kerana tubuh anda tidak menyimpan protein yang berlebihan, maka pengambilan seharian adalah perlu untuk memastikan bahawa tubuh anda mendapat segala apa yang diperlukan. Protein adalah penting untuk semua peringkat umur bagi pembaharuan sel, kulit yang cantik dan pembinaan otot. Ia juga adalah asas blok pembinaan untuk organ dalaman dan hormon.

Protein yang berasaskan soya adalah pilihan makanan yang lebih sihat untuk mereka yang ingin mengurangkan pengambilan lemak atau kolesterol mereka, mereka yang mungkin alah dengan susu dan produk yang berasaskan susu atau vegetarian yang tidak memakan sebarang produk yang berasaskan haiwan, termasuk susu lembu.


Sama ke dengan Life enzyme

IP : 202.190.80.250

Liz_Dee

8 . Dihantar pada 29hb Apr 2004 5.14:50 ptg   [Edit]
Liz adalah member CNI. Life enzyme mmg bagus...
tapi agak mahal.. so liz tak larat maintain.

IP : 202.75.160.254

Mann70

9 . Dihantar pada 29hb Apr 2004 5.36:48 ptg   [Edit]


APA MAKNA SEBENAR VITAMIN ?
TAHUN BERAPA IANYA DIJUMPAI ?
SIAPA YG JUMPA VITAMIN ?

IP : 192.228.129.114

rosee

10 . Dihantar pada 29hb Apr 2004 5.49:43 ptg   [Edit]
Perbezaan enzim biasa dan Life Enzyme

Enzim biasa
1. Kesan untuk rawatan sistem penghadaman
2. Kemantapan ditambah bhn penstabil, pengawet dsb.
3. Hayat 2 tahun
4. Keaktifan hilang keaktifan apabila suhu meningkat 50C
5. Penggunaan dalaman
dan luaran Tidak boleh
6. peratusan bhn. bukan 100%. ditambah bahan sintesis
mentah enzim
7. Laporan ujian tidak lengkap

Life Enzyme
1.Kesan serbaguna
2.Kemantapan dihasilkan dgn teknik khas yang mengaulkan
lebih 300 jenis enzim semulajadi tanpa bhn
penstabil, pengawet dsb.
3. Hayat 8-10 tahun
4. Keaktifan Daya ketahanan yang kuat sehingga suhu 80C
dan ke atas.
5. Penggunaan dalaman
dan luaran Boleh
6. Peratusan bhn.
mentah enzim 100% bersumberkan ekstrak tumbuhan semula
jadi.
7. Laporan ujian diuji di Korea, Hong Kong, China, Taiwan
Filipina dan Singapura; disahkan tidak
mengandungi racun herba, logam berat,
bakteria, virus atau bahan kimia dan anti
biotik yang berbahaya kpd. kesihatan
tubuh manusia.

IP : 219.92.36.103

maizana

11 . Dihantar pada 29hb Apr 2004 5.53:35 ptg   [Edit]
quote:
APA MAKNA SEBENAR VITAMIN ?


Vitamin adalah bahan organik penting yang diperlukan untuk tubuh untuk melaksanakan proses biokimia dalam sel dan tisu. Vitamin tidak memberi kalori. Sebahagian daripadanya mudah rosak disebabkan haba, cahaya dan pendedahan kepada udara.

IP : 202.190.80.250

rosee

12 . Dihantar pada 30hb Apr 2004 11.22:09 pagi   [Edit]
Life Enzyme membantu memperbaiki resam tubuh badan:
1. sistem penghadaman
- sembelit, cirit birit, gastroptosis, radang perut, ulser perut, buasir, radang usus, penyakit gusi, terlalu kurus atau gemuk.

2. sistem pernafasan
- resdung, bronkitis, asma, penyakit paru-paru, tonsilitis

3. Sistem peredaran
- sakit jantung, tekanan darah tinggi/rendah, kaki dan tangan sejuk, angin ahmar, lumpuhyang disebabkan oleh pendarahan dalam otak, pening kepala, rasa pitam, mudah letih, badan tidak bertenaga, anemia, alahan dan kencing manis.

4. sistem saraf
- insomia, kegelisahan, sakit kepala, sakit bahu, sakit leher, sakit pinggang, gout, rheumatism, rtritis, epilepsi.

5. sistem urin
- Radang buah pinggang, asid urik tinggi, radang pundi kencing, karang.

6. sistem perembesan (endoktrin)
- kepincangan sistem perembesan, mati pucuk, kelenjar tiroid.

7. sakit puan.
- kepincangan kesihatan fisiologi, senggugut, keguguran bersifat tabiat, gangguan menopaus, keputihan, rahim jatuh.

8. sakit tulang
- osteoporosis

9. ketumbuhan
- ketumbuhan rahim, ovari, hopertorfi prostat, ketumbuhan limfa.

10. kulit
- ekzema, luka, melecur, lebam, bengkak yang kemerah-merahan, pembekuan darah, penyakit kulit,

11. kecantikan
- pigmentasi, tompok-tompok hepar, tompok-tompok penuaan, rekahan kehamilan, kulit kasar.

IP : 219.92.36.35

Mann70

13 . Dihantar pada 30hb Apr 2004 11.22:54 pagi   [Edit]
quote:
Vitamin adalah bahan organik penting yang diperlukan untuk tubuh untuk melaksanakan proses biokimia dalam sel dan tisu. Vitamin tidak memberi kalori. Sebahagian daripadanya mudah rosak disebabkan haba, cahaya dan pendedahan kepada udara.

Maksud saya apa nama penuh VITA-MIN ?
contoh, MDC - nama penuh Melayu Dot Com..

dan siapa pencipta vitamin..itu soalan saya..
tahun berapa dihasilkan..

Vitamin ada 3 jenis - semulajadi, sintetik & organik.

Kita perlu makan vitamin yg semulajadi (dari buahan & tumbuhan serta haiwan) bukan yg dicipta dgn teknologi makmal..

IP : 192.228.129.114

rosee

14 . Dihantar pada 05hb Mei 2004 08.20:23 pagi   [Edit]
Memang betul, kita memerlukan vitamin dari sumber semulajadi. Perhatikan berbezaan antara makanan kesihatan dan ubatan hospital.

Ubat
1. Pengambilan - Kuantiti ditetapkan tidak blh diambil berlebihan.
2. Tempoh pengambilan - Jik Kerap mengambil, unsur ubat akan terkumpul dan kemungkinan besar akan berubah menjadi racun.
3. Kesan sampingan - teruk tetapi perlahan
4. Kesan - sementara.

Makanan kesihatan
1. Pemgambilan - Kuantiti ditetapkan tetapi boleh diambil berlebihan.
2. Tempoh pengambilan - lebih kerap mengambil, badan menjadi sihat.
3. Kesan sampingan - tiada
4. Kesan - boleh membantu dalam jangka masa yang lama.

IP : 203.106.69.135

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "