Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> cara tradisional : Kuruskan badan cara tradisional
(Pengendali : lini, piqah )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : cara tradisional : Kuruskan badan cara tradisional
nuralisha

1 . Dihantar pada 11hb Mei 2004 09.26:00 pagi   [Edit]


hai kenkawan semua macam mana ya nak menguruskan badan cara tradisional dan menggunakan bahan-bahan semulajadi. saya pernah terbaca dalam forum ni, kawan kita suruh minum air karot+timun+limau nipis. Karot dan timun di blend dan masukkan perahan limau nipis, so sejauh mana keberkesanannya itu.....

IP : 202.75.44.2

mamaboomboom

2 . Dihantar pada 11hb Mei 2004 09.36:01 pagi   [Edit]
memang pernah dengar gitu...

Tapi FAKTOR MALAS ..yg buat selalu tak menjadi .
Buat sekali...lepas tu harapkan kurus.Yg kurus tu... ORANG RAJIN.Pengalaman diri sendiri..

IP : 210.186.26.120

vok

3 . Dihantar pada 11hb Mei 2004 09.37:16 pagi   [Edit]
Seropa la kita.....semangat kobar kobar tu ader...sekadar semanagt je laaa....perbuatan nye jauh skaliii....MALASSSS...heheheheh

IP : 219.95.170.186

realmelayu

4 . Dihantar pada 11hb Mei 2004 09.38:28 pagi   [Edit]
......
timun ngan carrot tu x boleh tukar yg lain ke???
tak leh masuklah....

IP : 219.94.43.18

zapjaya

5 . Dihantar pada 11hb Mei 2004 09.41:01 pagi   [Edit]


hoi realmelayu...
kalau nak tu seribu daya tak nak tu seribu dalih...
apalah....engko nie.....
ikut ajelah , tu kan petua secara tradisional....

IP : 219.94.43.18

maizana

6 . Dihantar pada 11hb Mei 2004 09.58:15 pagi   [Edit]
Lisha

Cara nak kuruskan badan ni..bermacam-macam cara dah Kak Zana cuba. Beli baju slim, beli peralatan untuk senaman, ambil ubat kat doktor... tapi kurang berkesan.

Lain lah masa single dulu, habis kuliah Kak Zana jogging dengan kawan untuk ke luar (UTM ke Skudai), balik naik bas..tiap-tiap petang buat macam tu..memang boleh..badan pun cantik jer. Berat badan masa tu 52kg dengan ketinggian 5'5"

Bila dah kawin (1990), masa mengandung kali pertama badan naik..bila bersalin..badan kurus balik...setahun lepas tu mengandung pulak kali ke 2..macam tu jugak..selepas bersalin..mesti badan Kak Zana kurus...mungkin sebab penat menjaga anak.

8 tahun Kak Zana tak ada baby...badan naik..sampai 85kg. Tapi masa tu Kak Zana tak perasan...bila bergambar baru perasan. Usahalah nak kuruskan badan..macam-macam Kak Zana cuba waktu ni..beli bicycle exercise tu, senaman (tak boleh setiap hari..ya lah maklum lah..dah sibuk dengan anak-anak dan kerja rumah), kawal macam mana pun..siap ambil ubat kat klinik (duromin), pakai yang jenis pelekat tu..macam-macam Kak Zana cuba..turunnya hanya 3 kg..kesannya teramat lambat... sudahnya Kak Zana naik jemu, give up.

Tahun 2001 Kak Zana mengandung (terkejut jugak masa ni - tak jangka pun untuk dapat baby lagi), beratnya Allah saja yang tau..sampai kena check up kat hospital..sebab berat badan berlebihan. Bila bersalin..berat Kak Zana yang asalnya 85kg boleh turun sampai ke 72kg...just imagine..masa tu lah yang terasa..how nice kalau dapat kurus semula...boleh pakai baju cantik-cantik, ada shape.

Tahun 2003 Kak Zana dapat baby lagi...berat turun lagi sampai cecah 68kg..to me is ok lah, for mother of 4, dengan ketinggian 5'5"...berat 68kg...cuma nak maintain jer.

Kak Zana nak maintain tu..belilah pakaian pelangsing...tapi bila baby besar..dah kurang breast feed..berat Kak Zana naik semula hingga 72kg..sampai pakai baju pelangsing pun dah rasa tak selesa..terbonjol sana, terbonjol sini...Kak Zana rasa takut..makin lama berat akan makin naik..takut nanti mencecah lagi ke 85kg.

So..nasib baik Kak Zana joint Amway (last december)..dan kebetulan network Kak Zana ada memperkenalkan kaedah penurunan berat badan melalui kawalan pemakanan dan pengambilan nutrition. Alhamdullillah..Kak Zana berjaya mengurangkan lebih 12kg dalam 4 pusingan (12 hari). Dan sekarang Kak Zana masih cuba..untuk mencapai ke berat badan 52kg (sewaktu anak dara dulu).


http://www.melayu.com/sembang2/mesej.php?13.0000001838

IP : 202.190.80.250

vok

7 . Dihantar pada 11hb Mei 2004 12.57:46 tghari   [Edit]
hmmmmmmm sonok plak baca kisah kak maizana ni.......mula kobar kobar semangat ni

IP : 219.95.170.186

si_comel82

8 . Dihantar pada 11hb Mei 2004 1.04:08 tghari   [Edit]
erm..comel plak amalkan minum air limau nipis tanpa gula..
Tiap hari,minum 2 gelas..nampak ade peubahan berat badan..walaupon tak banyak...
mak kata..air limau nipis nih memang bagus utk hancurkan lemak badan..

IP : 219.92.228.136

realmelayu

9 . Dihantar pada 11hb Mei 2004 1.10:11 tghari   [Edit]
si comel
tak takut ke urat perut nanti putus..
asid tu

IP : 219.94.43.18

realmelayu

10 . Dihantar pada 11hb Mei 2004 1.25:30 tghari   [Edit]
hye zapjaya...........
yg ko ni jelos apsal
aku tanyer jer...

IP : 219.94.43.18

si_comel82

11 . Dihantar pada 11hb Mei 2004 1.28:59 tghari   [Edit]
realmelayu..comel tahu asid..
tapi comel bukan nak amalkan utk jangka masa lama
Seminggu pas minum..comel stop jap..
pastu..minum balik..stop lagik..
sampai mencapai berat badan ideal..

IP : 219.92.231.189

roszy

12 . Dihantar pada 11hb Mei 2004 4.03:22 ptg   [Edit]


BETTTUUUULLLLLLL!!!!!!!!!!! tu JANGAN MALASS... ADALAH PETUA KEPADA SEGALA UBAT.

NI PETUA YANG TERBARU TAK CAYA CUBA LA..

2 SUDU MADU LEBAH DAN PERAHAN LIMAU NIPIS..BERSAMA SATU GELAS AIR SUAM ...PAGI SEKALI DAN MALAM SEKALI .. SEBAIK NYA MLM JGN MAKAN NASI..JUST TAKE BUAH-BUAHAN . DAN LAKUKAN SENAMAN RINGAN DAN PUSH UP .. SEBULAN BUAT MESTI TURUN BERAT BADAN..

OK SELAMAT MEMCUBA

IP : 210.187.204.62

mie_stk00

13 . Dihantar pada 11hb Mei 2004 4.25:01 ptg   [Edit]

senang jer nak kurus.
senam ker........
puasa ker...........

kan lagi bagus. pahala dapat, badan pun sihat.
solat adalah merupakan satu senaman.

IP : 202.188.250.225

mamaboomboom

14 . Dihantar pada 11hb Mei 2004 9.25:29 mlm   [Edit]
Kalau puasa siang..belah malam makan berlebih2an..tak jugak kurus.

IP : 219.93.202.114

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "