Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan >> Duromine : betul ker boleh turunkan berat badan dengan cepat?
(Pengendali : lini, piqah )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Duromine : betul ker boleh turunkan berat badan dengan cepat?
zai2515

1 . Dihantar pada 05hb Okt 2004 11.56:43 pagi   [Edit]

Zai nak tanya kepada sesiapa yg pernah guna ubat duromine ni. betul ker dia dpt menurunkan berat badan dengan cepat. bukan apa saja nak tau jer. kalau betul nak juga cuba sbb dah lama nak kurus tapi tak kurus2 jugak. dah cuba sendayu tapi masih tak turun. budjet pun lari. tolong bag pendapat.

IP : 219.95.0.28

shahir

2 . Dihantar pada 05hb Okt 2004 12.03:02 tghari   [Edit]
Mmg boleh turun. Kawan Shahir pernah ambil tapi badan dia jadi panas dan peluh tak henti2. Pas tu dia jadi skit kepala angin...bad mood tak tentu pasal . Last2 dia berhenti anbil duromine ni.

quote:
dah cuba sendayu tapi masih tak turun. budjet pun lari. tolong bag pendapat.

Rasanya ada bnyk lagi cara yg berkesan utk turun berat badan. Tepuk dada tanya selera dan mmg kena ukur poket kita. Harap Zai tak tersalah pilih...kerana ghairah utk kurus. Pastikan apa yg Zai ambil tak memudaratkan diri sendiri.

Jika tanya Shahir, I prefer supplements dan SC.

IP : 219.95.201.172

zai2515

3 . Dihantar pada 05hb Okt 2004 12.11:43 tghari   [Edit]
zai bukannya nak cepat kurus tapi zai dah cuba mcm2 tapi taknak kurus. may be lemak ni jenis degil kot

IP : 219.95.0.28

syikin72

4 . Dihantar pada 05hb Okt 2004 12.14:00 tghari   [Edit]

zai,
syikin pernah ambik duramine ni, turun 5kg sebulan. tapi berhenti sebab tak leh tahan effect dia, malam takleh tidur, pas tu pagi gi kerja pening kepala. selera makan memang takde. bila berhenti, 3 bulan lepas tu badan naik balik. lagi satu, dr yang bagi syikin ubat ni kata duramine ni takleh ambik lebih dari 3 bulan, takut ada side effect.

sekarang ni syikin makan Biodex. memang berkesan dan tak memudaratkan. apa kata zai try Biodex. Zai boleh refer kat topik biodex untuk tau detail pasal produk dan baca member kita berkongsi pengalaman makan Biodex nih...

IP : 161.142.112.5

tia75

5 . Dihantar pada 05hb Okt 2004 12.14:14 tghari   [Edit]
Zai, saya pernah makan adipex (adik beradik duromine)...itupun atas saranan doc. Sebulan saya makan...memang nampak ketara...bayangkan saya boleh turun 10kg dalam masa sebulan. Itupun saya makan ubat beserta dengan senaman tiap-tiap petang di gym. Tp satu saya tak tahan...saya jenis kurang minum air...so bibir saya..tekak saya kering...tp saya paksakan jugak diri supaya minum byk air..sbb takut side effect sbb badan kering.
Ubat ni saya makan dalam tempoh sebulan setengah. Lepas tu saya stop sbb berat saya dah ok. Bila stop saya tak pandai maintain berat saya naik sikit demi sedikit. Terpengaruh dgn kawan yg makan duromine....saya pun cubalah.
Emmmmm saya tak tahan...pinggang saya sakit sangat. Saya jumpa doc....dia suruh saya stop makan duramin.
Sampai sekarang saya dah tak sentuh ubat-ubat kurus ni....takutttt sesangat. Memang sekelip mata nampak cantik..kurus...tp kesan jangka panjang kita tak tau.
Sekarang ni saya diet sendiri....buat senaman, control makan...alhamdulillah...ada kesan...dah turun 2kg. Memang lambat...tp takpe asalkan selamat.
Itu cuma pandangan saya sbb saya sendiri penah mencuba.
Apa-apa pun jumpa doc minta nasihat dan pandangan.
Tp kesan dr makan ubat ni kan...permulaannya malam susah nak tidor, jantung bedebar-debar...dan makan ubat ni tak boleh untuk long term...takut dapat kesan sampingan.

IP : 192.228.129.114

riss_1688

6 . Dihantar pada 05hb Okt 2004 12.22:33 tghari   [Edit]
zai...kalau awak rajin..meh email kat saya...boleh citer kat awak panjang lebar...

IP : 219.95.3.94

zai2515

7 . Dihantar pada 05hb Okt 2004 12.48:40 tghari   [Edit]
èmail zai ialah zai2515@yahoo.com. cerita ttg duromine ni ker

IP : 219.95.0.28

mamaboomboom

8 . Dihantar pada 05hb Okt 2004 12.50:40 tghari   [Edit]
takut nak makan...takut 'jalan cepat'!!

IP : 218.111.218.162

eyranie_tn

9 . Dihantar pada 05hb Okt 2004 12.51:47 tghari   [Edit]
Hai semua......

Saya ahli baru.....Saya dah lama ingin berkongsi idea dengan u all tetapi asyik2 ada masalah registration...Alhamdulillah ari ni ok...

Hanya mau turunkan berat badan....??? Atau mahu maintain sihat (i mean berat idea n sihat badan). Saya tahu satu produk yg bagus (dinamakan pelapik tilam)......Bukan makan atau pakai...kita tidur (barinG) atas dia je...

Harga agak mahal...tetapi boleh digunakan sampai ketua.....Ada 3 jenis....single, queen n king....OK guy...

Other info....for example....benefit lain n harga....
email sms or tel.....

Bye,
eyranie_tn@yahoo.uk.co (0123685869)

IP : 202.185.77.160

eynda

10 . Dihantar pada 05hb Okt 2004 12.54:08 tghari   [Edit]
Bercakap pasal duromine ni eynda teringat cousin eynda kat Kedah. Kalau tak silap dia makan pil ni le tapi dengan nasihat doktor. Memang sekarang dah slim, tapi sementara nak slim tu, dia pernah muntah, tak makan (takde zat le badan)...pendek kata dia menderita utk kurus. Tak tahu le sekarang ni dia still ambik ke tak.


IP : 219.95.20.249

arenum

11 . Dihantar pada 05hb Okt 2004 3.00:19 ptg   [Edit]
duromine...hemmm...lom penah ambik lagik....
tap iadik badik dia...adipex tu penah ...

last year start....bulan satu stop pasal maleh nak pi klinik tu pastu bila pegi dokter asik takde...

heheehhe...tah lah yek...badan kita ni lain2...
macam anum makan takde pulak side effects macam kwn2 ckp tu...dlm 5 - 6 bulan makan ok je....

cuma satu lah, nak ambik duromine ke adipex ke apa2 lah prescriptive drugs ni kena jumpe doktor....jangan main ambik je...

adik badik duromine ni kena ambik sebaik sahaja bangun tidor atau awal pagi sebab dia mmg membuatkan kita nye badan rasa segar/tak ngantuk...kalo lupa ambik ...skip aje..esok pagi lak makan...

pastu mmg doktor nasihatkan ambik pil2 ni setahun je...lepas tu kena stop....dan lagik satu mereka yg benar2 overweight atau lain kata obese sahaja dibenarkan ambik pil2 nie...kalo setakat nak ilang 5 - 10 kg, baik try mende lain mcm jaga mkn, wat exercise ke....okies

tu anum nye experience lah...tapi jgn lah nanti ada apa2 jadik kat korang, korang kata aku lak yg suruh ok....
semua bergantung pada badan dan tahap kesihatan seseorg individu tsb....

IP : 210.187.228.185

zai2515

12 . Dihantar pada 05hb Okt 2004 5.22:26 ptg   [Edit]
anum leh tak kita sembang dlm YM

IP : 219.95.0.28

Nia75

13 . Dihantar pada 05hb Okt 2004 5.52:52 ptg   [Edit]
Assalamualikum...
Nia sekadar ingin berkongsi maklumat dan pengalamanlaa dulu Nia sendiri pernah amiknie pergi jumpa Doktor atas saranan Doktor jugalaanie...Memanglaa within less then 1 month I manage to lost 10kg banyaktu tapi...Ya Allah effectnya...Tuhan sajalaa yg tahu pening lalattu toksah cakaplaa, mukanie nampak kurus cengkung tapi yg tak syoknyer rupa org tak sihat...Ada baiknya berhajat bebenar nak turun kgtu...port kat sembang Biodex atau hubungi Nia sendiri di 012-3915362...

IP : 161.142.112.5

erinaa

14 . Dihantar pada 05hb Okt 2004 6.09:37 ptg   [Edit]
hi ...saya nak konsi pengalaman member saya ...dia pernah makan duruomine tu selama 6 bulan..memang nampak kurus..tapi selepas tu kesihatan dia memang teruk sampai masuk hospital....lepas tu lepas dia kawin dapat semput yang teruk pulak...tapi sekarang badan dia naik 2 kali ganda dulu....ditambah dengan semput..kesian sungguh.....
sebab unat ni tak boleh ambik berterusan dlm jangka masa yang lama....sebab ia control otak kita.....itulah sebabnya kita jadi pening dan tak boleh tido....so sebelum makan fikirlah dulu..apa kata try saja biodex....sungguh berkesan...

IP : 192.198.147.96

Ashsha

15 . Dihantar pada 05hb Okt 2004 10.48:47 mlm   [Edit]
sha tak pernah amik ubat ni tapi hubby sha pernah la.tapi yg tak tahannya(dia kata laaa...)asik badmood jer.tak boleh tido malam.dada berdebar-debar dan badan panas semacam.kurus tu memang la nampak kekurusan tapi tak le melidi.masa dia amik ubat ni dulu,sha dgn dia tgh bertunang.nak nampak hensem(kata dia juga...)masa hari perkawinan le kenkononnya tapi sebab byk sgt kesan2 buruknya,dia pun berenti la.amik pun atas saranan doktor.berenti pun,doktor yg suruh...

so,berpk la dgn bijak.byk kemudaratan dari kebaikan...

IP : 61.6.58.72

monica

16 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 10.07:45 pagi   [Edit]
assalamualikum semua,

zai2515,

Last saturday (2/10/04) saya gi jumpa doctor, so dlm masa yg sama just tanya pasal kesan2 dari pengambilan ubat kurus especially duromine & yg seangkatan dgnnya. Doc tu kata duromine dah diharamkan pengambilannya. Kalu u nak boleh try xenical, tapi mahal sikitlah. Tapi kalu u ada kesungguhan dlm nak jaga kesihatan & kurus, jagalah pemakanan & exercise memang effect. Disamping tu kalu nak amik gak ubat yyg boleh menolong dlm penurunan berat u, u amiklah supplement dari amway. Hasil dia berkesan & u pun sihat,(x der kesan sampingan)

IP : 218.208.18.131

salasi62

17 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 10.13:56 pagi   [Edit]

monica

Supplement amway? Daily ke?

IP : 157.165.41.125

rosepurple

18 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 10.14:44 pagi   [Edit]
duromine,

kalau boleh janganlah ambil...hubby dan family dia dulu ambil memang kurus tapi lepas stop badan naik sampailah ni tak turun-turun.

IP : 219.95.85.146

zaie

19 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 10.19:25 pagi   [Edit]
hai zai2515,
apa kata cuba makan jamu selansing keluaran revell..
mmg terbukti keberkesanannya...dan dijamin halal...

IP : 219.93.79.2

harsha

20 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 10.22:38 pagi   [Edit]
duromine ni.. kalau makan, nak marahhhhhhhhh jer!! aku pernah try seminggu zaman zaman anak dara dulu, adik adik jadik mangsa.. tak sanggup aahh.. biarlah aku gemuk mcm ni hehehhee..

IP : 202.156.2.202

PrincessLea

21 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 11.50:04 pagi   [Edit]
harsha

Ya betul!!! gemuk pun gemuk la..janji abg cayang...heheheh...

but duramin tu mmg dah di haramkan...jgn la makan...kang 'jalan' cepat...hei..x sanggup...

IP : 219.93.97.146

cha

22 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 12.06:57 tghari   [Edit]
Zai
Dah cuba ZONE-DIET???

IP : 202.185.186.6

monica

23 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 12.13:20 tghari   [Edit]
ZAI2515,

Cuba u masuk dlm diet bersama amway tu, dia ada mentioned apa supplement yg perlu diambil, atleast benda ni x der kesan sampingan....selamat digunakan. Ada gak kesan org yg pernah amik duromine ni, effect kat kidney dia org which is not good. kita ni diet2 gak tapi biar sihat tau. Cuba u masuk kat posting tu, nanti jamd, k.maizana, ella973 & yg lelain akan explain to u......... so far i x mampu nak amik complete set supplement amway, i just amik LE, tapi memang berkesan, coz sejak 3hari amik LE, bila tidur mlm saya x kena kebas2. Tapi since last week pun berat bdn dah turun 2kg, after take LE 3days turun 1kg.....so now 56kg...... hopefully by next week akan terus turun.....

IP : 218.208.18.131

erin77

24 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 12.28:56 tghari   [Edit]
ZAI..
try refer MELILEA : MAKANAN ORGANIK

IP : 219.93.195.90

arenum

25 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 12.30:44 tghari   [Edit]
zai jom ahh...nak YM...add je anum nye email add tu or arenum915 ...kay

IP : 210.186.116.3

adrianna

26 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 2.16:05 ptg   [Edit]
pil ni nak mkn kene advice dr dokte....turun tu mmg leh turun tapi byk side effect nye....then....badan kurus yg tak lawo...mengeleber jek...lagi satu....buncit mmg tak hilang....

IP : 210.186.228.112

maira70

27 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 3.08:10 ptg   [Edit]


zai2515

duromine, ionamine, adipax ni semua satu emak satu bapak dari phentermine...tiga2 saya dah cuba...last cuba tiga tahun lepas masa ikut diet doktor di BTS. turun memang turun tapi kena ingat yang turun berat tu bukan lemak tapi air..thats y berat naik balik bila tak ambik.

IP : 161.142.112.5

gee67

28 . Dihantar pada 06hb Okt 2004 3.35:24 ptg   [Edit]


Kak Gee pernah ambil ionamine selepas dapat anak pertama. Masa tu berat badan naik, tu yang pi jumpa doktor kat satu klinik tu kat Kampung Pandan. Doktor tu suggest ambil ionamine ni. Turun memang turun.Lepas sebulan ambil Kak Gee stop sebab dah dapat berat badan yang ideal tapi dik kerana tak jaga makan, berat badan naik balik. Naik pulak tu bagai dipam-pam. Lepas tu nak turunkan balik berat badan punyalah susah.

Sekarang ni, alhamdulillah tinggal beberapa kilo aje lagi untuk dapatkan berat badan yang ideal. Kak Gee ambil suppliment2 Amway, slimming combo Cosway dan Colon Cleanser dari produk DCL.

Seminggu lagi kita akan berpuasa. Apa kata kita ambil kesempatan dalam bulan puasa ni untuk menurunkan berat badan.

IP : 218.111.60.53

mamaaliyah

29 . Dihantar pada 07hb Okt 2004 11.48:24 pagi   [Edit]


zai,

mama pernah makan ionamine ambik kat klinik di BTS. member yang cadangkan. turun 8kg dalam masa 2 minggu tapi... memang terasa effectnya yang tak best!! member mama pulak la nie badan macam di pam2 sebab dah stop ubat nie. alhamdulillah mama dah tarik diri awal2. berat maintain jerk.

cuma mama nak cadangkan zai masuk ke topik Atkin Diets dalam MDC nie.. bukannya apa.. ader sesetengah orang tu, dia nak kurus tapi takder BUDGET macam mama nie. ... Jadik kalau zai buat diet Atkin nie.. zai cuma kurangkan pengambilan karbohidrat jerk.. cubalah.. Insya-Allah ada info di sana yang boleh membantu Zai..

macam mama sendiri pun jenis yang susah nak turunkan berat badan. tapi alhamdulillah, lepas buat atkin diet nie (On n Off lah).. mama dah berjaya turunkan 7 kg TANPA RASA LAPAR.....

aLL D bEST..

IP : 203.106.19.130

zai2515

30 . Dihantar pada 07hb Okt 2004 12.41:38 tghari   [Edit]
terima kasih pada semua yg bg komen

IP : 219.95.13.134

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "