![]() ![]() |
|
| Info : Pusat Karya masih dalam percubaan | 13hb Rejab 1434 @ 23hb Mei 2013, 02:28:29 pagi | ||
| Salam sejahtera |
| Melayu.com » Pusat Karya » Nostalgia |
| (Pengendali : gojira) |
| Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru |
^Nostalgia Semalam^![]() Hasil karya : luvbieyuk Tarikh siar : 04hb Jun 2009, 01:19:07 pagi No. IP : 203.82.79.:-) |
|
04.06.2009(Khamis) 1.19pm Senyum... Semalam aku membuang pandanganku keluar tingkap semasa dalam perjalanan menuju kedai makan. Erm, seperti biasa aku akan membawa family makan di luar setiapkali aku pulang bercuti. Dalam perjalanan hatiku tercuit melihat sebuah kedai runcit di tepi jalan simpang masuk Kg Bindu..mataku terus sahaja meliar mencari sebatang paip yang besar berhampiran kedai runcit itu..aku nampak 15 tahun dulu di situlah aku kemalangan..tayar motor aku menjadi 8..motor abah rosak teruk..di kedai runcit itu jugalah tempat aku mendapatkan pertolongan..sebenarnya masa aku tercampak dari motosikal, aku sempat risau dan berfikir..adik aku yang baru berusia 1 tahun lebih dalam bakul motosikal tu membuat jantung aku berdegup kencang..mampuslah aku kalau apa-apa berlaku padanya..sure aku kena bunuh dengan abah. Tersenyum lagi..orang-orang kampung tu dah ramai mengerumuni aku tapi aku sibuk cari adik aku..pergh lega hati bila adik aku ada kat tepi motor..darah kat lutut je..tangan calar-calar sikit..aku dukung dia dan cari helmet...ada beberapa orang di situ bantu aku angkat motor aku..ramai yang jerit-jerit sambil tengok aku dengan eksperisi wajah yang aku persoalkan kembali 'kenapa ek'..aku nampak seorang pakcik berlari menuju jalan raya ingin menahan bas..tauke kedai runcit tu pulak sibuk suruh aku duduk dan bagi air seven-up kat aku..prihatinnya masyarakat kat aku masa tue..Orang semakin ramai berkerumun aku..ada yang nak bawa aku ke hospital..gila apa?..melihat keadaan motor pun dah cukup menggerunkan aku..apa aku nak jawab dengan abah? Puas juga aku berfikir alasan apa..tiba-tiba adik aku tepuk-tepuk lengan aku sambil jarinya menunjuk ke dahi aku...aku sapu dahi aku..darah...banyak darah yang mengalir. Tauke kedai bagi kain pembalut..aku bangun terus cakap nak balik..ramai yang nak tolong hantar..tapi mana boleh..aku berkeras hati..kalau boleh jangan ada ahli keluarga aku tahu aku kemalangan..Pakcik yang menahan bas tadi lambai2 tangan kat aku...aku bawak adik aku naik bas tu ..lagi eksperesi wajah-wajah yang dalam bas...apa ye eksperesi tu..terperanjat..aku duduk di depan sekali..aku terlihat cermin depan bas..darah di dahi sebelah kanan aku deras je mengalir..baju aku pun dah penuh dengan darah tiba-tiba adik aku menangis tengok aku..tiba-tiba kaget..aku tenangkan dia..ciss patutlah semua orang nampak bimbang tengok aku..sibuk nak hantar aku ke hospital.. sampai je kat rumah aku terus masuk ke bilik...jelas tak jelas suara adik aku yang belum petah bercakap ceritakan semuanya kat mak aku yang memang sure terkejut tengok tangan dan lutut adik aku yang calar-calar dan luka. "Kak Lolong darah banyak.." entah apa-apa yang dia mengadu..aku dah tak sedarkan diri..pitam. Farah datang malam tu...masa tu muka aku dah bengkak-bengkak biru, sambil ketawakan aku farah sapu ubat...hahaha ak cerita kat dia apa yang berlaku dan dia kata aku gila belum ada mangsa kemalangan boleh balik sendiri naik bas..keesokannya aku pergi klinik...(sampai sekarang pun aku masih macam tu keras hati..) Lalu jambatan di sebelah kiri bawah jambatan aku melihat sebuah rumah kepunyaan sahabat baik aku ieza..kat situlah tempat aku selalu bermain, bercerita, berseloka..aku menjenguk ke dalam rumah itu melalui jendela yang terbuka...nampak sunyi rumah itu..dengar khabar ieza dah mula bekerja di kuala lumpur, kali terakhir suaminya hantar sms memberitahu ieza menjalani pembedahan sebab mengandung di luar rahim. Makcik sihat ke ek? mak ieza yang anggap aku anak sulungnya..haha kami satu tarikh lahir..mesti makcik akan sentiasa rindukan aku bila dia sambut hari lahirnya...erm sebenarnya aku menumpang kasih sayang dari keluarga ini sejak 15 tahun yang lalu...ieza? sahabat yang paling bermasalah dengan kisah cintanya..pernah beberapakali percubaan membunuh diri..Kali pertama nak terjun dari bangunan sekolah..aku sempat menghalang...bukan setakat menghalang tapi aku dah bagi satu penampar kat muka dia..geram...masa itu aku betul-betul tidak dapat memahami mengapa kuasa cinta boleh membuat seseorang sampai hilang pedoman diri...Kali kedua bila dia cuba meminum racun di rumahnya..kebetulan pada waktu itu aku singgah di situ sebab kami sepatutnya pergi hari sukan sekolah sama-sama. Dia sempat minum sikit...bila aku nampak terus aku tolak dia..pucat muka aku sekejap..gila!!! makcik membebel tak berhenti-henti...aku tak terkata apa-apa..nekad betul kawan aku ni...entah kenapa aku pun menulis surat untuk seseorang dan merayu supaya dia berbaik-baik semula...kerja bodoh yang pertama aku buat untuk menyelesaikan masalah kawan aku yang hanya tahu nak membunuh diri ini... Lalu pula di kawasan 'bus stand' batu pahat..kali ini ingatan aku lebih sensitif...bas itulah yang membuat aku berfikir..setiapkali terpandang bas aku akan terkenang dan melihat aku sedang berlari-lari mengejar bas dan menuju ke satu destinasi. Bas itu akan menjadi pengangkutan rasmi dan setia menghantar aku ke mana sahaja aku pergi. Bas dr batu pahat ke muar..kali ke dua aku menduduki SPM dan belajar di Maktab Adabi Maharani...kisahnya panjang...setahun kemudian bas dari b pahat ke Kula Lumpur..di mana aku meneruskan kehidupan yang tak pasti dengan terus menimba ilmu di ITM Shah Alam dalam jurusan Sains Sukan...kisahnya semakin hebat..Tiga tahun kemudiannya aku masih menggunakan bas pergi balik ke kampung halaman..aku meneruskan lagi pengajian dalam bidang sarajana muda Sains Sukan...ujian dan cabaran sangat padat...dan aku kembali semula di daerah aku dilahirkan..memulakan kerjaya pertama aku...aku masih sayu memandang bas...aku berulang-alik dari rumah ke tempat kerja dengan bas juga. Masih jelas tergambar kenangan itu..bila aku terkejar-kejar bas waktu pergi dan balik..dalam hujan lebat..dan aku sangat suka melihat di luar tingkap sambil berbisik di dalam hati...tak kiralah perjalanan jauh atau dekat aku suka suasana itu kerana pada masa itu aku akan bercita-cita tinggi..aku akan berangan-angan di sepanjang perjalanan..suatu hari nanti aku pasti akan 'drive' kereta impian aku..hahaha... setahun selepas itu....aku meninggalkan rutin aku bersama bas..kerana aku pergi ke satu lagi destinasi lebih jauh melepasi langit di angkasa...di seberang laut china selatan....bas sudah bertukar menjadi kapal terbang....hampir 6 tahun aku ditemani oleh airasia dan MAS sekali sekala...aku sangat rindu pada bas...kalaulah bas itu boleh bersuara sudah tentu dia akan menegur aku kerana dia amat mengerti tentang aku...kisah aku.. Setiap yang kulewati...kuamati sungguh-sungguh...tempat jatuh lagi dikenang..tak tersedar jauh aku mengembara merentasi masa...sesekali tersentuh juga rasa hati nostalgia semalam...banyak lagi..semua sebagai kenangan yang sesekali singgah di minda.. -------------- |
| Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru |
| Syarat Penggunaan |
| Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005 |