Pusat KaryaPusat Karya
  Laman Utama Login
Syarat Penggunaan  
Info : Pusat Karya masih dalam percubaan 9hb Rejab 1434 @ 19hb Mei 2013, 2:25:44 ptg
    Salam sejahtera  
Melayu.com   »   Pusat Karya   »   Cerpen
(Pengendali : Alpine2)
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru
demi masa....

Hasil karya : isuzu
Tarikh siar : 04hb November 2009, 04:01:56 pagi
No. IP : 121.121.145.:-)
saat ini peristiwa demi peristiwa dlm hidup berlalu bgitu pantas sekali. masa seakan memang
mencemburui aku....bahkan mengejar serta menghambatku tak sudah. belum pun sempat aku mlakukan
apa2, mentari senja sudah pun menjelma. belum pun sempat aku merancang dan melaksanakan, masa
kulihat sudah pun dinihari.
begitulah...putaran alam, ia menghambatku dlm diam..dlm senyap .hari demi hari terus aku tinggalkan
tanpa aku sempat mengucapkan selamat tinggal.

sungguh aku dihimpit masa, waktu, detik dan saat.

sejujurnya...pd aku setiap hari, saat, masa dan waktu samada yg akan dilalui, telah dilalui dan sedang
dilalui perlu berkualiti dan berproduktiviti.

tetapi sejauh mana?bjayakah aku merealisasikannya?

Dalam erti kata lain....kehidupan yg dilalui di samping menunaikan tuntutan tjwb dan amanah dlm
khidupan serta title berat sbg hamba Allah di muka bumi ini, adakah berjaya dimanifestasikan?

Dan sejujurnya juga...entah berapa peratus kualiti dan produktiviti yg aku maksudkan itu berjaya aku
seimbangkan.

Apa yg pasti, semakin tertonjollah segala kekurangan diri dan semakin byklah klmhn diri yg perlu
diperbaiki. Apatah lg dgn masa yg seolah hmpir tiada, dgn waktu yg tidak akan berhenti dan tidak akan
menunggu, dgn hari yg tidak akan pernah tidak ditinggalkan....malah akan terus berlalu, dgn tahun yg
tidak mungkin tidak akan tidak berganti, apatah lg dgn tarikh perginya tak kembali menghadap Ilahi
tidak akan termaklum...tidak akan diberitahu di mana2....kpd si empunya diri...


" dan demi masa..."

" sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian........"

"kecuali orang2 yg beriman dan beramal soleh.."

"dan saling berpesan2 ke arah kebenaran.."

" dan berpesan2 ke arah kesabaran..."

" berimankah kita?...beramal solehkah kita? berpesan2kah kita ? dgn kebenaran dan sabarkah kita?

dengan kesempatan yg ada ini....

wallahu alam
Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru

Syarat Penggunaan
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005