![]() ![]() |
|
| Info : Pusat Karya masih dalam percubaan | 14hb Rejab 1434 @ 24hb Mei 2013, 05:53:28 pagi | ||
| Salam sejahtera |
| Melayu.com » Pusat Karya » Pantun Seloka |
| (Pengendali : Krew) |
| Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru |
mengapa dan siapa...???#2![]() Hasil karya : murni25 Tarikh siar : 18hb Januari 2005, 9:06:14 mlm No. IP : 60.48.98.:-) |
|
genggam api menjadi bara bara digenggam tangan terluka curiga cemburu punca angkara diri diseksa begini rupa terpegun mendengar ibu bercerita kisah si tenggang anak derhaka siang malam menunggu berita bagai menanti bulan tak menjelma pergi ke Johor makan laksa kuih koci berinti kelapa apakah salah apakah dosa diri ditinggal kerana apa? bukan kupinta untuk dipuji bukan niatku menambat hati bukan kudusta menabur janji kata kukota janji kutepati mengapa mati si lumba-lumba mati tercucuk batang selasih mengapa curiga kepada hamba tidak kupernah beralih kasih makan nasi tidak bersisa lauknya pula telah dicuri mengapa membisu seribu bahasa apakah dusta abang taburi -------------- |
| Ulas Karya | Undi Karya | Hantar Karya Baru |
| Syarat Penggunaan |
| Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005 |