Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 26hb RabiulAwal 1431 @ 12hb Mac 2010, 07:59:44 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Soalan Lazim

Soalan Lazim Sembang²


Kenali Sembang²
Seperti aplikasi Forum yang lain, Sembang² adalah ruangan untuk komuniti Internet berinteraksi. Seiring dengan perkembangan teknologi semasa sejak Melayu.com dilancarkan pada Januari 1998, Sembang² telah melalui beberapa perubahan. Jika sebelum ini Sembang² menggunakan bahasa pengaturcaraan Perl/CGI, versi terkini Sembang² dibangunkan dengan menggunakan teknologi PHP dan MySQL.

Selepas proses menaiktaraf (upgrade) enjin PHP dilakukan pada sekitar hujung bulan November 2004, beberapa masalah teknikal telah timbul. Program yang digunakan Sembang² tidak lagi dapat berfungsi dengan baik. Oleh yang demikian, program tersebut perlu dibangunkan semula. Dan kini, ianya telahpun dapat berfungsi dengan baik. Penambah-baikan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Versi yang ditunjukkan (versi terkini adalah 7.5) memberikan gambaran peningkatan atau pembaharuan yang telah dilakukan terhadap ruangan Sembang² di Melayu.com.

Di mana boleh saya dapatkan kod aplikasi Sembang²?
Kod aplikasi Sembang² tidak boleh didapati secara percuma dan ia juga tidak dijual.

Apakah beza aplikasi Sembang² dengan aplikasi Bulletin Board System lain?
Sembang² dibangunkan secara keseluruhannya oleh Melayu.com supaya lebih mudah disesuaikan dengan aplikasi-aplikasi lain di Melayu.com seperti Pusat Karya dan sebagainya. Walaubagaimanapun, beberapa elemen kecil seperti ikon dicedok dari aplikasi BBS yang lain.

Apakah kaitan Sembang² dengan Sembang.com?
Satu masa dahulu, Sembang.com dimiliki dan dibangunkan oleh pengasas Melayu.com iaitu saudara Khairul Amri bin Yunus (selemann) setelah aplikasi Sembang² satu masa dahulu terpaksa ditutup dari Melayu.com akibat penggunaan bandwith yang tinggi. Ekoran dari sambutan yang begitu hebat dari para pengguna, Sembang.com juga terpaksa ditutup akibat dari masalah yang sama. Kini, ibarat sirih pulang ke gagang, Sembang² dibangunkan semula dan kembali bertapak di Melayu.com dengan harapan ianya tidak ditutup lagi :)

Bagaimana untuk menggunakan Sembang²?
Secara ringkasnya, di laman utama Sembang², dipaparkan senarai ruangan Sembang di bawah beberapa kategori. Pilih dan klik pada mana-mana ruangan yang anda gemari. Di laman berikutnya, dipaparkan senarai topik dan nama pemula topik berkenaan. Klik pada mana-mana topik dan anda akan dibawa ke laman mesej. Jika anda berminat untuk menyertai diskusi berkenaan, klik pada pautan Balas Mesej. Klik pada pautan Hantar Topik Baru jika anda ingin memulakan topik lain. Walaubagaimanapun, untuk menghantar mesej atau memulakan topik baru, anda perlu login terlebih dahulu (klik pada butang login di bahagian atas).

Apa itu Mesej Peribadi?
Fungsi Mesej Peribadi adalah untuk memudahkan penyampaian mesej dari pengguna lain kepada anda secara peribadi, di mana mesej tersebut tidak dapat dibaca oleh pengguna lain. Setiap pengguna diperuntukkan maksima sebanyak 25 mesej sahaja buat masa ini. Oleh itu, untuk membolehkan pengguna terus menerima mesej peribadi, pengguna harus memadam mesej-mesej yang terdahulu.

Bagaimana untuk menggunakan Mesej Peribadi?
Sekiranya anda login ke Sembang², pada menu bahagian atas kanan skrin terdapat ikon untuk melihat mesej peribadi. Disertakan juga bilangan mesej peribadi anda (dalam kurungan) yang belum dibaca. Klik pada ikon tersebut dan anda akan dibawa ke ruangan senarai mesej peribadi. Klik pada tajuk untuk melihat mesej peribadi anda.

Terdapat 2 pilihan, samada untuk membalas mesej tersebut kepada pengirim ATAU memadam mesej tersebut.

Untuk menghantar mesej peribadi kepada pengguna lain, klik pada nama pengguna tersebut dari mana-mana pautan di Sembang² dan ruangan profil pengguna berkenaan akan dipaparkan. Di bahagian bawah, klik pada pautan berkaitan untuk menghantar mesej peribadi. Anda akan dibawa ke ruangan untuk menghantar mesej peribadi. Isikan ruangan seperti yang dikehendaki.

Apa maksud ikon di Sembang²?
Di Sembang², anda akan menemui pelbagai imej kecil yang dipanggil ikon yang mempunyai fungsi masing-masing. Keterangannya adalah seperti di bawah :

Ikon Keterangan
Laman Utama Pautan untuk ke laman utama Sembang²
Login Pautan untuk Login
Logout Pautan untuk Logout
Profil Anda Pautan untuk mengemaskini Profil anda
Mesej Peribadi Pautan untuk melihat Mesej Peribadi
Bold

Format untuk Bold. Cara penggunaannya, klik pada ikon ini dan kod [b][/b] akan dipaparkan.

Contohnya : [b]Mesej ini dalam format BOLD[/b]

Hasilnya : Mesej ini dalam format BOLD

Italic

Format untuk Italic. Cara penggunaannya, klik pada ikon ini dan kod [i][/i] akan dipaparkan.

Contohnya : [i]Mesej ini dalam format ITALIC[/i]

Hasilnya : Mesej ini dalam format ITALIC

Quote

Format untuk salinan, digunakan untuk memaparkan perkataan atau ayat dari sumber yang lain. Cara penggunaannya, klik pada ikon ini dan kod [quote][/quote] akan dipaparkan.

Contohnya : [quote]Mesej ini adalah salinan dari sumber yang lain[/quote]

Hasilnya :

quote:
Mesej ini adalah salinan dari sumber yang lain
E-mail

Format untuk E-mail. Cara penggunaannya, klik pada ikon ini dan kod [email][/email] akan dipaparkan.

Contohnya : E-mail saya adalah [email]saya@email.com[/email]

Hasilnya : E-mail saya adalah saya@email.com

Link

Format untuk Link. Cara penggunaannya, klik pada ikon ini dan kod [link][/link] akan dipaparkan.

Contohnya : Klik pada [link]http://www.melayu.com/sembang2/[/link]

Hasilnya : Klik pada http://www.melayu.com/sembang2/

Image

Format untuk Image. Cara penggunaannya, klik pada ikon ini dan kod [img][/img] akan dipaparkan.

Contohnya :
[img]http://www.melayu.com/sembang2/logo.gif[/img]

Hasilnya :

Topik Dibuka Tanda yang menunjukkan topik di ruangan Sembang tersebut masih dibuka dan anda boleh membalas mesejnya.
Topik Dikunci Tanda yang menunjukkan topik di ruangan Sembang tersebut telah dikunci dan anda TIDAK boleh membalas mesejnya.
Topik Dipindah Tanda yang menunjukkan topik berkenaan telah dipindahkan dari ruangan Sembang yang lain.
Mesej Dibalas Tanda yang menunjukkan mesej peribadi tersebut telahpun anda balas kepada pengirim asal.

Bagaimana untuk mendaftar sebagai ahli?
Untuk menggunakan Sembang², anda perlu mendaftar sebagai komuniti Melayu.com terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, ruangan pendaftaran baru dibekukan buat sementara waktu.

Apakah dia Status Sembang²?
Beberapa status untuk pengguna Sembang² disediakan dengan beberapa fungsi seperti di bawah. Status yang disebutkan di bawah TIDAK BOLEH dipohon. Sebarang permohonan TIDAK akan dilayan sama sekali.

  1. Ahli Baru : Status bagi semua pengguna baru Sembang² dan diberi secara automatik
  2. Ahli Setia : Status bagi ahli yang telah menghantar melebihi 200 mesej dan diberi secara automatik
  3. Ahli Aktif : Status bagi ahli yang telah menghantar melebihi 500 mesej dan diberi secara automatik
  4. Ahli Produktif : Status bagi ahli yang telah menghantar melebihi 1,000 mesej dan diberi secara automatik
  5. Ahli Interaktif : Status bagi ahli yang telah menghantar melebihi 5,000 mesej dan diberi secara automatik
  6. Ahli Hiperaktif : Status bagi ahli yang telah menghantar melebihi 10,000 mesej dan diberi secara automatik
  7. Pengendali : Status bagi pengguna yang dilantik. Beliau mempunyai kuasa untuk memadam mesej, mengunci dan memadam topik jika ianya didapati menyalahi syarat penggunaan Sembang²
  8. Krew MDC : Status bagi Krew Melayu.com yang bertanggungjawab untuk memantau Sembang²
  9. Tukang Rumah : Krew Melayu.com yang menjalankan kerja-kerja pembangunan

Kenapa ada Senarai Hitam?
Selain status di atas, status Senarai Hitam akan diberikan kepada mereka yang melanggar syarat penggunaan. Mereka yang disenarai hitamkan TIDAK dibenarkan menghantar sebarang mesej atau topik di Sembang². Walaubagaimanapun, status ini boleh ditukar kembali ke status asal berdasarkan budi bicara pihak Melayu.com. Ahli yang dikenakan status ini boleh memohon kembali status lama dengan menghubungi Pengendali.

Siapakah Pengendali?
Pengendali adalah seseorang individu yang dilantik untuk membantu mengendalikan ruangan Sembang² secara sukarela. Perlantikan seseorang Pengendali adalah mengikut budi bicara pentadbir Melayu.com dan juga Krew Melayu.com. Secara dasarnya, status Pengendali tidak perlu dan tidak boleh dipohon. Sekiranya Pengendali baru diperlukan, Krew Melayu.com akan menghubungi sendiri individu berkenaan untuk menawarkan status tersebut. Lazimnya, Pengendali adalah seseorang yang telah dikenali secara fizikal dan nyata oleh Krew Melayu.com.

Pengendali mempunyai kuasa untuk memadam, menyunting atau mengunci topik dan mesej sekiranya didapati ianya melanggar syarat penggunaan. Fungsi asal Pengendali selain dari memantau ruangan Sembang² adalah sebagai pemudahcara. Untuk itu, anda TIDAK seharusnya menganggap Pengendali sebagai penyelesai masalah anda. Sebarang maklumbalas yang diberikan oleh Pengendali berkenaan dengan isu yang dibangkitkan, adalah hasil inisiatif dan rasa tanggungjawab Pengendali sendiri. Oleh yang demikian, elakkan dari membebankan Pengendali dengan masalah peribadi anda.

Kenapa saya tidak boleh menghantar mesej lagi dalam masa 0.5 minit?
Ini adalah untuk mengelakkan bebanan berlebihan pada enjin Sembang² yang mungkin akan mengganggu pengguna lain. Ia juga untuk mengelakkan penyalahgunaan seperti 'flood' dan sebagainya.

Kenapa saya tidak boleh menghantar topik baru lagi dalam masa 1 minit?
Sama seperti jawapan di atas.

Saya ingin menaja ruangan Sembang², bagaimana?
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Anda boleh hubungi Krew Melayu.com untuk tujuan penajaan

 



Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005