Loghat Pahang sangat unik dan sesetengahnya sukar untuk difahami. Ini kerana loghat Pahang dikatakan berbeza diantara satu daerah dengan satu daerah yang lain sehingga ada yang mengatakan loghat Pahang terjadi mengikut arus sungai Pahang yang mengalir.
Loghat Pahang bagi daerah-daerah di hulu sungai adalah lebih laju ataupun dipanggil lebih deras seperti derasnya air mengalir dari hulu sungai.
Manakala loghat Pahang bagi daerah-daerah di hilir sungai lebih perlahan dan lembut seperti perlahannya aliran air di hilir sungai.
Gaya lenggok dan bahasa loghatnya sukar untuk diajuk walaupun sesama penduduk senegeri.
Berikut contoh mudah bagi loghat utama bagi 3 daerah yang banyak menggunakan loghat Pahang dalam pertuturan harian:
Contoh ayat
Kenapa awak balik lambat hari ini? Sudah hampir satu jam saya menunggu awak di sini.
Kuala Lipis
Meknyeh aok balik lambat arineh? Doh dekat seja keh menunggu aok desineh.
-- tuturnya lebih laju
Temerloh
Ngape awok balik lambat haghini? Doh ampir sejam koi nunggu awok desineh.
-- tuturnya agak sederhana laju dan intonasi lebih menekan
Pekan
Nape engka balik lambat harini? Doh dekat sejang aku menunggu engka kat sini.
-- tuturnya agak perlahan dan berlenggok
Entri seterusnya kita akan berikan lebih lagi bahasa Pahang yang jarang diketahui umum.
~ Keh anok Pahang~