hanis
2 tahun yang lepas
#bacaansantaihanismanis

Sehingga Jatuhnya Matahari...karangan A.Shukor Harun, cetakan pertama 1974...Berkisarkan tentang kehidupan nelayan di Kampung Perapat yang sentiasa berteka-teki dgn maut apabila turun ke laut mencari rezeki...Laut, sentiasa terbuka menerima kehadiran para pencari rezeki, yg sanggup berpanas, berembun, berbintang, berbulan dan juga menggadai nyawa pabila ribut dan badai melanda...setiap kali si ayah, si abg keluar ke laut mencari rezeki, sentiasa isi rumah mula memanjat doa semoga yang bakal pulang nanti bukanlah berita duka kehilangan ahli keluarga, tetapi kepulangan kesyangan bersama hasil tangkapan yg dpt memberi sedikit keceriaan, mengisi kembali beras, gula, garam, kopi dan selainnya yg sudah tiada sisanya di dapur...tapi sampai bila harus begitu, maka adalah yg dtg mencuba nasib di negeri org, menjadi buruh kasar membina bangunan tinggi2 yg akhirnya meragut nyawa akibat terjatuh semasa memerah keringat buat anak dan isteri...tapi seorang anak muda, punya harapan utk merubah segala2nya... #cengginiii???????