hanis
2 tahun yang lepas
#bacaansantaihanismanis

Sekitar sinopsis di belakang buku...dengarkan~

"Keadilan sultan sahaja tidak cukup. Ketangkasan senopati sahaja tidak memadai. Demak sedang makmur, sedang menuju gemilang, dan siapa sahaja mahu mengambil bahagian daripada kemakmuran itu. Dan pergulatan kuasa selamanya menuntut lebih daripada kualiti fizik, nilai adil jujur -bahkan siasat politik.

Ini kisah kerajaan yang perkasa melebarkan pengaruhnya, yang tawaduk pemerintahnya. Kisah Demak yang mengambil tanggungjawab Malaka menancapkan bendera Islam di bumi Nusantara. Kisah pesong dendam nafsu membolot kuasa"

.

Kalau kisah jatuhnya Kerajaan Melaka ke penjajah Portugis 1511 kerana wujudnya duri dalam daging...Kisah Demak pula ditandai dengan wujudnya jarum dalam tumpukan jerami, apabila orang dipercayai akhirnya mengkhianati...

.

Tak tahu kisahnya benar atau citera yang diulit imaginasi, sebab aku bukan pembaca hikayat sejarah yang tegar utamanya dalam kisah luar negeri...maaf budak berhinggus lagi, tapi penceritaannya seronok untuk diikuti malah penamatnya pula cukup meruntun hati...tak pasti lagi sama ada orang lain turut menyertai rasa hati ini saat penutup buku diteliti...aku jenis membaca mengikut preskripsi...dari kulit depan hingga kulit belakang aku tatapi, fahami, mengikut aturan normalisasi pembaca...tiada 'skip' atau dipanggil bosan menelaah cerita berunsur berat, bahkan mungkin berlain bahasa ini...kisah bagaimana cubaan melebar, menyambung dan memperkukuh kekuasaan kerajaan dan utamanya sekali penyebaran agama dilakukan, sangat menarik sekali...tak terkecuali, sedikit roman romantis diselit penuh berseni, pergolakan dalam kerajaan, pertikaman belakang yang tak pernah terfikir sangguh dilakukan turut berjaya digarapkan penuh baik oleh Nunung Prajarto...

.

Saya kasi 5/5 ?