Hazel
setahun yang lepas
Bisik pada langit
Kita berbisik pada langit,
Menyalin kulit menukar salinan,
Kita berbisik pada langit,
Atas dosa-dosa semalam ,
Mohon diangkatkan,diberikan
keimanan..
Teguh iman kerana hati..
Mencantum isi agar gerak selari,
Agar tidak tersandung
dikemudian hari...
Kita berbisik pada langit,
Menyerah dan mengabdi diri,
Agar hidup diredhai Illahi..
Bisik lah pada langit,
Menadah tangan supaya
sentiasa dilindungi..
Membisik pada Penciptaku yang abadi..