RIZANELRAHIM
seminggu yang lepas
Buah Usaha

Manis buah tumbuh melebat

Tumbuh bertangkai

Tumbuh bergugusan

Tumbuh menjalar

Sentiasa ingin berbuah


Tetapi disekat musim yang berbolak balik

Berehat seketika


Diserang rangka berparuh

Dibaling batu 

Dipetik saudagar

Dihina galah panjang

Digoncang ribut


Bukan alasan untuk terus berbuah

Tugas waktu memberi kemanisan

Terus mengukir rasa