hanis
2 tahun yang lepas
Catatan 3:56 minit pagi

Kau hadir seusia aku 13 tahun...

Kau hadir ketika aku masih muda...ketika aku masih leka...ketika aku dalam fasa tidak menerima...

Kini bila waktunya ku rasa tiba...

Engkau tiada seolah-olah tiada apa...

Penantian demi penantian kurasakan bakal ku cuba hapuskan di masa depan...

Buangkan kata 'aku mengalah' kerana sebenarnya kita tidak pernah bermula...

Kini aku dengan hidupku...

Dan kau kubiarkan dengan hidupmu sendiri...

Tiada sesal...tiada rawan kerana kita sememangnya tiada tautan...

Waktu kan silih berganti mengubat memori yang tak diperlukan ini lagi...

Perpisahan antara 'kita' yang tak mungkin dan tak pernah terjadi...

Salam dari diriku...buat kamu...yang tiada lagi dalan kamus hidup aku...

Aku pergi dahulu...

Janganlah aku mimpikan kamu lagi di dalam lena...dan jaga-ku...

Dan kau ku-harapkan juga begitu...


-hanis manis-