khairulamri
2 tahun yang lepas
Dialek Terengganu yang padat makna dan ringkas

Dalam dunia ni, dikatakan bahawa dialek Terengganu adalah dialek yang padat makna dan ringkas. Tak perlu nak bercakap panjang berjela-jela untuk memberi penerangan atau penjelasan.


Mari lihat contoh seperti berikut :


English - can you try open this?

BM - Boleh tolong bukakan benda ni tak?

Terengganu : Che buke


English : You're very naughty.

BM : Kau ni memang sangat nakal.

Terengganu : Nano teh!


English : Sorry, I don't know.

BM  : Maaf, saya tidak tahu menahu.

Terengganu : Au gok @ tah'hu.


English : I dont care about you.

BM  : Aku tak mahu ambil peduli langsung tentang kau.

Terengganu : duli mung.


English: where did the others go?

BM : Di manakah mereka yang lain telah pergi?

Terengganu : Pah duane?


English :It is up to you.

BM : Terpulang lah kepada awak.

Terengganu : Kok anda mung


English : You're so handsome.

BM : kamu ni sungguh menawan sekali.

Terengganu : Smak natang ning.


English : is that true?

BM : Apa? Sungguh ke? Biar betul?

Terengganu : Yeungguh?


English. :This thing is out of my mind.

BM    : Benda ni memang diluar pemikiran akal fikiran saya.

Terengganu : Nebeng goh.


English. : Who was the person you were talking to?

BM    : Siapakah orang yang bercakap dengan kamu tadi?

Terengganu : Piye Or?


Begitulah serba sedikit tentang dialek Terengganu yang ringkas tetapi padat dengan makna..


Anda rasa bagaimana? (Mu ghase ganne)


Ade agi?. Che tamboh sket.