diman
setahun yang lepas
Dunia Daripada Sebait Kata Itu

Dunia Daripada Sebait Kata Itu

Namora – 14 Ogos 08 Khamis


Apa yang kita lakukan dalam hidup ini

Akan bergema selama-lamanya”


Kudrat yang dikurniakanNya

Ilmu yang dianugerahkanNya

Sabar, Tabah, Ikhlas dan Usaha,

Akhirnya Tawakkal dan Ihsan..


Hasilnya,

Satu Ukhuwwah, Satu Senyuman,

Satu kepercayaan, Satu Keakraban

Satu pengalaman, Satu pengajaran

Dan Akhirnya Jutaan Kesyukuran


Dari satu ruang kosong,

Satu rasa kejanggalan,

Satu rasa keseorangan,

Kemudian,

Terbit satu rasa kemesraan,

Gurau Senda dan Usikan,

Perbualan dan Cerita,

Dan ruang kosong itu,

Penuh dengan warna dan cahaya


Senyum dan ketawa

Walaupun tugas memeningkan kepala

Selera bersama dikongsi

Pengalaman dan Ilmu sesama diberi

Membuahkan satu ikatan suci

Yang tidak menuntut apa-apa


Halalkan semua yang diterima

Ilmu, Senyuman, Pengalaman, Usikan,

Juga Halalkan semua yang kekurangan

Simpanlah semua yang indah di hati

Moga yang mendung dialirkan ke angin


Diri ini akan ke perhentian seterusnya

Dalam perjalanan hidup

Segala budi dan pengalaman daripada semua

Akan kemas terpahat di hati

Dan akan bergema di minda

Selama diri ini terus dalam perjalanan ini


Semua yang telah dikongsi

Yang suka yang duka, yang pahit yang manis

Tidak ada nilai yang mampu diberi

Namun satu dunia ini faham

Wujudnya satu kata yang merangkumi segala kata

Yang mencerminkan perasaan dari tulus hati

Yang amat berharga

Sekalung kata ini, khas untuk semua,

TERIMA KASIH