FADHILAHBTAHMAD
2 tahun yang lepas
Hai Burung Besi

Hai Burung Besi,

Gagah menerjah awan,

Gayamu tampan menawan.


Hai Burung Besi,

Baktimu berleluasa,

Melewati ruang angkasaraya.


Hai Burung Besi,

Kini kelibatmu kelam,

Beristirehatkah atau demam?


Hai Burung Besi,

Rancakkanlah sayapmu,

Pabila pandemik ini berlalu.