1. Pantun - Komedi
FADHILAHBTAHMAD
2 tahun yang lepas
Hikmah Musibah Itukan Fitrah Alam.

Lembah bukan sebarang lembah,

Lembah jendela mahligai berkhemah’

Musibah bukan sebarang musibah,

Musibah berjemala pelbagai hikmah.

 

Tampian padi bercempera antah,

Jerami terpisah di tepi bendang,    

Iman teruji dikala musibah,

Tangani tabah, hadapi tenang.

 

Sampin si uda ikatan pahlawan,

Tampan berseri di mata dara;

Yakin pada ketentuan ar-Rahman,

Kesuraman ini sementara cuma.

 

Tapah diidam udang dikaut,

Tangkapan padu rezeki dipikul;

Fitrah alam berpasang surut,

Hujan berlalu, pelangi kan muncul.