Naura
8 bulan yang lepas
IBU DAN PENJUAL PISANG GORENG

Suatu petang, aku dan keluargaku berhenti betul-betul di depan kedai pisang goreng. Awalnya, aku malas untuk turun tetapi bau kuih-muih, pisang goreng dan air kelapa memanggil-manggil namaku. Halusinasi aku saja. Bukan betul-betul.


Aku turun dari kereta. Mata memandang tajam ke pisang goreng yang masih panas.


Aku: Ibu beli ni.

Ibu: Dah beli dah.

Aku: Ni apa? (tanyaku dengan selamba)

Penjual: Karipap


Terkejut aku melihat rupa karipap itu.   


Ibu: Karipap ni baru lepas jogging ke. Kurus.


“Dah sudah. Habislah. Habis. Tak jadi apa ni.” kataku dalam hati.


Penjual itu menjawab dengan nada sindir, “Ya baru lepas jogging. Baru cantik. Nak ikut jogging sekali boleh je. Boleh kurus juga.”


Aku menahan nafas. Mata terbeliak. Perlahan-lahan aku menelan air liurku.


“Habis. Habis.” kataku lagi di dalam hati.


Suasana menjadi tegang. 


Aku: Mak cik maaf. Ibu janganlah gaduh.

Ibu dan penjual: Mana ada gaduh. Gurau-gurau manja je.

Aku: Hihihihi. Ok.


“Ingat aku tak nampak ke. Main pijak-pijak kaki. Aihhh. Makin berusia makin kebudak-budakan ibu aku ni.” kataku dalam hati.