fauzan
7 bulan yang lepas
kek batik bujang

Bahan-Bahan: (Ikut rase kuantiti)

#biskut Marie

#mentega/butter

#serbuk Milo

#serbuk koko (jika mahu)

#susu pekat


Cara Penyediaan:

1-Lapik loyang dengan kertas surih atau sapu je mentega


2-Potong butter kepada kiub. Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair.


3-Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat sebati.


4-Susun biskut Marie dalam loyang kemudian sendukkan adunan coklat dan sapu rata sebagai lapisan atas.


5-Susun berselang seli lapis biskut Marie dan adunan coklat sehingga habis.


6-Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.