CheIntan
seminggu yang lepas
Malaysiaku

Masyhur Malaysiaku indah nian,

Pelbagai bangsa adat berbilang,

Semangat waja satu tujuan,

Cintakan negara patriotik dijulang


Negara Malaysia tanahairku,

Bersih indah kebanggaan semua,

Aman sentosa bertambah maju,

Cerlang negara di mata dunia


Meriah suasana pelancong datang,

Melawat berkunjung doldrum khatulistiwa, Kekal sentosa damai dan tenang,

Itulah Malaysia negaraku tercinta


Makmur negara stabil ekonomi,

Aman tenteram tiada gangguan,

Isu negara bijak ditangani,

Maslahat rakyat jadi keutamaan


Desa dan kota indah nan permai,

Udara segar terasa nyaman,

Nuansa kaum toleransi disemai,

Bersatu-padu erat perpaduan


Rencam makanan limpahan rezeki,

Bumi tercinta berladung hasilan,

Luas rahmat syukur Ilahi,

Rendah hati tanda kehambaan


Kota sejarah jadi tinggalan,

Sampai kini jadi bualan,

Zaman gemilang dilupa jangan,

Negara merdeka dalam kenangan


Indah pesona si bunga raya,

Jadi kebanggaan rakyat Malaysia,

Jasa ditabur azam dicita,

Tanda cinta kepada negara


Jalur gemilang kibar angkasa,

Merdu kemandang lagu negaraku,

Memupuk toleransi menyatu bangsa,

Kobar niatan semangat baharu


Teguh berdiri tugu negara,

Tinggi megah kelompok arca,

Semangat nasionalisme memori tercipta,

63 tahun Malaysia merdeka


Berilmu beramal amanah dipatuhi,

Tanda setia bakti negara,

Kukuh persaudaraan jalin harmoni,

Malaysia prihatin rakyat sejahtera