1. Novel - Seram
Aziey_Id
2 minggu yang lepas
MANUSKRIP DARI ASRAMA

Langkah Amida dihalang Cik Wati Adha. Asiah yang sudah mendahului, turut sama membatu dan memaling ke arah kelibat gadis pustakawan itu. Mereka berdua saling berpandangan. Asiah cuba menafsir raut wajahnya yang seakan tidak selesa akan kehadiran Amida.


"Kenapa, kak? Saya tak boleh masuk, ya?" Tanya Amida penuh sopan. Wati Adha memang penjaga Pustaka Alam ini sejak tahun pertama Asrama Raya Kasungkawa ditubuhkan. Personalitinya yang tidak peramah menyebabkan penghuni asrama ini jarang mencari bahan bacaan di sini. Kecuali, sejak akhir-akhir ini, berita tentang kemunculan mantera di bilik Melati pada setiap senja di meja usang menjadi asbab Pustaka Alam menjadi tempat pelajar perempuan di sini berkumpul dan mencari maklumat tentang mantera itu.


"Nenda panggil di pejabat. Sekarang!" Dengar saja namanya disebut, Amida terus memutarkan kembali perbuatannya hari ini. Aish...barangkali aku terbuat salah yang aku tak perasan kot, bisik Amida dalam hati.


"Awak tahu kan, saya tak suka orang yang pandai macam awak pergi ke perpustakaan tu. Saya tak nak awak terpengaruh dengan bahan bacaan di sana. Ingat tu!" Nenda yang merupakan pengetua di asrama itu memberi amaran keras kepada Amida. Amida bingung akan duduk sebenar motif Nenda melarangnya ke sana.


" Sepertinya, aku diintip oleh mata-matanya macam seorang pesalah pula" Bisik Amida perlahan di pendengarannya.


Amida ralat dan lupa bahawa bisikan keturunannya dapat didengar Nenda. Kata emak, keturunan nenek Amida terkena pantang mulut. Bisik apa sajalah yang baik atau buruk pasti dapat didengar oleh sesiapun. Patutlah emak memujukku untuk ke asrama ini! Amida melepaskan keluhan panjang.


"Nenda, saya cuma nak melawat Pustaka Alam. Saya rasa alasan Nenda tak reasonable disebabkan soal pengaruh. Semua orang tahu alam mistik tu memang wujud tapi ditokok-tambah saja so that nampak gempak. Is it?" Soal Amida terus. Baginya, pembacaan memanglah satu benda yang menjadi santapan minda tetapi kata-kata Nenda seolah meragui prinsip hidup seorang Amida.


"Nenda tak nak awak jadi macam dioranglah terjerit-jerit duk bercerita pasal Dara tu. Semua yang ada dalam pustaka tu memang wujud tapi Nenda tak nak awak pula yang jadi macam diorang. One more thing, Mak Asnida dah pesan, jangan bagi anak dia ni pergi Pustaka Alam. Tak elok untuk orang yang menghafal"


"Hafal apa?..." Amida termangu-mangu seketika mendengarkan kata-kata Nenda. Tak logik untuk seorang perempuan berumur 17 tahun menjadi penghafaz mantera dongeng.


"Abis tu, Ne ma Atuh Ka long Ama...?"


" Se na Emong Dara Oh si Taa" Meluncur laju jawapan dari bibirnya yang kering kehitaman itu. Dia pelik kerana seakan pernah dengar dan dia bahkan tahu jawapan pada soalan Nenda yang tidak bermakna apa.


"Nenda, apa yang saya jawab tadi?"


"Mantera yang awak hafal lah"


"Mantera apa? Saya tak tahu pulak"


"Mantera sang Dara dalam bahasa Riau"


Dengar saja jawapan Nenda, Amida terus berlari meninggalkan pejabat asrama. Bilik Melati yang merupakan bilik prep asrama itu dikuaknya perlahan. Sekeping mantera bertenggek di bucu meja usang itu. Tapi, kemanakah dakwatnya? Sebentar tadi penuh berisi mantera, kini ia hanyalah sekeping kertas putih.


Amida membelek kertas itu berkali-kali. Nama Amida tiba-tiba muncul di atas meja usang itu setelah pandangannya mendarat ke meja itu. Dia berasa tidak nyaman seketika lalu ingin melangkah keluar apabila azan Zohor berkumandang.


Sekali lagi dia mencuri pandang ke arah meja itu, alangkah terkejutnya apabila nama Amida bertukar goresan arang hitam. Amida segera mempercepatkan langkahnya sebelum azan Zohor menoktahkan alunan indahnya. Dalam gemuruh hatinya, Amida tahu tiada kuasa yang lebih agung dari PenciptaNya.