1. Novel - Seram
Aziey_Id
2 minggu yang lepas
MANUSKRIP DARI ASRAMA

Semalam...


Dara Putih dijerut leher

tinggal empat beradik kepala satu


malam ini...


Hitam Paruh datang menyembah

Sang Dara Putih nanti kuseru



Sekeping mantera lama terletak rapi di atas meja usang di bucu bilik Melati Asrama Raya Kasungkawa. Manuskrip kecil itu terlihat lama tapi putih bersih tanpa habuk di atasnya. Amida tahu bilik ini tiada penghuni tapi beroh. Dia sedia maklum mantera itu bukti roh Dara masih hidup. Tapi, Amida tidak mahu ambil tahu walaupun rakan-rakannya sibuk mencari gali kisah di sebalik Dara Putih. Pertama kali Amida menjejakkan kakinya di lantai Bilik Melati, dia dapat merasakan bilik ini ada sumpahan. Tiada yang pelik apatah lagi gangguan, mungkin juga Dara Putih ini mati dalam keadaan terhormat?


Dalam kesibukan petang, Amida duduk bersimpuh di ruangan loteng asrama. Hadis tinggalan bapanya menjadi bacaannya sejak kecil. Amida malas hendak menelaah bacaan lama Pustaka Alam asrama ini. Tiada satupun yang menarik perhatiannya, semuanya tentang alam mistik. Amida tidak gemar bacaan sedemikian. Baginya, ia mungkin sekadar ilusi dan tanggapan aneh daripada si penulis.


"Tak nak join ke? Aku rasa kau patut amik tahu pasal benda ni" Asiah mula berbasa-basi, mana tahu kali ini Amida menurut. Amida tidak membalas sebaliknya hanya menggeleng laju.


"Takde faedah lah, Siah..." Amida menutup buku hadisnya. Dia memandang tajam ke arah Asiah yang sudah tarik muncung sedepa.


"Okey, ni pertama dan terakhir! Ucap Amida lalu membuntuti langkah Asiah ke ruangan bacaan Asrama Raya Kasungkawa.


Bersambung...