fauzan
2 tahun yang lepas
Mari Berbalas Pantun

----------------------------------------------------------------------

soalan 1

----------------------------------------------------------------------

terbang kedidi berteman wilmana,

mengintai seroja tepian merangsi,

agihan subsidi dtakar bagaimana,

imbangan belanja dijerut inflasi?


jawapan:

promosikan pelancongan tarik pelabur asing

----------------------------------------------------------------------

soalan 2

----------------------------------------------------------------------

tumbuh seratus pepohon mengliar,

ditebang arjuna panglima bermpat

gunung meletus larva keluar,

maslahat dimana kepada setempat?


jawapan:

tanah disubur buat pertanian

----------------------------------------------------------------------

soalan 3

----------------------------------------------------------------------

nelayan rebah ketika menjala,

rebahnya sehari diteman puspa

berbaju jubah serban dikepala,

ibu sendiri ditengking mengapa?


jawapan:

rupa paras bukan ukuran,akhlak terpuji disanjung tinggi

----------------------------------------------------------------------

soalan 4

----------------------------------------------------------------------

bersila arjuna berbaju batik,

beteman cindai diatas ambal,

apa guna beristeri cantik,

tidaknya pandai menumbuk sambal?


jawapan:

isteri dididik sehingga pandai,peranan seorang suami mithali

----------------------------------------------------------------------

soalan 5

----------------------------------------------------------------------

pandai situa melentur rotan,

tepian perigi semasa berdiri,,

artis korea menjadi ikutan,

kemana pergi jatinya diri?


jawapan:

kurang didikan pegangan diri,budaya asing jadi ikutan