NorainiBtJalil
6 bulan yang lepas
Mee Rebus Johor (CnP)

RESEPI MEE REBUS JOHOR 


Bahan-bahan :


untuk 1kg mee kuning


 .mee kuning, dicelur 

1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel 


4 biji keledek, direbus dan dikisar (keledek merah, tapi rasanya kalau guna keledek kuning lagi elok kerna lebih manis)


Bahan bertanda * diblend


* 3ulas bawang putih,

*3 biji bawang besar

*1/2inci halia

*1/2 cawan udang kering(lebihkan pon sedap)

*3batang serai

1senduk cili blend

3 sudu makan rempah kari daging


Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya 

Minyak untuk menumis


CARA MEMASAK KUAH MEE REBUS :


Panaskan minyak,tumis bahan diblend 

* & cili blend sampai naik bau,masukkan rempah kari daging dan tumis sampai pecah minyak kemudian boleh la masukkan keledek rebus yang telah diblend tadi masukkan sekali daging tetel dan masak sampai didih agak kuah masak kemudian bole la masukkan garam,sedikit perasa & gula ye pasti lan rasa kuah mestilah sedikit manis & siap lah dan bole lah dihidangšŸ˜Š


BAHAN TABURAN :


(Wajib ada untuk mee rebus johor)

Tepung udang kering


-1/2 cawan udang kering,

-1cwn tepung gandum

-1/2cwn tepung beras

-Ā¼ camt serbuk kunyit

-1biji telur

-Garam

-Air secukupnya

Blend semua bahan bertanda -


Minyak untuk menggoreng


Bahan Hiasan


Tahu yang digoreng, dipotong kecil


Daun sup, dimayang


Bawang goreng


Telur rebus, dibelah dua


Lada hijau, dipotong bulat


Taugeh, dicelur


Limau kasturi, dibelah 


CARA MENYEDIAKAN TEPUNG UDANG KERING :


semua bahanĀ² - di blend saje semua

Panas kan minyak,minyak harus lah banyak macam nak goreng rempeyek tu ye & cara menggoreng nye pon sama macam menggoreng rempeyek just lenserkan di tepi kuali dan goreng sampai garing kekuningan dan bole lah diangkat.


Cara Untuk Menghidang :


Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.


Sumber Fariza awalludin


Gambar Tak gheti nak uploadšŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£