m_hidayats
setahun yang lepas
Noda terpaksa
Tidak aku sanggup menahan
Terkunci diri dibalik bayangan
Tiada dayaku ungkapkan kebenaran
Setelah segala yang kau lakukan
Pada diriku mangsa keadaan
Demi turuti nafsu dan syaitan
Segala harapan telah pun musnah
Untuk menggapai segulung ijazah
Bangga menjadi seorang siswazah
Sejak kesucian diriku kau ratah
Bagaikan binatang dahagakan darah
Hingga badanku terkulai lemah
Sungguh jijik bagiku gelar kau ayah
Perit jiwaku tidak tergambar lagi
Ingin sahaja aku membunuh diri
Dari terus hidup begini
Dinoda oleh ayah sendiri
Sudah penat aku tempuhi
Kerana Tuhan ku masih disini