gojie
2 tahun yang lepas
Pantun Lepas Rindu

Limau purut jatuh ke pangkal, 

Sayang selasih hamba lurutkan,

Hujan ribut dapat kutangkal, 

Hati rindu siapa ubatkan.


Sayang selasih hamba lurutkan,

Limau Kasturi dibuat minuman,

Hari rindu siapa ubatkan,

Tidur malam tiada peneman.