Peristiwa Senjakala
Karya : Pena Ungu
Peristiwa senjakala
Sejakala itu aku termenung di jendela
Melihat keindahan ciptaan tuhan tak terhitung nilainya
Langit kemerah-merahan
Mentari semakin hilang pancaran sinarnya
Beburung berlumba lumba kembali ke sarang tanda senja menjelma menanti malam tiba
Senjakala itu sungguh indah
Pak tani dan peladang pulang ke rumah dari ladang, kebun dan sawah saujana mata memandang
Nelayan melabuhkan sampan dan bot membawa pulang hasil tangkapan bagi mencari sesuap nasi untuk keluarga
Di halaman rumah tiada lagi terdengar suara hilai tawa kanak-kanak bermain
Di surau para jemaah mula bersedia menunggu magrib tiba
Di senjakala itu terhimpun pelbagai peristiwa
Kisah alam semesta dan isinya
Yang pastinya setiap kali senjakala tiba
Akan tercoret pelbagai peristiwa