fauzan
2 tahun yang lepas
petua menjaga tanaman

Kegunaan hampas teh

-serbuk teh yang telah digunakan akan dibuang begitu sahaja.

-boleh dijadikan sebagai baja bagi pokok-pokok ini.

-taburkan serbuk teh ini pada pangkal pokok untuk tempoh seminggu sekali.


Menghalau semut pada tanaman

-Semut adalah salah satu serangga perosak tanaman atau pokok bunga.

-taburkan serbuk kulit telur yang sudah dijemur dan ditumbuk halus di sekeliling perdu pokok, nescaya semut tidak akan menganggu lagi. Insya-Allah. kulit telur itu kalsium karbonat .


Bekalan air untuk pokok

-tidak mahu pokok bunganya mati sekiranya anda bercuti panjang.

-Tetapi janganlah anda risau kerana masalah menyiram air ini boleh diatasi dengan mudah.

Anda bolehlah menggunakan bahan yang mudah menyerap air seperti kain, tali atau tali leher lama. Tanam satu hujung ke dalam pasu manakala satu hujung lagi direndamkan ke dalam bekas yang berisi air.


Tanaman dua bulan tanpa baja

Jangan dibaja pokok yang baru di buat pemasuan semula kerana campuran tanah baru mengandungi nutrien tanaman yang cukup untuk menyediakan makanan kepada tumbuhan selama dua bulan. Memberi baja terlalu awal boleh menyebabkan akar pokok tidak berkembang dalam tanah baru.


Menghapus jentik-jentik dari pasu

Kiambang dan teratai yang ditanam dalam pasu mungkin menghadapi masalah pembiakan jentik-jentik dan terpaksa ditukar airnya setiap minggu. Bagi mengatasi masalah ini, campurkan dua titis minyak masak atau minyak bayi ke dalam air, nescaya jentik-jentik akan mati. boleh juga bela ikan didalamnya.