hani_ls
setahun yang lepas
Rindu
Andai ada kesempatan
Kau lewatilah daerah sepi ini
Pasti kau temui
Rindu yang masih seperti dulu
Terpahat jauh di sudut hati
Tiada penganti
Andai ada antara kita
Masih menganyam dendam kesumat
Jangan sampai rasa benci itu
Memadam segala kerinduan
Kelak ..
Akan ada sesalan
Menjadi penamat bicara
Datanglah kekasih
Satukan kembali rindu yg pernah bertaut
Kerana seringkali
Hati ini menjadi begitu terasing
Kerana terlalu merinduimu.
Hani_Ls
Pantai Penarik
Julai 2020
Marni
setahun yang lepas
Rindu itu indah
andai dua hati meraihnya
Rindu itu pemusnah
andai satu hati sahaja menabirinya
Rindu itu payah
andai tiada hati menjiwainya