Ieda_ar
2 tahun yang lepas
Rintihan Hamba

Ya Allah, 

Telah Kau ambil mereka 

Satu demi satu

Bersama ilmu warisan kekasihMu

Telah Kau tutup 

Pintu rumah-rumahMu

Buat kami para pendosa

Telah Kau tarik urusan dunia

Yang dahulunya membuat

Kami alpa dan leka


Ya Allah,

Janganlah Kau timpakan ini

Hingga hujung perjalanan kami

Namun, jika benar

Rantainya sudah hampir terlerai 

Kau lindungilah kami 

Daripada fitnahnya

Juga daripada huru hara dunia

Menjelang munculnya negeri abadi

Di bawah tadbir kerajaan agungMu.


Aamiin... Aamiin... Aamiin... Ya Mujib...