Sinners
setahun yang lepas
SABDA BUAT KIRANA

Sabda buat Kirana


Pada waktu-waktu ini kata kita tidak lagi bersua,

Setiap bait-bait celana puisi yang aku bersenggama,

Hilang saktinya tanpa ada berbicara,

Bayangnya tetap menjadi sebuah fatamorgana yang hina———


Kenapa kau sanggup berubah mata?

Kenapa kau sanggup matikan segalanya?

Kenapa kau sanggup hunuskan semangat cinta kita?


Dengarlah wahai wanita kirana,


Aku disini masih bernyawa mempertahankan bilah kasihmu. Yang tidak habis-habis diacukan seperti aku ini Putera yang gagal membela. Kalah pada belati Tuhan yang menduga ketika kita bersama. Apa tidak cukup buat hatimu kembalikannya kepadaku?


Oh wanita kirana, 


jadikanlah aku ini sebatang doa yang sentiasa mengalir di telinga Tuhanmu.

Yang sentiasa kau bangga melaungkannya di tikar sejadahmu.

Moga-moga ada sinar sekian lama yang kita tunggu,

Untuk hati ini kembali lafazkan sabda itu.


2.57pm 10/09/2020

-sinners-

Attachment.png