Szreyn
seminggu yang lepas
SAHABAT

Sahabat,

Hari demi hari kita lalui bersama,

Tanpa kita sedari,

Kita terlalu jauh untuk kembali.


Sahabat,

Terima kasih telah hadir dalam hidupku,

Menutupi kekuranganku dengan kelebihanmu,

Terima kasih untuk pengorbananmu selama ini,

Telinga mu tidak pernah bosan mendengar segala masalah dan cerita ku,

Mulutmu tidak pernah diam dalam menasihati diriku yang sering alpa ini,

Bahu mu sentiasa menjadi tempat untuk aku berpaut tika aku memerlukan mu,

Terima kasih sahabat ❤️


Sahabat,

Andainya aku ditakdirkan pergi dahulu,

Aku nak kau tau yang aku sayang kaun sahabat,

Tapi....

Andai kau pergi dahulu sebelum ku,

Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan mu disana ,

Ajal maut di tangan Tuhan,

Kita tak tahu bila ajal kita .


Sahabat,

Semoga persahabatan kita selamanya,

Sahabat hingga ke Syurga.


-Nurin-