Sahabat,
Kalian sentiasa dalam kenangan & doa
Dalam hidup kita,
Pelbagai corak telah terlakar
Pelbagai rencah telah dirasa
Sendu dan tawa silih berganti
Dahulu,
Kita sama-sama membina impian
Meski kita berbeda kerjaya
Segala lelah tugas akan terubat
Bila berkumpul di teratak kita
Kita sama-mama menghambur tawa
Kita sama-sama meluah rasa
Kita sama menonton cerita
Kita sama-sama menjamu selera
Kita sama-sama dalam segala apa.
Kini,
Bila kau dijengah duka
Kami tiada disisi menemani
Tapi percayalah,
Doa kami tidak pernah kering
Air mata kami laju mengalir
Mengenangkanmu sahabat
Doa kami,
Agar kau sentiasa kuat & tabah
Menempuh hari-hari mendatang
Demi dirimu dan permata-permata berharga
Dia lebih menyayangimu saat ini
Kerana itu, diutuskanNya hadiah ujian
Walaupun ianya satu kehilangan
Kita semua akan merasa
Ditinggalkan atau meninggalkan
Kalau tidak dia, pasti kita
Menerima undangan Dia
Yang tidak pernah ingkar janjiNya
Kita juga akan berada ditempatnya
Hanya masa yang menentukan.