Sehelai tisu
Sehelai tisu
sehelai tisu, tak pernah tahu
bahawa mencintai air
adalah kelemahan dirinya
yang sia-sia
tetapi, setitis
air
dari kelopak mata
tak pernah tahu
tentang setia sehelai tisu
yang menunggu
menyambutnya itu
sanggup korbankan nyawa.
Rabiatul Hassan
5:9:20