Natasha
2 tahun yang lepas
Sesaknya Fikiran


Perlukah kita menyusahkan fikiran hanya untuk memikirkan sesuatu perkara yang tidak pasti akan berlaku?

Perlukah kita menyesakkan hati hanya untuk bertanya apa yang akan terjadi sekiranya kita melakukan itu?melakukan ini?

Tidak sama sekali.

Kamu cuma perlu berwaspada dan bersiap sedia walau apa jua ujian yang bakal mendatang.

Walau apa pun perkara yang sudahpun kita rancang,

tidak semestinya ia akan terlaksana seperti yang kita harapkan kerana tuhan yang menentukan takdir dan Dia lah yang tahu apa yang terbaik.

Berdoa agar bukan sahaja kita mampu bersabar,

orang yang kita sayang juga mampu bersabar menghadapi cabaran yang diberikan.

Jika sesuatu yang berlaku itu adalah perkara yang sudahpun dijangka atau tidak,

kita perlu kuat menempuhi nya,

jangan melarikan diri dari masalah kerana ia mungkin mengakibatkan masalah itu tidak dapat diselesaikan dengan lancar dan membawa masalah pada hari yang lain.