Shazlan_25
2 minggu yang lepas
SUJUD

Tangisan di dada malam

meleburkan hati dengan jiwa hina

menghamparkan selembar demi selembar

dosa-dosa.


Betapa kerdil diri ini

di sisi Allah Azza Wa Jalla

berpaut pada tali ampunan untuk bebas

dari khilaf semalam.


Dalam sujud di sejadah rindu ini

kutemui kunci keinsafan

untuk membuka pintu ketenangan.