GirLFriDaY
seminggu yang lepas
surat untuk yang dirindui

hi Melayu.com


satu pagi, tiba-tiba saya terjaga dan teringat pada Melayu.com . Melayu.com antara platform maya terawal yang saya kunjungi dan tempat saya selalu menghantar diari sebelum adanya blogspot. Melayu.com tempat pertama saya membaca forum.


Masa saya rajin menulis diari di Melayu.com dulu, ramai abang2 dan kakak2 yang saya kenal. Siap ada yang datang beraya ke rumah, lepastu kami ke rumah kawan2 dari MDC yang lain pula.


Antara yang saya ingat ialah En Akimahen dan isterinya serta masa tu anaknya yang comel, kami beraya ke rumah kak DaniaAlia. Lepastu ada ke rumah kakak (yang nick/ namanya saya tak ingat)


Dalam MDC sebenarnya ramai orang2 baik yang saya jumpa.


Tambah dengan di forum, saya join grup gegirls yang saya pun lupa apa namanya. Beberapa kali gathering, berkelah, bertukar tukar hadiah, eh memang seronok kalau ingat balik.


Tapi, tulah, semuanya dah membawa haluan masing masing. Saya pun waktu mula berkeluarga, dan bekerja dan sibuk dengan rutin harian sampai saya lupakan MDC.


Agaknya, sekarang dah sampai umur (suami saya kata mid-life crisis) yang mula terkenangkan zaman muda-muda, mula teringat kembali zaman saya rajin lepak di MDC.


Yelah, masa saya mula mula berkecimpung dengan MDC ni saya masih belajar. Umur pun baru 20-21 tahun. dah dekat 20 tahun masa berlalu.


Apa khabar agaknya kawan kawan / kakak abang semua. Semoga semuanya sihat, selamat dan berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Mungkin jika panjang umur, boleh kita berjumpa lagi.


Sekian,

Terima Kasih