Natasha
2 tahun yang lepas
Tanpamu Ibu

Aku memejam mata.

Berharap agar semua ini hanyalah gurauan.

Namun walau beribu kali aku menafikannya,

Aku harus redha menerima hakikat bahawa dia,

Insan yang ku sayang tiada lagi di sisi.

Terasa seakan masa terhenti.

Mengenang kembali sentuhannya,

belaiannya,tegurannya,

penat lelahnya,Tawanya,

aku rindu.

Rindu melihat senyumannya.

Rindu mendengar leterannya.

Jasa dan nasihatnya akan ku kenang sepanjang hayat.

Kini aku harus kuat meneruskan perjalananku di dunia ini tanpa ibu.

Semoga kau ditempat di kalangan orang yang beriman.