athilia
2 tahun yang lepas
tentang kita

tentang kita yang saling menghulur luka.


ruang kesefahaman kita makin sempit.

engkau,tak sudah mencipta bingit.


cinta hanyalah penjara berteman rasa.

dan rasa adalah pulau berjurang lara.


tentang mimpi yang kau bisik dulu.

tak lagi aku sembah boneka rasa mu.


yang menonton,galak menyorak.

tentang kekalahan ku;

takkan kubiar kisah ini rabak.


tapi maaf,aku ingin menyerah.

luka ini tak mampu ku tahan walau tak berdarah.


saat bibir ku tak lagi bertanya khabar;


ketahuilah bahawa doa ku buat mu sudah terhenti.

malam ku kini berlalu tanpa nama mu lagi.


-athilia sofia