1. Sajak & Puisi - Motivasi
FADHILAHBTAHMAD
setahun yang lepas
Terima Kasih Malaysiaku!

TERIMA KASIH MALAYSIAKU!

 

 

Malaysiaku!

Tanah kelahiran,

Menganyam erti pengorbanan,

Pejuang bangsa tega mempertaruhkan,

Seluruh jiwa raga menuntut kemerdekaan.

 

Malaysiaku!

Bumi bertuah,

Rezeki nan melimpah-ruah,

Warganegara simbol bangsa bermaruah,

Pantang sekali dihenyak dipandang rendah.

 

Malaysiaku!

Rakyatnya majmuk,

Demokrasi gah terbentuk,

Usah dibiar junjung berkaduk,

Biarlah kita tengadah sebelum terantuk.

 

Malaysiaku!

Namamu dinobat,

Rukun Negara dimartabat,

Semoga kemakmuran sentiasa berkat,

Pertahankan kemerdekaan itulah hakikat terpahat.

 

          Terima kasih Malaysiaku!