Sehari dalam pelarian hati
hijau alam tenang tasik menyambut langkah kaki...
Hening tasik memberitahu
hidup ini indah...
namun tenang kocak air bukan satu janji
riak dasar masih tersimpan 1000 cerita
gelombang hanya bermain di tepian nyata
biru air hanya arca yang terlihat di mata
Terbacakah kau wahai hati...
di dadanya yang terlukis sejuta rahsia?
Rasa hati berbicara :
Di sini kita lebih mengenali diri
hakikat yang tersirat
erti hidup dan kehidupan
erti manusia dan kemanusiaan
erti cinta dan kasih sayang
Seluas tasik dingin yang terbentang
luas lagi tafsiran kasih sayang
tak memiliki tak beerti terbuang
kasih terbina tanpa garis sempadan
sayang bukan sekadar sebaris ungkapan
teguh di hati hanyalah seuntai rasa
mengikat kukuh kasih sayang kita
abadi.. biar untuk selamanya
Buat sahabat-sahabat tersayang :
Kasih yang terhulur ini bukan sandiwara
sayang yang terlakar hanya sendat dalam dada
antara kita tiada sebarang ikatan janji
terjalin antara kita hanya talian kasih dalam hati
tiada lafaz kata bisa ku luahkan
sebagai ganti ucapan rasa sayang
sebagai balasan atas sebuah kebahagiaan
yang kalian hulurkan menjadi kekuatan hati
yang kalian titipkan menjadi ketabahan diri
Terima kasih...
hanya itu yang mampu ku berikan
kerana sesungguhnya,
setitis air mata ini mengalir
selaut kasih ku pada mu...
PEDU, Kedah
30 Ogos
6.35am
Kak Hani,
Pedu 10 tahun lalu.. Betul-betul seminggu dua sebelum ia diisytiharkan tutup oleh Kerajaan Negeri Kedah. Sayang betul, tempat yang cantik itu tidak lagi menjadi lokasi untuk dihuni..