aisa4154
setahun yang lepas
Siapa Paling Hebat?

Di pinggir hutan, kelihatan kelibat tiga pontianak sedang bertenggek di dahanan sepohon pokok menjelang tengah malam. Ponti, Kana dan Vlad dilihat sedang rancak berbicara tentang kehebatan mereka. Masing-masing 'tak mahu kalah' menyakinkan bahawa merekalah yang paling hebat di belantara ini.


Tiba-tiba, Ponti melayangkan diri terbang dari situ. Selang 10 minit kemudian dia datang semula dengan mulut yang berlumuran darah. Kana dan Vlad kelihatan terkejut.


Ponti: korang nampak tak rumah kat hujung kampung sana?

Kana dan Vlad: Nampak.

Ponti: Satu rumah aku kerjakan.


Ponti bangga menceritakannya pada mereka berdua. Enggan mengaku kalah, Kana dengan tak semena-mena terbang meninggalkan pohon itu. Tak sampai 5 minit, dia muncul kembali. Kali ini bukan sekadar mulut berlumuran darah, tangan dan kaki turut sama menampakkan kesan darah yang luar biasa.


Kana: korang nampak tak kampung kat hulu sungai tu?

Ponti dan Vlad: Nampak.

Kana: Satu kampung aku kerjakan.


Kana ketawa puas menjengkelkan Ponti dan Vlad. Belum sempat reda gelak tawa Kana, Vlad tanpa disedari telah pun meninggalkan pohon itu. Lebih mengejutkan, tak sampai seminit, dia pulang dengan keadaan yang bengis. Kali ini, bukan sekadar mulut dan tangan, hampir seluruh kepala dan badan berlumuran dengan darah pekat.


Vlad: korang nampak tak tembok besar belakang bukit tu?

Ponti dan Kana: Nampak.

Vlad: Ohh..aku tak nampak.

Misseima_
setahun yang lepas

Lucu Lucu ?